Monday, March 14, 2011

Rumah Amal Kasih Bestari

Salam,

Hari ini, aida dan kawan2 pergi melawat Rumah Amal Kasih Bestari kat Subang. Program ini anjuran Puspanita Spr. Teruja sangat dapat pergi rumah ini. Fisrt time, ikut lawatan pergi ke rumah amal macam ni. Rumah amal ini bukan sahaja memuatkan anak-anak yatim piatu, tetapi juga anak-anak miskin, asnaf, yang tiada status dan yang terabai. Kasihan sangat bila tengok muka anak-anak ini.

baru sampai..panas skit..

Kesemua anak-anak ini berusia dari baru lahir hingga ke sekolah menengah. Semuanya lelaki. Mereka semua comel-comel sangat. Ternampak akan cahaya kegembiraan pada wajah mereka apabila kami sampai ke sana dan menjalankan aktiviti yang cukup menarik seperti kotak muzik beracun, teka-teki dan peraduan mewarna.


Kemudian, kami dikehendaki memilih seorang anak untuk dijadikan adik atau anak angkat bagi makcik-makcik. Hehe. Aida kakak ye. Yang comel-comel semua makcik2 dah sapu. Tinggal abang-abang yang malu2 saja. Aida ambil adik Mohd Fakrul Razi sebagai adik angkat. Hitam manis orangnya. Berusia 13 tahun dan berasal dari Rawang. Mempunyai 10 orang adik-beradik. Razi datang dari keluarga yang besar dan agak susah. Sebab itulah, di sini lah menjadi tempatnya membesar.


kak faizah bersama adiknya

kak wan bersama ajib

aida dan razi, si hitam manis

Selalu mereka makan nasi sebagai rutin harian. Kami membawa KFC bagi menggembirakan hati mereka. Almaklumlah untuk makan makanan begini rasanya agak sukar. Berebut2 mereka ambil dan makan. Seronok melihat mereka makan. Selepas makan, mereka menyampaikan beberapa buah lagu nasyid mereka sendir kepada kami. Tersentuh hati bila mendengar lagu-lagu mereka. Sob.Sob.Sob.

syahdu nasyid mereka

Sebelum balik, pihak puspanita menyampaikan sumbangan derma dan hadiah kepada rumah amal ini. Betapa gembiranya mereka menerima sumbangan kami walaupun tidak besar tapi cukup bermakna buat mereka. Semoga sumbangan kami dapat meringankan beban mereka.

Terasa begitu bersyukur kepada Allah kerana lahir dan membesar dengan baik dan sempurna walaupun tidak begitu mewah. Dapat merasakan kasih sayang ibu dan ayah. Betapa ramai lagi di luar sana yang dalam kesusahan, kemiskinan dan serba kekurangan. Bersamalah kita menghargai pengorbanan dan kasih sayang ibu bapa kita yang masih ada. Balas segala jasa dan budi mereka selagi masih sempat. Jika berkesempatan dan ada rezeki yang lebih marilah kita bersama membantu golongan yang memerlukan ini.


"Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang di asuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang selalu digangu dan disakiti hatinya"
                                                                                                                                Riwayat :Ibnu Madjah

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad).

4 comments:

  1. Semoga usaha semua kepada anak yatim diberkati..

    Sama2 kita hulurkan bantuan...

    ReplyDelete
  2. tersentuh ngan entri ni..mummy merah n sofia follow cnie k..datang dr blog MJ..n ternampak entri ttg rumah amal ini..insyaallah kalau ada rezeki boleh kita sama2 bantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula..rasa kalu ade kesempatan mcm nak pergi lagi..sy dah folo mummy merah dan sofia..tq..

      Delete