Monday, February 10, 2014

Dapur Pinky : CheeseKut


Assalamualaikum,

hai kawan-kawan, bertemu lagi kite dalam rancangan dapur pinky. ewah ewah, dah macam chep wan ler pulak. tapi apepon malam ni memang nak jadi chep wan sikit. dah lame kot tak share resipi dengan korang. rasenye dah banyak resipi dari dapur pinky i nih. ahahahaha...neway, arini nak taip resipi desert minggu lepas yang i try iaitu cheesekut, ape tu cheesekut. cheesekut ialah gabungan antara cheese dan biskut. hahah. okey here we go girlllsss..


CHEESEKUT by PINKY (tajuk album)

Bahan-bahan:
- 1/2 bungkus deluxe cracker original (tersilap beli vege)
- 1/2 susu pekat manis 
- 250 gram cream cheese (aku beli jenama tatura)
- susu dutch lady stobery
- nestum, milo dan coklat rice untuk hiasan (takde dalam gambar)

inilah bahan-bahan asasnye untuk membuat cheesekut yang sedap

Cara-cara:
1. putarkan hingga sebati cream cheese dan susu. agak-agak sebati korang stop putar. tapi aku takde mixer pakai tangan pon boleh. haha.
2. di dalam bekas yang lain, celupkan biskut dalam air susu stoberi gitu-gitu aje, jangan rendam sampai lembik pulak, dan kemudian susun dalam bekas atau loyang cantik-cantik.
3. dah cantik selapis dan sebaris korang susun, lapiskan pulak dengan lapisan cheese yang dah dipukul sebati dengan susu tadi. 
4. bila dah rata, korang tabur pulak dengan nestum atas die bagi rata.
5. then korang ulang balik dari no 2 sampai 4, sampailah habis biskut dengan cheese korang.
6. last sekali untuk topping sukati koranglah nak letak apa, macam aku bubuh milo yang tak sekata dan warna-warni coklat rice tuh. 
7. dah siap simpan dalam peti ais semalam, dan esok boleh hidang untuk suami, boipren, kawan-kawan atau family korang.


aku susun dalam bekas tapaware jek, loyang besar sangat
berserabutkan aku tabur milo
faillah platting tokleh masuk masterchep

okey, yang ni yang dah siap potong-potong
dah tak sabar nak makan..
sedapppp, sendiri buat sendiri puji..apedehal..

okey, selamat mencuba.

xoxo


2 comments:

  1. hahaha...dah tu sape nk puji klo x diri sendirik...ye dak??

    naisss....nk try tp x smpei seru g..heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe..haha..
      em..hg kan rajin wei dok baking2 nih..

      Delete