Tuesday, March 10, 2015

Sabtuday di Pureen Warehouse Sale


Assalamualaikum,

sabtu lepas aida dengan encik am pergi pureen warehouse sale. tak pernah pergi pon warehouse nih, selalu pergi expo jek. so ini pes time nak gi jualan gudang di kala-kala dah sarat 8bulan lebih nih. kalau ikutkan hujung tahun lepas ade jugak pureen warehouse sale nih, tapi tak pergi sebab balik kampong..ahaha, target cuma nak cari baju basahan, tidur-tiduran, dok rumah untuk baby je. barang-barang lain almost complete dah. yelah, seawal 3bulan ko kami dah excited pergi menyopping. haha. yang paling kelakarnye, bende pertama kami beli nak tau ape, haha, tab mandi baby tuh dengan stool. tu pon sebab mase tuh gi jalan-jalan ikea, dah ternampak kan rembat jela. murah je. bath tub dan stool tu baru rm19.90 each. hehe.

semua barang-barang baby yang lain banyak kami beli masa expo baby dekat mid valley, idcc shah alam dan pwtc. ade jugak beli dekat jusco dan kiosk-kiosk dekat shopping mall. banyak jugak yang beli online sebab lebih jimatttt macam botol susu avent dan tomme tippe, beli loose set memang berbaloi kalau beli online. yang last sekali kami simpan tak beli-beli lagi ialah carseat dan stroller. yang tuh kalau baby dah keluar pon sempat beli lagik kan. cume carseat pentinglah nanti nak hantar baby pergi taska, sape nak pegangkan.


sebelom pergi tuh dah tanya orang-orang yang pernah pergi dan bace belog orang, memang ramai giler orang baq hang. kalau boleh taknaklah berasak-asak kan. kang ade gak yang jatuh ke, tersiku ke terlutut ke kang. risaulah jugak. jadi hari sabtu tuh keluar rumah dalam 9lebih pergi breakfast bagai, siap mengoogle mengps cari tempat kan, sampailah dalam kol11 lebih. yaAllah, parking jangan cakaplah. dahla kawasan kilang kan, parking dari jauh dah bersusun, nasiblah kami dapat parking yang tak berapa jauh dari situ sebab ade orang dah keluar balik. kalau tak mau jauh menapak nun. 
masuk-masuk jer dah jem, nak lalu pon susah. ramai giler manusia ko. kami tersilap sebab pergi dekat bahagian barang-barang. rupanya bahagian baju jauh nun kebelakangan. terpaksa pusing dan tengok que nak bayar je pon rase nak pengsan. waaaaa. tapi sebab semangat nak baju murah kan, jadi kuat tiba-tiba. haha. 


que nak bayar, memang panjang giler, adumak pengsan,

suasana dekat bahagian baju yang memang crowded sangat
i dengan encik am pon berpecah main kaut je dulu mane yang berkenan
due-due gambar nih amik dekat facebook pureen.
tak kose time-time nih nak keluarkan handset amik gambo.


oleh sebab ramai sangat orang, mane baju yang rase sesuai cantek oke, semua kami rembat dulu masuk beg ikea tuh. sebab memang pesen orang datang warehouse nih kaut selagi boleh pastu pergi duduk sudut celah mane-mane, pilih-pilih asing, tinggalkan je mane yang tak berkenan. cenggitu sekali selfish kan. tapi memang camtulah adatnya. kalau nak berdiri pilih kat situ memang tak dapatlah. kami pon buat camtu gak. haha. 

yang bestnye, kalini memang murah dari biase. sepasang boleh dapat rm5, kalau baju dan seluar yang loose rm2 satu. jadi pandai-pandailah korang mix and match dapatlah sepasang rm4. murah tak? murah giler kan. dari pengalaman aku bace belog orang yang pergi warehouse dulu-dulu baju seluar loose rm3. kalau sepasang rm10. kire warehouse kalini memang berbaloi sangatlah kami pergi. setelah dibelek dipilih dapatlah 24 pasang baju satu set dan 19 helai seluar baju loose. dah tak larat nak berebut pilih. sempat jugak amik blanket sehelai rm7 dan detergent abd 2liter rm17. 

nak nak bila beratur nak bayar, yaAllah azablah sangat. sangat-sangat panjang que. waaaa. nasiblah tak sakit pinggang cuma sakit tapak kaki jek. encik am beraturkan, i sempat pergi beli air dan kudap-kudap untuk die. sempatlah pergi duduk-duduk kat tangga rehat kaki jap. dekat 2jam kot beratur baru dapat bayar. giler tak giler ramai orang. kaunter ade banyak, tapi banyak lagi orangnye. haha, dah menyumpah-nyumpah tak nak pergi dah lepasnih. tapi bile dalam kete boleh plak cakap, "bestlah, murahlah, lenkali nak pergi lagilah, hak". encik am memandang sinis kepadaku. hahaha.


ini hasil tangkapan di hari sabtu aritu. dari sekecik-kecik saiz sampai setahun lebih boleh pakai nih. haha. semua chomel-chomel, geram sangat kot. tapi baju budak-budak perempuan je yang banyak. 
jangan risau sebab baju semua elok-elok, bukan reject. kalau tengok dekat price tag dari jusco sepasang je rm13, rm19, tapi kami dapat rm5 jek. syabas mere beta.
total damage aritu rm192. horeyyy.

dengar kata ramai yang pergi hari ahad tak dapat baju harga rm5. mungkin dah habis stok kot. yang tinggal baju rm10 jek. nasib datang sabtu. apepon, best pergi pureen warehouse nih, murah dan berbaloi, lebih-lebih baju lah, barang-barang tuh murah sikitlah dari harga biasa. tapi yang tak bestnye sebab ramai sangat manusia, dari seluruh pelusuk datang. waaaaa. stress. 


okeylah bai, xoxo.




2 comments: