728 x 90

Wednesday, March 2, 2011

Marah


Tak suka marah-marah dan tak suka orang yang suka marah-marah ni. Marah ni emosi yang kadang-kadang tak terkawal oleh seseorang. Begitu juga saya. Tak baik tau suka marah-marah ni. Nanti cepat tua tau sebab bila kita marah atau buat muka, kita dah tarik urat-urat muka kita sebab tulah cepat berkedut. Cube senyum sikit. Alololo..kan comey seh. Haha. Marah adalah sifat semulajadi manusia, jadi fitrahlah kalau kita berasa marah, cuma sifat marah ini bergantung juga pada situasi dan keadaannya. Kalu tak ada rasa marah mesti ada somethin wrong somwhere kan??

Sedar tak bila kita marah kita sedang dikuasai oleh syaitan. Nauzubillah. Selama ni kita telah kalah pada hawa nafsu dan membiarkan nafsu menguasai akal. Sebab tulah selalu kita dengar dan baca dalam paper dan tv tentang kes-kes isteri, anak-anak, malah ibu dan ayah juga ada yang menjadi mangsa kepada sifat marah manusia ini. Minta simpanglah semua ini. Buruk jadinya kalau marah ini tak terkawal. Jangan menyesal tak sudah bila sesuatu dah terjadi.

“Dari ‘Atiah Radiallahuanhu ia berkata, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk”.(Riwayat Al-Imam Abu Daud).

Jadi, bagaimanakah cara nak mengawal api amarah ini sebelum terlewat?
  1. Mula-mula kita perlu malu pada Allah S.W.T akan tindak tanduk kita. Allah memperhatikan segala perlakuan dan sikap biadap kita.
  2. Bila datang rasa marah, ingatlah kita cuma manusia yang hina.
  3. Banyakkan berdiam diri berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
  4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam daripada orang yang anda marahi.
  5. Cuba bayangkan betapa buruknya muka kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang sangat marah.
  6. Apabila datang marah banyakkan membaca Ta'awwuz(A'zubillahi minas Syaitanirrajim) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
  7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wudu' kerana wudu' dapat menenangkan hati yang sedang membara.
  8. Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur, kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangun daripada tidur.
  9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sedangkan kita tahu Allah menyukai sifat lemah-lembut. Daripada Aisyah, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah-lembut dalam setiap perkara.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kita tentu tak suka orang memarahi kita dan begitulah sebaliknya dengan mereka. Oleh itu, berlembutlah dalam setiap perkara. Hadapilah sesuatu permasalahan itu dengan hikmah dan bijaksana. Andainya kita melakukan kesilapan, segera meminta maaf atas kesalahan yang telah dilakukan. Janganlah terlalu ego dan sombong untuk meminta maaf. Berlembutlah sesama manusia kerana kita semua adalah sama di mata Allah. Tidak ada lebih dan tidak ada yang kurang.

Diceritakan, Khalifah Umar Abdul Aziz menulis surat kepada wakilnya, “Anda tidak (harus) menjatuhkan hukuman ke atas seseorang ketika anda marah. Tahanlah orang itu dulu dan apabila perasaan marah itu sudah tenang, maka keluarkan orang itu dan jatuhkan hukuman mengikut dosanya (kesalahannya) dan anda tidak menghukum lebih daripada lima belas kali sebat.”

Saidina Umar Al-Khattab dalam pidatonya selalu berkata, “Orang yang beroleh kemenangan ialah orang yang mengawal dirinya daripada kerakusan, hawa nafsu dan kemarahan.”

Abdullah al-Mubarak ketika menjawab pertanyaan supaya memberikan kesimpulan mengenai pengertian budi pekerti berkata, “Meninggalkan marah.”

Wahab bin Muhaib berkata, “Kufur itu terdiri daripada empat faktor iaitu marah, nafsu syahwat, bodoh dan tamak.”

Apabila kita hendak marah ingatlah kisah seorang pemuda yang memaku tembok apabila marah



Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu", jawab ayahnya.
Pada hari pertama sahaja,
pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahan dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersbut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangga.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata 
" Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan mebunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal."

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulannya, dalam apa juga keadaan dan situasi, kita sebagai umat Islam mestilah dapat mengawal sifat marah yang boleh merosakkan sesuatu.


Kepada sesiapa juga, maafkan saya sekiranya pernah meninggalkan kesan berlubang di hati anda.

No comments:

Post a Comment