728 x 90

Monday, March 21, 2011

OT over the limit

Salam,


minggu lepas dan minggu ni dapat memo untuk kerja lebih masa. Adoyai. Penat. Sabtu ahad pon kene kerja. Mood kerja takde time2 cuti nih. Fikir nak jalan2 cari makan, outing dengan siDia, dengan old friend yang datang dari Penang. Adoi, pening. Macam mane nak bahagi masa nih. Memang takde sebab kerja sampai ke malam. Warghhhh..dah balik penat mesti nak tido. Huhu..minggu lepas dengan minggu ni memang takde life la. Kerja.Kerja.Kerja.


Kadang2 terfikir kenapala kita perlu jadi besar dan kena kerja. Kan besh kalu jadi kecik je xbesar. He. Tapi bile fikir2 balik, sampai bile nak jadi kecik je, tak mencabar langsung. Semakin membesar semakin banyak benda yang kita tempuh. Semua tu barula dinamakan LIFE. Bukan sos cili Life tuh. Yang pedas kejap je, pas minum ais coke hilanglah. Ni LIFE yang betol2 life. Semua tu mengajar kita erti kehidupan. Pengalaman yang kita tempuh ini suatu masa bila kita kenang, buat kita tersenyum sendiri. Betol, walaupon pahit, tapi ada manisnya. Ingat masa study dulu2, selalu gaduh dengan roomate. Mase2 memang tak suke la. Bukan tak suke dengan roomate, biasela kadang gaduh pasai assignment, pasal bilik, ala bende2 kecik pon nak gadoh, xmatang betolla. He, tapi bile masing2 dah kerja, jadi rindu plak dengan semua2. Huhu. Nampak, walaupon dulu rasa pahit, tapi bila diingat balik, semuanya dah jadi kenangan manis. Rindu sangat zaman tuh. Kalau kita tak tempoh semua2, mesti takde ape yang kita nak ingat kan.




jangan gadoh2..tak baek


Sekadar gambar hiasan. Hehe. Camnila kalu tensen dengan kerja kite merepek je kat sini. Salah satu medium untuk hilangkan dan lepaskan tensen tulislah panjang mane yang suke, takde orang nak marah. Ini kita punya suka kan. Tak perlu la komen2. Cube buat 1 cerita cmni jugak nak tengok. Haha, ape aku merepek nih. Okela, saya nak jadi besar, saya suke dengan kerja saya. Semangat. Chaiyok2.


"Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi... kita tertanya-tanya Kemana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah"

No comments:

Post a Comment