728 x 90

Monday, March 7, 2011

Kerdau Experience

Hi uols,


Hari ini baru sampai Putrajaya setelah 3h 2m di Hotel Seri Malaysia, Temerloh Pahang. Penat semalam masih terasa lagi ke hari ini. Ecece, macamla penat sangat. Aida pergi sana sebab bertugas masa pilihan raya kerdau 6 Mac 2010. Ini pengalaman pertama aida terlibat dalam pilihan raya sejak berkecimpung dalam suruhanjaya pilihan raya ini. Walaupun tak pergi bersama kembar, tapi pengalaman ketika di sana amat seronok dan sekaligus mengajar aida akan erti kesabaran dan kematangan dalam hidup. Life must go on rite?


Mule2 berat je hati nak pergi sebab aida masih lagi junior dalam dunia pr ini. Nak tak nak kena pergi jua. He. Pukol 11.30 pagi sabtu, 5 Mac, kitorang seramai 6 orang termasuk driver bertolak ke Temerloh nek pregio. Pastu benti makan lapar kat Genting Sampah Sempah kejap dan lepas tu teruskan perjalanan ke hotel. Kitorang sampai dalam kol 3 lbh dan check in dulu. Baring2 jap untuk hilangkan penat dudok dalam pregio. huhu.


Petang 2 kitorang pergi dewan untuk setup peralatan. Haha, macam ni ke tempatnya. Oh, begitu rupanya. Perak la sikit tengok ramai gak orang tengah menyetup dewan tuh. Tempat kitorang dekat sudut kiri dewan dekat dengan projector. Tengokla tempat kitorang tuh.


muke2 comel tgh setup ape yg patot


Bile dah oke semuanya, kitorang balik hotel dan bersedia untuk esok. Takut pulak tunggu esok. Cheewaahh. Adoi, shower slow la plak. Sabo jelah. Alamak, baju aida saiz S sendatla plak. Kalu tahu mintak saiz M pon xpe. Nasib boleh pakai lagi. Kan. Kan. Apelagi kunci jam esok nak bangun daa.

Huarrrghh..pagi2 lagi dah kena bangun di hari minggu. Mode : mamai. Bersedia untuk bertugas. Jeng3x. Tudung kena masuk dalam la plak sebab kolar baju tebal sangat dah macam kolar jaket dracula tuh. So, amacam smart tak kitorang semua. Ada ciri-ciri tak jadi pemimpin masa yang akan datang. Haha.

geng kerdau bukan kerbau tau

dah macam receptionist lak


Dari pagi dok mengadap laptop tuh jek sampai naik boring dah laptop tu tengok kitorang. Kalu die boleh cakap dah lame dah die suruh pergi main jauh2. :p. Tapi takpe, nasib baek abg apis ada bawak movie. Sempatla tengok 2 movie dalam 1 hari. Hantu Kak Limah Balik Rumah dengan Magika.

Kerja kitorang kat situ makan jek. Bekpes, tea break, lunch, tea break lagi dan dinner. Tu tak termasuk dengan jajan yang masing2 beli semalam dekat The Store. Nasib sehari je, kalu berhari2 alamat naik berkilo2 la aida. Rezeki jangan ditolak kan.

nyam..nyam..makan bubur kacang

Lepas dah kenyang isi perut barula keje kitorang start. Apa lagi sibukla key in data. Adoyai, jangan problem sudah. Amin, Alhamdulilah selesai jugak kerja kitorang semalam. Penatnya, jom berkemas pulang. Packing semua barang lepas tu keadaan masing lagi tegang dan kitorang pun mengambil kesempatan untuk sesi fotografi. Haha, macam 2 pe'el sorang2, but so sweet the moment. Apa tak nya, aida dapat bergambar dengan pembaca berita tv1, Sharil. He, senyum lebar sampai ke telinga. Ops, tak de pape ye, cume bergambar sahaja. Tet. Malamnya pulang dengan senyuman ke hotel menunggu esoknya untuk balik ke markas di Putrajaya.

jurutera ict

 wow..sempat lagi berfotoshot..haha..


Pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Tanpa pengalaman kita takkan kenal erti dunia.

No comments:

Post a Comment