728 x 90

Monday, February 9, 2015

Minum air gula MGTT & BSP


Assalamualaikum,

actually aida kena minum air gula ataupon MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) masa 18weeks. cepatkan, sebabnya selalu dalam 24-28weeks baru minum air gula nih. tujuan minum air gula ni sebabnya nak tahu paras gula dalam darah ibu mengandung sama ada normal ataupon GDM(Gestational Diabetis Mellitus) iaitu diabetis semasa pregnant.



kalau dulu bawah umur 30tahun kalau tak silap tak payah minum air gula. tapi sekarang umur 25tahun ke atas dah kena minum air gula. tambah-tambah macam aida kena minum awal ni sebab ade history diabetis. mak memang ada kencing manis. dan kakak-kakak aida pon mase mengandung semua kena gdm nih. jadi takde maknela nak escape minum air gula  nih.

GDM ini terjadi semasa pregnant saje, ini sebab hormon yang dikeluarkan oleh uri menganggu kerberkesanan proses insulin. so that why paras gula dalam darah meningkat. selalunya gdm ini akan hilang selepas bayi dilahirkan.


inilah rupa air gula yang kena minum tuh.
kalau dekat KKP9 nih perasa blackcurrant.
kalau datang awal, air die suam-suam lagi baru bancuh.
paling nasib baik boleh pilih yang paling sikit..kekeke..


nak minum air gule nih korang kena puasa malam hari tuh bermula pukol10 malam sampailah esok pagi. dalam pukol 8 datang kk untuk ambil darah bacaan sebelom minum air gula. dan lepas 2 jam minum air gula kena datang balik nak ambil darah untuk bacaan selepas 2jam. haha, aida sekali teguk jer minum air gula tuh, takdelah teruk sangat macam yang pernah dengar tuh. tapi memanglah agak nak memuntahkan balik sebab air gula tu pekat kot kan. tapi tahan jela. kalau korang termuntah mau kena repeat balik, sanggup ker?? lepastuh boleh jer kalau nak minum sikit air masak kalau nak hilangkan rasa mual tuh.


Bacaan normal
FBS (puasa) : 3.5 - 5.3 mmol/L
2HPP (2 jam lepas makan) : 4.0 - 6.7 mmol/L

Result MGTT:
FBS (puasa) : 6.2 mmol/L
2HPP (2 jam lepas makan) : reject (tak tau pasai apa)

kesimpulannya, pagi saja pon dah nampak sangat ada gdm, dah sampai border line dah pon. uuwwaa. dan secara rasminya bermula episod cucuk BSP pulak. tett.

apa pulak BSP nih? banyak mende kena tahu sepanjang pregnant nih, macam-macam prosedur dan singkatan. faham-faham sendirilah. BSP ialah blood sugar profile. BSP ini buat 2 minggu sekali. 4 kali darah diambil dalam masa sehari. Malam macam biasa kena puasa. Bacaan diambil pagi(puasa), selepas breakfirst, selepas lunch dan selepas makan malam. sakit dah jari-jari nih kena cucuk tauu.

dalam masa yang sama kena juga buat HBA1C. apa pulaklah HBA1C nih? HBA1C merupakan ujian makmal yang mengesan purata glukosa darah untuk jangkamasa 3 bulan yang sebelumnya. dan keputusan ujian ni adalah Normal.

Ok. Xoxo.


1 comment: