728 x 90

Sunday, January 6, 2013

Mengidam steamboat n grill


Tengok tivi jalan-jalan cari makan musim yang lepas, iqram pegi makan steamboat kat area shah alam..tak ingat ape nama restoren tuh tapi tengok dalam fesbuk jjcm ada dua kat s.a, satu d'kayangan dan satu lagi kat island bbq.

Lupa yang mana satu nampak best sangat siap ada yang grill tuh. Bagi aida biasa jer. Tapi encik am la yang dok terbayang-bayang. Hai mengidam kew encik am? Hihihi..

Satu ari tu keluar jalan-jalan cari makan, so dok berkira-kira lagi nak makan apa. Aida tanya encik am, encik am tanya aida balik. Macamtula kalau setiap kali keluar jenjalan. Haha. Last-last encik am bagi idea nak steamboat. Die cakap teringin dan teringat iqram dinzly makan macam sedap dalam jjcm. Tapi masa tu kami kat puchong. Jadi macam jauhla pulak nak pegi shah alam. So, cancel gi makan steamboat tu terus terbayang meatball ikea. Nampak riak kekecewaan dimuka encik am. Hee.

Then, bila dah sampai ikea, tak jadi pulak nak makan meatball sebab fikir kena beratur panjang. Nak balik awallah sebab encik am nak layan stadium astro. Ade game MU. Kipas mati MU ni. So, pilih nak makan kat bawah tu jela. Bestnyer sebab aida dan encik am memang suke mencuba pelbagai makan pelbagai tempat. Tup tup ada satu kedai steamboat nih. The ketam village steamboat kalau tak silap. Kalau silap siku encik am. Tak pon korang pegi sendirilah ikea tengok..hehe..so beratur terus tunggu dilayan.

Tapi encik am tak puas hati lagi sebab takde grill, hehehe. Takpelah nanti kite pegi shah alam tu yer..harga boleh tahan mampu. Sedap tapi tomyam die pedas yang amat. Menangis berhingus terbatuk berkahak dibuatnya. Haha, dua-dua order tomyam plak tuh, alih-alih gelak lah masing-masing.

So, nak dijadikan cerita last week, lepas keluar pegi shopin barang rumah, kami lepak sekejap amik angin petang dekat pullman. Dahtu terfikir-fikir nak makan malam ape yer. Biasalah dah jadi bini ni kena kreatip kena plan siap-siap nak masak apa buat apa kan. Kate bini mithali bini solehah. Aauuwww.

Cepat jer encik am jawab, makan steamboat and grill nak. Hah, die start dah mengidam die tuh. Takkan nak pegi shah alam kot. So, aida pon googlela steamboat around putrajaya. Jumpe satu kat the chim chum kot. Harga boleh tahan. Pastu google lagi jumpe yang dekat cyberjaya. Em, yang ni dekat jer. Nakhoda malaya steamboat. Hmm harga die murah jer. Yang paling penting ade grill.

Apalagi start kete terus pegi cyberjaya. Kami nih tak berapa familiar jalan cyberjaya. Penah pegi makan kat saba restoren nasi arab. Tupon balik sesat. Hmm, pusing punye pusing silap sampai ke saba last-last patah balik baru jumpe. Banyak jugak kedai makan kat cyberjaya ni rupenye. Nakhoda ni sebelah tutti frutti jer.

Sampai-sampai tak ramai orang lagi terus order. Hmm, awalnya steamboat dipetang hari. Hehehe. janji encik am tak kempunan nak grill. Yezza.

Update via iphone takleh nak buh caption kat gambar. Yang atas kat nakhoda malaya yang bawah kat ketam village stemboat. Ok bai. Xoxo.



No comments:

Post a Comment