Wednesday, May 15, 2013

Naluri Ku


Assalamualaikum,

harini opismate aida, kak effa atau aida panggil mommy, selamatkan lahirkan baby girl pukul 2.45 pagi tadi.
Alhamdulilah, congrate buat kak effa dan suami. kalau ikutkan due date sepatutunya 4hari yang lepas,
maknanya lewat 4harilah dari tarikh sebenar. Apepon, dah selamat dah pon dan Allah dah permudahkan dia.
Hee.

tapi nak dijadikan ceritanya, pagi tadi, bangun-bangun je tidur terus aida teringat mimpi aida, yang aida mimpi kak effa dan beranak. tup tup pagi tadi dapat tahu memang betol kak effa dah beranak. haha.
mimpiku jadi kenyataanlah. macam tak percaya pulak.

sama kes macam melor adilah dulu. dah banyak hari aida tak contact die. selalu kami chattin kat gmail.
tibe-tibe pagi tuh hati rasa sayu dan rindu teringat dekat die. call-call husband die angkat dan cakap die dah masuk labour room dah. haha. tup tup beranak hari tu jugak.

macamlah jugak kes bini ayzu, opismate jugak. die datang keje. pastu risau bini die kat rumah yang tengah tunggu hari je. lepas tuh aida cakaplah, aku rasa bini kau beranak harini. tengok-tengok petang tuh terus dapat call, bin dah sakit nak bersalin. memang masin mulutku, bini die beranak hari tu jugak. kelakar kan.

aih, apakah perasaan aku ini? ecece seolah-olah ada naluri kuat kat ibu-ibu mengandung nih.
haha, ape-ape jelah, by the way, aida tumpang happy tengok kawan-kawan dapat baby.
jangan lupa doakan aida pulak yer. amin.

xoxo







No comments:

Post a Comment