Thursday, March 10, 2011

Kelip-kelip Kusangka Api

Dari kecik lagi aida teringin nak pergi Kuala Selangor. Kenape ek? Sebab aida tertingin sangat nak tengok kelip-kelip kat sana. Teruja sangat. Selalu dengar cakap orang je. Orang kata kawasan tu memang banyak kelip-kelip. Aida suka kelip-kelip sebab die bercahaya. Kelip-kelip ada lampu. Kalu tengok waktu malam, MASYA ALLAH mesti AWESOME kan. hu. Bile nak pergi ya?

Dalam surat As-Sajdah ayat 9 Allah berfirman: ”Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam (tubuh)nya roh (ciptaan)-Nya dan Dia memberikan kamu pendengaran, penglihatan, dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur.” Jauh sebelum kita diciptakan, Allah sudah mengetahui bahwa kita akan mendustakan kenikmatan ini dengan tidak mensyukurinya. Di ayat yang lain disebutkan : ”Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati agar kamu bersyukur.” (An-Nahl : 78)

Dulu masa kecik2, aida pernah pergi 1 kampung siam ni. Mase2 waktu malam, ada majlis pengkebumian. Masa mayat tu dikebumikan banyak kelip-kelip yang datang. Tok Wan cakap kelip-kelip datang bile ada orang mati. Terus jadi takut dengan kelip-kelip. Hu. Tapi sekarang dah besar, dah tak takut tapi lagi suke adela. Tapi kelip-kelip ni susah nak jumpa. Kadang-kadang tu die datang tibe2 je. Seekor je. Mase2 punyelah jakun terkejar-kejar nak tangkap, pastu masuk dalam botol. Tengok cahaya die sampai pagi. Cantik.

cantik kan

Kalau diberi kesempatan, aida nak pergi juga Kuala Selangor nih. Pernah tengok tak iklan TNB yang ada Adibah Noor2. Rumah diorang takde letrik, pastu diorang pegi lepak kat Kuala Selangor tu sampai malam. Best kan. Terang je bile dah beribu-ribu kelip-kelip berkumpul. Aduh, tak leh jadi nih, kena pergi jugak nih. KUALA SELANGOR TUNGGUUU...!!!!


No comments:

Post a Comment