728 x 90

Saturday, July 21, 2012

Pertama Ramadhan

Assalamualaikum semua,

Alhamdulilah, hari pertama berpuasa dah berjaya kita harungi. Selamat berpuasa dan selamat berbuka semua ye.

Alhamdulilah syukur juga kepada tuhan kerana memberi kesempatan kepada kita untuk menikmati dan merasai ramadhan lagi pada tahun ini. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang sebelumnya. Amin.

Bagi aida ramadhan kali ini tersangat dan teramatlah seronok sebab tahun ini aida tak berseorangan, tapi sekarang sudah berdua. Lain rasanya bila berpuasa dan berbuka dengan suami tercinta. Namun jauh disudut hati, tetap rindukan suasana berbuka bersama emak, ayah dan adik beradik yang lain. Sayu hati bila teringat dekat family di kampung. Tapi bila lihat muka suami dapat juga mengubat pilu di hati. Walau apapon yang berlaku, apapon terjadi, emak ayah semua tetap dihati. Kalau tak dapat berbuka bersama, insyaallah raya pasti dapat bertemu dan bersama. InsyaAllah.

Di bulan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama berlumba mengerjakan amal ibadat kerana pahalanya berlipat ganda. Banyakkan bersedekah, mengaji alQuran, mengerjakan solat-solat sunat dan jangan lupa teraweh ye. He. Kalau tak larat 20, 8 pon dan besar rahmatnya.

Okelah, jangan lupa niat dan jangan lupa bangun sahur. Ikhlas dari aida dan suami.



2 comments:

  1. salam ramadhan..dan selamat berpuasa..moge ramadhan kite kali ni lebih baik..:) insyaallah

    ReplyDelete