Sunday, February 27, 2011

Misteri Miaw

Sudah 4 malam Miaw pergi tanpa meninggalkan berita. Merajukkah? Adoyai, manelah Miaw tahu tulis sms ke anta email ke kan. Kami semua risau keadaan Miaw, entahkan hidup atau sudah pergi buat selamanya. Ape yang mampu kami buat berdoa dan menunggu kepulangannya. Rindu pada ke'meow'an Miaw. Oh Miaw..pulanglah, kami semua amat merinduimu. Kami janji takkan menyakat Miaw lagi. (ayat untuk pujuk Miaw..hehe..).


Miaw, satu2nya kucing yang kami pelihara dari kecik. Dah macam adik-beradik kami dah walaupun spesies berlainan. Sebenarnya Miaw kucing yang abang saya jumpa ditepi jalan. Mase2 abang bawa balik 2ekor. Seekor Miaw dan seekor lagi Putih. Miaw dan Putih ditinggalkan ditepi jalan oleh ibunya sebaik sahaja dilahirkan. Mungkin ibu mereka tak sanggup menjaga mereka atau tuan mereka yang tidak sanggup menanggung beban memelihara anak-anak kucing beliau yang semakin bertambah ekornya. Justeru, beliau membuangnya ditepi jalan dan dipungut oleh abang saya kerana tidak sampai hati melihat mereka yang masih kecil sedang me'meow' ditepi jalan. Wallahualam.


Tapi sayang, riwayat hidup Putih tidak lama kerana dia tak mampu bertarung dalam mengharungi liku-liku hidup tanpa ibu mereka. Putih disahkan pergi buat selama-lamanya. Moga Putih tenang dan aman disana. Amin. Jadi tinggallah Miaw sebatang kara sahaja tanpa adik beradik sampai sekarang. Kami pon xtahu macam mana nama Miaw itu terjadi. Disebabkan dah terbiasa memanggil Miaw, jadi kami namakan die Miaw.
inilah Miaw, dah macam Cat dalam cerita CatDog tuh..hehe..

Miaw seekor kucing betina yang comel semasa kecil. Matanya sangat cantik. Manja dan seakan kebudak2kan. Pada mulanya kami semua tak biasa menjaga kucing. Almaklumla binatang yang pernah kami pelihara cuma ikan dan hamster saja. Kecil dan xrumit. Kucing ni lain sikit. Dah macam manusia pulak tengoknya.


Miaw sedang membersihkan bulu-bulunya..

Telatah Miaw sangat lucu. Miaw ni mesti dari keturunan berada. Tidur nak beradu dalam bilik aircond. Makan nak sedap, ikan yang fresh saje. Time makan punctual betol. Lambat je siap la dicakarnya kaki. Tapi kami dah biasa dengannya. Miaw dah macam penghibur buat kami. Ketiadaan Miaw membuatkan rumah sunyi sepi.


ee..xsenonoh Miaw beraksi selepas kekenyangan..


isk3..terkangkang..dok sopan2 skit..bape kali nak aja..

Kami suke menyakat Miaw, walaupun betina tapi Miaw garang. Kami semua selalu dicakarnya. Tapi walaupun selalu kene cakar kami tetap suka bermain dengan Miaw. Kini Miaw sudah berusia 7bulan. Dah besar dah die. Ala bucuk2 dan kurang sikit kecomelan dari dulu. hehe. Tapi kami SAYANG MIAW. Miaw PULANGLAH....


TIBE-TIBE..


Semalam jam menunjukkan pukol 01:59 a.m, kedengaran bunyi 'meow' diluar rumah. Adik yang sedang ber'fb' diruang tamu berfikir mungkin kucing jiran sebelah. Tapi makin lama makin kuat bunyi 'meow' itu dan bunyinya seakan-akan Miaw kami. Lantas adik membuka pintu dan Miaw meluru masuk dalam keadaan yang tidak terurus. YaAllah, Miaw kamikan itu. Sah memang ia Miaw. Macam tak percaya Miaw yang sudah hilang beberapa hari kini sudah kembali. Melihatkan keadaan Miaw yang seperti kebingungan dan kelaparan, kami pun memberi makan dan menidurkan Miaw. Kesian die. Xtahu ape yang terjadi pada Miaw sepanjang 4 hari kehilangannya.


Miaw seperti selalu menyibuk je kerjanya..

Kini, Miaw dah kembali seperti biasa. Kami sentiasa memerhatikan Miaw agar die tidak hilang lagi. Tapi kehilangan Miaw masih menjadi tanda tanya bagi kami. 


Menyayangi haiwan, adalah sunnah Rasulullah. Islam sangat-sangat mengajar umatnya untuk mengasihani haiwan, terutamanya yang jinak seperti kucing. Namun, janganlah terlalu menyayangi haiwan sehingga mengatasi kasih sayang sesama manusia pula! 

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, sesungguhnya Rasulullah pernah besabda:
"Seorang pelacur dari Bani Israel diampun dosanya oleh Allah dan dimasuknya ke syurga kerana ia bersimpati dengan seekor anjing yang kehausan air, lalu ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya untuk diberi minum kepada anjing itu."

Subhanallah! Alangkah mulianya berbakti kepada haiwan, sehinggakan dosa yang begitu berat pun boleh diampunkan! Banyak aspek kita boleh lihat pada hadis ini. Pertamanya, wanita tersebut adalah pelaku dosa besar, iaitu berzina (pelacuran). Namun, bukan itu yang diambilkira, sebaliknya keikhlasan wanita tersebut. Wanita tersebut bersimpati dengan seekor anjing! Walaupun anjing merupakan binatang najis mughallazah, tetapi ia tidak bermaksud kita perlu memandang jijik terhadap binatang tersebut. Wanita tersebut tetap sudi membantu anjing tersebut! Itu keikhlasan yang pertama. Yang keduanya, “ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya”! Ini menunjukkan, betapa nekad wanita tersebut untuk membantu si anjing yang kehausan. Jelaslah keikhlasan dan ikhtiar yang dilakukan wanita ini, yang datang dari hati yang suci, itulah yang menjadi sebab kepada pengampunan dosa beliau.
Dalam sebuah hadis yang lain pula, diriwayatkan oleh Ibnu Umar, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:
“Seorang wanita masuk Neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.”


2 comments: