Wednesday, February 5, 2014

Hobi baru suami dan isteri


Assalamualaikum,

dua tiga menjak nih, bile lalu lalang depan balkoni rumah tu asik terpandang pasu dan tanah yang tersadai kat tepi dinding tuh. hmm, dah lama dah nak buat mini garden kat depan tu. sebab minat memang minat, cuma kalau pimalas tu memang dasar pimalas kan, memang takleh nak buatapa dah ar. dulu ade jugak tanam serai, tapi last-last mati kekeringan.

pastu tibe-tibe tergerak hati ni nak tanam juga pokok ape-ape la janji berguna jugak pasu-pasu yang kakak aku bagi tuh. so, bagitau encik am, macam biasa encik am oke je. ikut jelah bini die nih.

mule-mule aku bawak balik pokok pandan. tu pon kak sarah yang bagi. alih-alih tanam, esok pagi tak siram, balik petang dah kering. alih-alih mati. adoi, memang tangan panas nih, tanam ape pon tak jadik. huuu. pastu kami pon pergilah tesco beli segala macam barang-barang khas untuk mini garden kami. beli baja pokok, beli tanah hitam baru, beli pasu panjang yang boleh takung air, beli alatan bercucuk tanam, beli pelapik pasu dan beli spray air. haa, ambik complete.

semua ado, plus glove sekali
yang comel kiri sekali je beli kat daiso.


minggu lepas balik kampung mertua, ambik pokok cabai siap-siap. sekali pak mentua bagi 2 pokok sekali. tapela. ambik jela. sampai-sampai je putrajaya terus encik am tanam pokok cabai tu dalam pasu seramik. okeyla..cukup-cukup ade 2 je pon. yang lain semua pasu plastik. pokok serai tanam dalam pot yang baru beli tuh macam dalam gambar. dan semalam aida tanam bawang,,,haha harap betoila untuk daun bawang kan. tapi gambar tak amik pulak.


tanam serai dalam pot segiempat panjang yang boleh takung air kat bawah

dalam pasu pokok cabai

petang semalam beli pula jaring untuk lapik tanaman, boleh pulak naik rumah tinggal jaring dalam kete. okeylah nanti update gambar mini garden kami yang dah siap yeay. tunggu!


xoxo.


No comments:

Post a Comment