728 x 90

Friday, April 26, 2013

Timbalan Pengarah Kastam Maut Ditembak



PUTRAJAYA: Timbalan Pengarah Kastam, Datuk Saharuddin Ibrahim maut selepas ditembak dari jarak dekat oleh penyerang tidak dikenali ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh mengesahkan insiden itu.
Menurut sumber, maklumat masih tidak jelas tetapi beliau telah dikejarkan oleh pemandunya ke Unit Kecemasan Hospiral Putrajaya sebelum pukul 9 pagi.

Polis kini sedang mengambil keterangan daripada pemandu beliau untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.



Info terkini. Pada 26.4.13 jam lebih kurang 0840hrs, caw. Pusat Kawalan IPD Putrajaya telah terima panggilan Tim. Peng. Kastam II Putrajaya Dato Hj Saharuddin ditembak di lampu isyarat Leboh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya pagi ini oleh penunggang bermotorsikal.

Beliau dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Putrajaya. Rakaman cctv sedang diperiksa oleh pegawai bertugas dan disahkan ocpd putrajaya mangsa telah meninggal dunia. Takziah diucapkan.



No comments:

Post a Comment