Wednesday, June 4, 2014

The Pandora's


Assalamualaikum,

bulan lepas genap usia perkahwinan kami 2 tahun. woowoowoo kejap je kan pejam celik pejam celik dah 2 tahun. orang lain pon kate korang macam baru kawen tahun lepas je. takkkk, i kawen tahun 2012 hokey, ni dah 2014. tapi memang betol, kami tak rase sangat yang macam dah lama kawen. mungkin tanpa kehadiran anak membuatkan kami rasa bujang-bujang, macam baru lepas kawen, nak honeymoon aje selalu. eeewahh. apepon, kami bersyukur sebab rumah tangga kami bertahan smapai sekarang walaupon takde insan yang bernama anak lagi.

aku tak pernah mengandung, tak pernah rasa mengandung, dan teringin yang amat nak mengandung. tapi disebabkan aku ada masalah hormon, sebab itulah aku susah nak conceive. ya aku tahu, tapi siapalah aku, yang hanya mampu pergi dapatkan rawatan, berubat sana-sini, try itu dan ini. doa memang tak pernah putus. tapi benarlah, kalau Allah tak izinkan lagi, takkan ada lagi. rezeki Allah kita tak tahu. Dialah sebaik-baik perancangan. aku harap kawan-kawan dapat doakan aku mengandung dan melahirkan seperti perempuan lain. Amin.

so, untuk kali ini, aku takde hadiah untuk encik am. aku blurr tak tahu nak beli apa. semua bende encik am ada. yang lain mahal aku tak mampu wehh.. haha. cuma yang encik am takde hanyalah ANAK. teringin jugak bagi hadiah anak, dan haritu berharap sangat hadiah anniversarry kalini mengandung. tapi takdak rezeki lagi sayang. emm,,redha. tapi encik am sangatlah romantik tahun ini. macam tak percaya je encik am hadiahkan pandora. walaweh,,memang pucuk dicita ulam mendatanglah. dah lama kot teringin nak bende alah ni. tapi bila fikir duit memang bila lalu kat Alamanda tuh jeling-jeling jela. kadang masuk tengok-tengok pon dah cukup. ngeee,, ade jugak cakap kat encik am jangan beli sebab daripada beli pandora baek beli emas kan. pelaburan masa depan. heeeee..

tapi dah encik am hadiahkan kan, aku terima dengan happy giler ah. hahahaha. jauh disudut hati, aku tahu encik am nak buat aku happy. die tak mau aku sedih-sedih fikir pasal anak. ye, aku tahu. dan aku taklah sangat melayan perasaan. cuma kadang-kadang hati yang sekeping nih bagai terhiris tak dapat tahan sebak. Allah yang tahu perasaan ini. tapi takkan sekali-sekali aku putus asa. ada rezeki aku nanti tapi belum sampai masanya. betul tak?


encik am pesan suruh jaga baek-baek
kumpul duit sikit-sikit baru tambah charm
tapi jangan boros.
mekasih encik am. love you to the max.

p/s: entry ni bukanlah untuk menunjuk atau apa, rasanya orang lain dah lama pakai dari aku nih yang ketinggalan zaman. just nak sharing. hee.


xoxo.



2 comments:

  1. sama2 kita berdoa...
    saya pun nak masuk 4 tahun berkahwin tapi still belum di kurniakan rezeki anak...
    Saya percaya, DIA menguji kami berdua & ada rezeki zuriat buat kami...zuriat yang sebaik2 ciptaanNya...amin

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah. pasti, saya yakin sangat pasti lepasni ada rezeki kita. saya selalu harapkan keaiajaban berlaku walaupon kadang2 kite fkir mustahil.

      Delete