Tuesday, April 15, 2014

Tudung bawal gaya mawar fizo inspired by yunabella


Assalamualaikum,

sejak-sejak fenomena tudung fareeda yang melanda nih, timbul pulak tudung bawal ala fareeda nih. aku pon salah sorang yang follow trend baru nih. maklumlah kat rumah banyak nau tudung bawal. dan selalu tak pandai nak menggayakan, just silangkan dan pin kiri kanan. oh bery de old skool lorr. sometime macam bosan jugak pakai tudung bawal nih. dulu time zaman poli, tade lagi tudung paridah nih, shawl pon tak femes lagi. bawal yang manik merlip-merlip tuh, sapa punya paling lip-lap yang tulah paling mahal. aku penah beli bawal manik yang mahal sekali dekat rm90 ko. tu dolu-dolu-dolu la. sekarang nih datang balik tudung bawal yang plain ajo harga rm5 pon dah boleh dapat. murah kan. tapi tu pon kadang berkira lagi. dulu tak kesah pon.pon.kenn.

aida suke macamnih sebab boleh tutup dada tuh, tapi kena pandai pakailah, ade yang pakai jadi pendek pon hado ko. sebenarnya idea ni datang dari belog si yunabella nih. kalau korang nak tengok tutorial die boleh klik link tuh. sebabnya tengok macam cantek je macam comel je die pakai nye. nampak sopan, tutup dada. tapi aku sharekan jugak tuto dari belog die ye..ahaha, teringat plak statement paridah "kalau nak bergaya kenala ikut kemampuan". so kalau kemampuan kita takat tudung bawal, maka inilah hasilnya kan. mari tengok hasilnya. ahahaha.


nampak tak 'cikgu' tengah gigih menganyam tudung bawal mek wani
ahahaha, macam dah pro pulak padahal baru harini jer..
pagi-pagi siap tanya encik am dulu, oke x i pakai tudung ala paridah?? ekeke

mek wani pakai brooch panjang, mek aida pakai brooch bulat, 
nampak kan perbezaannya hasilnya.
apapon dua2 boleh

hasil kelas grooming arini hokey,
alhamdulilah ramai peserta.
oke tipu. 
zemangat kan semua sebab sume muke tudung bawal always nih.


Okeylah kat bawah nih nak share tutorial dari belog yunabella yer:

Cara Pakai Tudung Bawal Gaya Mawar Fizo Omar
1. Kerongsang bersaiz besar sebagai aksesori utama.
2. Pastikan panjang tudung depan adalah sama rata.
3. Pakai tudung bawal seperti biasa
3. Pin pada bahagian belakang tudung bawal untuk tujuan kekemasan
4. Gunakan kerongsang dan pinkan pada bahagian hujung tudung depan.
5. Lipat tudung secara menaik ke dalam pin keronsang.
6. Setelah dilipat ke bahagian atas, pin kan kerongsang tersebut.
7. Lipatan tudung biasanya akan berserabut dan memerlukan kekemasan atau sentuhan terakhir.
8. Kemaskan lipatan tudung dengan menarik kedua-dua tudung depan kebawah.
9. Selesai
10. Hasilnya adalah sangat memuaskan.

Tara..so macam mane korang? cantek tak? rajin-rajinkanlah mencuba yer. kbai.

xoxo




No comments:

Post a Comment