728 x 90

Wednesday, December 5, 2012

Stresssss


ahahaha..banyakkan 's' menunjukkan betapa banyakkan stress dalam otak nih.
adoi..yaAllah, kuatkanlah kuatkanlah hambaMu ini.
sekali tiba-tiba teringat kenangan pahit lalu,
yang tiba-tiba menyingkap di tirai fikiran,
lalu dada iolls berombak-ombak tsunami yang kuat,
nafas sesak dan tersekat dikerongkong seperti bottleneck,
makanan yang dimakan tengah hari tadi seolah-olah terlekat di esofagus,
dalam helaan nafas ditarik dan dihembus,
seolah-olah mahu memuntahkan balik nasi ayam dari peguam tadi.

iolls istighfar banyak-banyak,
sempat lagi mengtext suami sebaris dua kata,
menghantar mesej geram dan marah berbaur benci,
duduk sekejap di depan komputerku di partition,
mengucap akan kecelaruan otak sebentar tadi,
mujur suami memahami diri,
lantas iolls terdiam dikerusi.

melangkah lesu ke surau menunai tanggungjawab,
yang kadang-kadang alpa dan leka dibuai masa,
sedar akan kesalahan diri,
mengapa dikenang kisah lama,
diungkit cerita silam,
terimalah takdir yang telah ditetapkan,
bukalah lembaran baru dalam hidupmu,
tutup buku kisah itu,
dan teruslah bersenyum,
ingatlah Allah masih ada disisimu.
Amin.

syukur tuhan masih menyedarkan diri ini.

p/s: dulu memang minat giler tulis puisi, puitis-puitis nih. ahaha. layan jela. xoxo.

No comments:

Post a Comment