728 x 90

Wednesday, February 12, 2014

NIVEA brings us the 1st rinse- off body lotion


Assalamualaikum,


harini aida nak review produk yer kawan-kawan. Produk ni nak kata lama tak lama lah dalam pasaran, kalau tak silap dalam November tahun lepas dah keluar kott. ***maap kalau silap yee..


Okey sebelum ini mesti ramai yang hanya sapu losyen sebaik sahaja selepas mandi atau masa kulit terasa kering atau mungkin hanya sebelum tidur rite? Tetapi kini ramai dah boleh berubah dengan cara baru dan produk baru yang dikeluarkan oleh Nivea.

Nivea telah mengeluarkan produk penjagaan badan iaitu In-Shower Skin Conditioner iaitu salah satu cara mudah untuk melembapkan kulit semasa mandi. Formula unik yang diaktifkan oleh air ini direka untuk digunakan selepas gel mandian, menjadikan kulit terasa lembut, licin dan lembap, walaupun selepas dikeringkan.



Satu penyelidikan di Eropah telah mendapati bahawa dua daripada lima orang (43%) sama ada sekali-sekala atau tidak pernah menggunakan losyen badan kerana mereka tidak mempunyai masa atau hanya tidak menyukai rasa melekit . Begitu juga di Malaysia, 70% daripada wanita tidak memakai losyen badan setiap hari. Kebanyakan orang hanya menggunakan losyen badan sekali-sekala kerana mereka tidak mempunyai masa untuk duduk saja dan tunggu losyen mereka kering. Bagi sesetengah, ia tidak menyenangkan untuk mempunyai rasa melekit pelembap terutama dalam cuaca panas.
Oleh yang demikian, Nivea telah mengambil satu pendekatan baru dalam penjagaan badan dengan inovasi terbarunya melalui ramuan dan formula yang boleh digunakan dalam mandian ke atas kulit yang basah.

NIVEA In-Shower Skin Conditioner


Terdapat dua jenis untuk produk ini. Nivea In-Shower Skin Conditioner diperkaya dengan Sea Mineral, oleh itu membuatkan kulit anda terhidrat dan lembut untuk disentuh. 
Jika anda salah seorang yang mempunyai kulit kering, maka Nivea In-Shower Intensive Skin Conditioner mungkin menjadi pilihan yang lebih baik. Formulasi khas mengandungi Minyak Almond yang menyuburkan kulit, menjadikan kulit licin dan lembut. 

Nivea In-Shower Skin Conditioner merupakan satu-satunya, jenis produk yang pertama di negara ini di mana komposisi intipatinya berbeza dengan losyen badan yang biasa.
Ia mengandungi lebih banyak minyak perapi dan formula berkrimnya pula perlu diaktifkan dengan kehadiran air agar ianya boleh diserapkan ke dalam kulit basah dengan segera, melembap dan memeliharakannya tanpa meninggalkan rasa melekit pada permukaan kulit.
Produk ini lebih mudah sesuai dengan rutin mandian biasa kita di mana pengguna tidak lagi perlu menungguna losyen kering atau perlu menyapu losyen badan selepas mandi.
Ia mengandungi ramuan khas yang diperkayakan untuk memulihkan 10 tanda kulit kering dan rosak untuk menampilkan kulit yang licin, selembut sutera dan lembap berkilau.
Losyen ini ditujukan khas kepada wanita dan lelaki moden yang sibuk dan tiada masa yang cukup untuk lebih penjagaan badan tetapi memerlukan cara penyelesaian yang lebih efektif untuk kecantikan dan penjagaan badan harian.


Inovasi ini menjadikan rutin penjagaan badan anda menjadi lebih mudah dan cepat. Ia mudah untuk digunakan dengan 4 langkah yang mudah: 


Langkah 1: Bersihkan badan dengan gel mandian seperti biasa dan bilas dengan air

Langkah 2: Sapukan Nivea In-Shower Skin Conditioner semasa kulit masih basah

Langkah 3: Bilaskan NIVEA In-Shower Skin Conditioner (Tidak perlu biarkan seketika sebelum di bilas)

Langkah 4: Keringkan badan, bersiap sedialah untuk ke mana jua.


Setiap variasi boleh didapati dalam pek kandungan 250ml dengan harga pasaran RM16.90. Produk ini boleh didapati di semua farmasi utama ataupun pasaraya di seluruh negara. Tetapi jangan jelous ye sebab aida beli dekat guardian dengan promosi hanya RM11.90. Jimat memang jimat lagi murah. 



Perbezaan dengan losyen lama yang hanya dipakai sebelum tidur ialah selalunya selepas disapu kulit akan terasa melekit dan melekat-lekat. Jadi bila nak tidur rasa tak selesa dan panas. Tetapi selepas penggunaan Nivea In-Shower Intensive Skin Conditioner tiap kali mandi, badan terasa lembut, licin dan lebih bermaya. Memang rasa seronok pakai dengan losyen baru ini. Terasa seperti princess gitu. Hehehe.

aida pakai yang intensive untuk kulit kering


Okeylah, cukup sampai situ, kbai.

xoxo.



No comments:

Post a Comment