Wednesday, January 29, 2014

Masam2 manis dapat cek dari HotFM


Assalamualaikum,

cerita kelmarin sedih-sedih pastu happy. haha dah kenapa cenggitu pulak.
mulanya macamni, time nak amik wuduk untuk solat zuhur, elok cuci muka syok-syok gitu, terperasan apesalla kosong je pergelangan tangan nih. YaAllah, gelang mak mane? sambil bawak tangan ke bahu.
huu..sedih hati tak terkata. yelah, mane tak terkesan sebab tu gelang mas kawen kot.
pastu mengadu la pada kengkawan opis. same-same cari. dok teringat yang pagi siang tu pergi Dengkil sebab pergi beli barang kedai runcit opis. pastu dalam hati dok doa jugak harap-harap jumpe baliklah. tapi kalau dah tak jumpa redha jelah. cal encik am bagitau, macam-macam disoal siasat, huhu, kalau tahu nak hilang memang tak pakai kan. benda dah nak hilang.

petang tu balik encik am datang ambik. ecee buat muke sedihla konon. encik am pegang tangan tengok. die cakap dah kosong dah tangan. yelah gelang tuh sejak beli sampai semalamlah memang tak pernah bukak kot. takpelah, memang redha jer. pastu encik am siap kenen-kenen "nak ke abang beli baru", "nak tak abang beli yang serupa macam tuh balik". aku geleng je tak mau, jual mahal konon. kalau beli pon tak sama abang. walaupon gelang tuh kecik comel je, tak mahal mana, tapi tu mahar suami buat isteri. huuu.

elok sampai je parking rumah, tup tup encik am cakap, "ni haa abang beli yang sama macam tuh". terus senyum. nampak benor encik am tipu. die cakap "macam mana boleh ade kat seta belakang nih. abang jumpa kat belakang tadi. haiisshhh, lenkali jaga elok-elok". manelah kite nak tahu kalau benda nak jadi kan. huhu. Alhamdulilah, syukur sangat-sangat sebab jatuh dalam kereta. Allah kembalikan balik barang aku yang hilang. terus senyum sampai naik lift.

tup tup sampai depan pintu, tengok-tengok ade surat terselit bawah pintu. tengok-tengok dapat cek dari Hotfm. wow. rezeki lagi. amin amin. walaupon sepanjang hari sedih, tapi petang-petang terus happy sangat-sangat. dapat cek rm200 dari hotfm sebab join survey yang diorang buat. senangkan dapat duit free-free jer. kalau korang nak jugak dapat cek macam aida. registerlah jadi juri hotfm, diorang akan hantar emel kalau ade survey atau contest. pastu korang cepat-cepatlah join. faham.

nampak tak logo hotfm tuh, tak tipu tau..


okey, nak cashkan cek tuh, nak belanja kawan-kawan. kongsi rezeki sama-sama. bukan sebab jumpa balik gelang tuh, tapi sebab memang dah lama niat nak belanja kawan-kawan. Alhamdulilah, mudah-mudahan kita sama-sama murah rezeki dan doakan aida cepat-cepat dapat baby yerk. ngee.


xoxo.



3 comments: