728 x 90

Monday, February 23, 2015

Panas badan semasa mengandung


Assalamualaikum,

sejak-sejak masuk trimester ketiga  nih, badan makin menjadi-jadi panas. kalau duduk atas sofa kat rumah tu macam baru balik jogging 1500meter kau. basah habis. belom tengok kalau time tido, tengkuk, dada, baju dah lenjun dengan peluh macam main futsal encik am cakap. haha. memang panas tak tahan sangat. dulu dengar kawan-kawan dok mengadu panaslah, rase nak bogel jela, nak pasang aircondla sekarang aku dah rasa dah macam mana. huh. memang panas die lain macam. encik am nak dekat-dekat pon i tolak die pegi jauh sikit. panas badan die lagi la rimas. memang macam tu ye ibu mengandung?

Fakta:
  • Tubuh wanita tengah mengalami banyak perubahan termasuk perubahan hormon. Kadar metabolisme jadi semakin bertambah apabila mengandung sampai tubuh badan wanita akan rasa panas. 
  • Keadaan bayi yang semakin membesar juga menyebabkan tubuh ibu cepat berasa panas. Penghasilan hormon progesteron akibat meningkatnya suhu tubuh  janin dalam kandungan boleh menyebabkan rasa panas.  
  • Peningkatan peredaran darah semasa hamil membuatkan ibu sering berasa panas.Peningkatan aliran darah berlaku apabila hormon progesteron membuka lebih banyak saluran kecil darah di dalam permukaan kulit. Kapilari yang dipenuhi darah inilah yang membuatkan tubuh wanita hamil panas.
  • Kebiasaannya tubuh wanita hamil akan rasa panas apabila kandungan masuk 6 minggu dan rasa menjadi semakin kuat apabila kandungan berusia 32 minggu. Dalam situasi serius, kadangkala kepanasan ni boleh menyebabkan ibu2 pitam dan pengsan.

Oooh,,,sebabtulah panas sesangat. sekarang nih kalau tido kadang-kadang berkemban je. tak selimut dah. siap pasang air cooler kat tepi tu pon masih basah lagi bile bangun. hee, sabar jela, dah tak lame dah. hehe. bertabahlah wahai aida demi anak. 

kbai, xoxo.

6 comments:

  1. lagi2 sekarang musim panas...so kena banyak minum air

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula..makin menjadi2 panas die kan..betol..kne minum air kosong byk2..

      Delete
  2. insya Allah dugaan time mengandung tu dapat kurangkan dugaan masa nak bersalin nanti...
    Take care...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. tambah pulak sekarang musim panas kan. qemmal hala kipassorang satu time tido hehe

    ReplyDelete