728 x 90

Friday, February 13, 2015

Scan 3d/4d untuk si kecik


Assalamualaikum,

bagi first mommy macam aida ni memang keterujaan nak dapat baby nih super duper excited la kan, lagik-lagik yang tunggu bertahun nak dapat nih kan. mane taknya kalau boleh tiap-tiap minggu nak scan nak tengok baby sehat ke tak, nak tengok perkembangan baby, rindu baby lah, kadang bukan ibu die yang rindu lebey tapi abah yang over rindu tau. ngee. tapi normalla kan, rasanya kalau orang lain pon mesti akan macam tu jugakkan. tapi selalunya anak first lah. bile dah masuk second third dah kurang excited dah sebab dah rasa pengalaman semua tuh. betol tak?

macam kitorang boleh kate tiap-tiap bulan mesti akan pergi scan. kalau setakat 2d tu je kitorang akan pergi Klinik Maria ataupon Klinik Lita Alis. tapi bagi i better korang pergi klinik maria lah sebab mesin scan die lebih clear dari lita alis. ngee. harga sekali scan around rm45-rm50.

tapi naklah jugak scan 3d/4d kan untuk si budak kecik dalam perut ini kan. waktu yang sesuai untuk scan nih dalam 24-30weeks. kalau lebih takot dah sempit. bukanlah tujuan nak tahu jantina tu sangat sebabnya kalau scan biasa je pon boleh nampak gender tapi nak tahu keadaan baby kan. yang penting sehat dan cukup sifat. sekurang-kurangnya persediaan mental dan fizikal sebelom kelahiran kan. kalau ada problem boleh detect awal. dan kalau tahu gender pon its bonuslah sebab senanglah nak shopping baju baby.

so, banyaklah google cari kat mana best nak scan yang murah dan service thorbaek kan. haha. dan ramai yang aida baca suke dengan service sonographer miss jezlyn. so kalu nak tahu boleh pergi fb scan3d/4d malaysia atau website diorang scan3d/4d malaysia. boleh juga kalau nak buat detail scan, tapi seeloknya 22weeks ke bawah kot kalau tak silap. dan details scan nih harga die mahal sikit.

disebabkan tak sabar sangat kan, masuk je 26weeks aritu terus booking appointment dengan scan 3d/4d malaysia. kalau korang nak scan tak boleh terus main redah je. kena booking dulu dan kalau nak miss jezlyn yang scankan kene pilih date and time dan klinik mana yang sono tu bertugas. sebab ada ramai sonographer dan banyak klinik yang diorang buat service sekitar kl nih. macam aida aritu, pilih Poliklinik An-Nisa dekat Seri Kembangan. klinik lain macam jauh sangat dari rumah. booking hari khamis malam, kena booking awal takot full house jek. service dengan diorang best, sebab kalau tak nampak muka baby tak payah bayar. tapi sono miss jezlyn nih akan scan sampai nampak jugak sebab die pandai pujuk baby. lembut je orangnya. kalu susah jugak dia akan suruh kita keluar jalan-jalan dulu bagi baby pusing. ngee.


bukan gambar baby aida nih..sekadar hiasan
insyaAllah akan share nanti yer..hehehe..


masa booking tak payah buat bayaran apa-apa. nanti bila dah datang appointment dah scan baru bayar. harga yang aida kena bayar untuk 3d/4d scan rm120. dapat cd, sekeping gambar scan 2d dan sekeping gambar 4r scan 3d. dalam cd tuh ade beberapa video 4d dan gambar-gambar scan 3d yang lain. agak berbaloilah juga dengan harga dan service yang diorang bagi. very recommended pada ibu-ibu yang nak scan 3d/4d nih. 

em gender, seperti yang tahu mase scan biasa, memang sama jugak. hehe. ibu dengan abah tak kesah boy ke girl, yang penting baby sehat dan kuat, Alhamdulilah syukur. masa nih baby masih lagi songsang, air ketuban okey, berat baby 800gram ++. baby marah sebab die tengah tidor kena kacau. hehe..sory baby. tapi ibu sayang kamu sangat-sangat yer. duduk dalam tuh baik-baik yer. 

psstt: ikut ibu ke ikut abah tu?? hehe


ok bai, xoxo.



5 comments:

  1. seronoknya dengar cerita ibu mengandung ni...
    mohon doakan sy gak..moga berkat doa ibu mengandung ni lekat pada saya pula...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..sy doakan awak dan kwn2 yg lain yg senasib akan mengandung..
      lambat atau cepat, rezeki Allah itu pasti. jgn putus asa teruskan usaha.

      Delete
  2. mane gambar baby Aida ni..

    due bile yang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar ada..malas nak upload..hehe..
      due hjg bulan 4..tp xtaula cepat ke lambat kuar nih..hehe..

      Delete
  3. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary

    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete