728 x 90

Sunday, July 31, 2011

Mari Berpuasa

Salam..

Kawan2, malam ni adalah malam pertama ramadhan mean malam pertama juga teraweh. Bulan di mana pintu neraka ditutp dan pintu syurga dibuka. Bulan yang didalamnya terdapat malam seribu bulan. Semua amalan amal ibadat akan mendapat pahala yang berlipat ganda kerana puasa adalah untuk Allah Kedatangan ramadhan juga menghapuskan dosa2 kecil kita. Marilah kita memperbanyakkan amalan dibulan yang mulia ini. 

So, esok semua kena bangun sahur ye. Lewatkan sahur dan cepatkan berbuka. Ingat lagi x niat puasa macam mane. Ha mari recall balik niat. jangan lupe niat suda. Dengan niat nak puasa penuh tahun ini. 

Mari sama2 kita baca niat puasa ye.he.

Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa
niatsebulanpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)
niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :
” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”
Manakala Rasulullah SAW telah bersabda :
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”







No comments:

Post a Comment