Monday, October 8, 2012

Ahad yang spoil..hehe..


Salam,

weekend yang lepas, tiada plan shoppin tiada plan beli barang tiada plan survey.
sebab rasanya macam dah takde apa nak dibeli nak ditambah pada rumah.
seem semuanya macam dah cukup.
food stock nampak macam tak jalan pon ada. diet ke dua-dua orang. tapi dua-dua
maintain demok. ahak. sedang berjinak-jinak kurangkan makan. tapi makanan merapu tetap
menjadi pujaan hati such as nugget tempura tu memang kena ada dalam freeze tu. mahunya pukol10
encik am nak kudap-kudap, itu jelah sasarannya. senang kan.

okey, berbalik cerita pagi ahad yang spoil mpoilla, pagi-pagi jer dah jari kena hiris dengan pisau.
mana taknya, main suka hati je mengenggam kutleri yang ade dalam dish dryer tanpa melihat apa yang ada. zaaaap, terhiris jari barulah terasa sakitnya. amik kau. tula, bukan nak tengok dulu.
berlari-lari anak amik tisu tunjuk dekat encik am. hahahaha.

kemudian sambung balik kerja-kerja dapur. ngeee. almaklumlah tukang masak encik am yang merangkap chef ala-ala masterchef tuh. he, punyalah semangat masak sementara encik am tidur-tiduran. panaskan kuali je nak goreng ubi kentang, tak pasal-pasal bila masukkan ubi minyak mercik. kalu setitik tu dah biasa dah kena. ni amik kau banyak kot. melecur tuh.

pedih siot..!! terus basuh dengan air dan buat-buat rilek macam tak ada apa-apa. pelik, boleh tak rasa apa-apa
sampailah encik am bangun terus sakit tuh datang. ahaha, mungkin panik, tak tahu nak buat apa.
 terus tunjuk kat encik am. encik am cakap macam mana boleh kena. terus dia sapukan dengan minyak gamat.
tapi sebelum tuh sebenarnya, aida dah sapu dengan garam. ngeee..tu pon tepon mak.

jari-jari yang telah disapu minyak gamat

okey nampak tak dah lebam-lebam itu.


Sekian, berhati-hatilah ketika berada didapur.





No comments:

Post a Comment