728 x 90

Tuesday, October 30, 2012

Musim hujan kesian


Lately nih, tiap-tiap petang mesti hujan. kalau tak petang, malam, kadang pagi.
kalau tido memang nikmatlah sampai ke pagi siap boleh terlajak tido.
sudahnya lambatlah sampai ofis yer. hee..macam ada pengalaman jer..

hujan itu rahmat dari tuhan.
sometimes pelik kan kita manusia ni. bila panas mentari kita nak sejuk hujan.
tapi bila dah sejuk hujan kita nak panas mentari. nampak kan betapa kita sebagai hambaNya
tak pernah bersyukur dengan setiap rahmat yang tuhan bagi. Astaghfirullahalazim.
bukan nak cakap orang lain, tapi kadang-kadang aida sendiri pon merungut sejuk dan panas.
hmmm..berbanyaklah istighfar dan bersyukur atas setiap apa yang tuhan tentukan.

samalah macam hidup kita. yang terkadang kita sangkakan panas sampai ke petang,
namun tiba-tiba hujan di tengah hari. sesudah hujan kilat dan guruh, tuhan bagi pula pelangi pada kita.
setiap yang berlaku atas dunia ini bersebab, Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Allah maha mengatur segalanya. alamak, terberceramah pulak aida kamsah ni. hee.

sekarang ni encik am dah pakai motor pergi balik kerja.
memandangkan sudah berkeluarga, sudah punyai komitmen, jadi untuk mengurangkan kos
sara hidup beliau, justeru beliau bertekad tak mau naik kereta dah pergi kerja melainkan waktu-waktu yang terdesak sahaja. mana taknya, tempat kerja encik am jauh nun di cheras. pergi balik dahla kena tol rm1.30, kan dah sehari tol rm2.60. kereta wira encik am pulak asyik lapar memanjang. nak kena isi jugak. seminggu jer dah dekat rm80. aiyoo memang mentenen kuat betollah champion (nama manja wira encik am)..

ate mahu tak mahu, pakai jugaklah motor. minyak dah save kat situ. seminggu baru berapa ringgit. tol dah tak payah. memang penjimatan yang hebatlah disitu. hebatlah sangat. he. bukan apa, kami merancang untuk masa hadapan dan juga simpanan hari tua. dan mana tahu kalau-kalau ada emergency ke hape ke kan, jadi sekurang-kurangnya kami ada backup. kalau takde simpanan mana kami nak korek duit. lagipon, manalah tahu kalau ada rezeki kami nanti nak tambah bilangan anak beranak kami ka. hik.

jadik, dua tiga menjak sejak musim hujan nih, terpaksalah encik am balik dengan basah lenjunnya sampai ke rumah. isteri mana yang tak sampai hati tengok. nak jer tak bagi naik motor dah. kadang-kadang tuh sampai lewat dekat rumah sebab tunggu hujan seriat. tunggulah aida di depan jendela mengintai suami pulang. aida dah pesan kalau hujan lebat sangat jangan terus, benti mana-mana big tree berteduh. siap encik am beli baju hujan givi lagi nak protect dari hujan. hee. problemnya, kadang-kdang encik am ni degil nak redah jugak. kadang dah hujan baru nak pakai baju hujan. acane tuh?
geram jugak dengan budak nih. tapi bila balik tengok basah baju, oooooh kesiannya laki aku sorang nih. he.
bukan apa takut demam nanti. yelah, encik am kan budak manja ahak. manja ker??

encik am dengan raincoat givinya..baru balik keje..
macam budak sekolah jer encik am 

pandangan tepi..dah macam budak gemok 
ala ala penguin kekeke






No comments:

Post a Comment