728 x 90

Friday, November 16, 2012

Sepetang diatas Cruise Tasik Putrajaya


Pagi jumaat ni, macam biasa datang keje kepala weng fikir esok cuti. memandangkan cip aka f38 tak datang membuat keje bersama, jadi iolls amik kesempatan ini mengupdate belog. bijak bijak.
ingat nak share story pasal pergi bercuti dekat gold coast haritu tapi camera lupa bawak. jadik tak boleh nak upload gambarnya. entry tanpa gambar memang membosankan kan?

okey, berbalik kepada tajuk. semalam my brother and sister in law datang melawat aida dan encik am. yela, dari kawen sampai sekarang baru sampai. kononnya jauhla, tak tahu jalan la, encik am dah lupa jalan rumah mereka la. aslasan betol ye abang besar. hehe. nah, maka hari selasa haritu kitorang menjalankan lawatan pembersihan tapak dirumah mereka di mana kitorang pergi mengemaskan bilik encik am yang dah ditinggalkan usang berbulan-bulan dan hampir bersarang labah-labah dan unta. uik ade kena mengena ke? banyak lagi barang encik am yang belum diangkut pindah. encik am malas nak pergi katanya. teruk ini budak. justeru, abang besar pulak meluangkan masa melawat kami pulak di hari khamis yang mulia bersempena awal muharam semalam. tet.

rabu lepas aida telah memontengkan diri dari keje sebab, sebab malas yang amat giler. haa, ade tak orang yang lagi malas dari nih? boleh dah bangun pagi solat iron baju bagai last-last hantar encik am depan pintu terus sambung tidur. konon nak masuk lewat sikit keje, ate atas katil sepagi itu. king * sambil kenyit mata.
jadi masa yang ada terbuang begitu saja sampailah tengah ari aida keluar pergi rumah kak lin officemate untuk menghantar tudung dan terus pergi ke pasar, sebelah rumah kak lin aje. subjek utama mencari barang-barang basah untuk dimasak esoknya. wink** wink **

khamis, pagi-pagi lagi kami laki bini sibuk didapur. almaklumla ade tetamu nak datang. macam tula kami kalau ade tetamu nak datang. sungguh bizi didapur memastikan yang terbaik from my kitchen. mana taknya sesama layan masterchef sesama la perasan. lucky encik am pandai masak. jadi kami agih-agihkan menu sorang sikit. terbaek. thumbs up!

tengah hari sampailah abang besar, kak arah, princess dan askar. ahaha. dua orang anak buah ini cukup riuh rumah dibuatnya. menu kami daging gorang dan air asam, sotong goreng kunyit, ini air tangan encik am dan ayam masak kicap beserta sayur campur, aha yang ini saya punya resipi. gambar lupe snap. hmmm :(

lepas asar kitorang pon berangkat keluar jenjalan naik exora bold. hehe. tujuan kami yang satu nak naik kapal cruise. bayangkan dah dua tahun lebih dok putrajaya, inilah first time kami naik cruise boat ni. haha.
kampungla sesangat. tak tak sebenar takdela perasaan sangat cuma bila sanak saudara anak beranak datang tempat-tempat macam nila yang kami tuju. tiket semua encik am yang beli. kalau nak tahu lebih lanjut pasal cruise tasik putrajaya ni boleh klik sini.

budak yang nak berkepi je dengan acu ni namanya sha

alalala dah macam anak banak happy family dah

budak 5tahun 

yang ini sya yang snap
bawak eos tapi harem bateri abes da..
bayar mahal-mahal dapat air jek.

tengok budak ammar tu mulut becok tau
cakap tak henti-henti tak penat ke mar?

encik am pon layankan aje anak buah nye tuh
tengok peace die macam mana heh..1 malaysia
mak bapak budak tak berani naik atas feri..adoii

Perjalanan di atas cruise selama 45 minit. memang bestla sebab tak pernah naik. kena angin petang memang syok woo. berbaloi la kalau naik cruise dapat naik atas macam ni. ala ala honeymoon atas kapal cruise arrr.



2 comments:

  1. err done follow sini ^.^ akak, Mai cadangkan akak letak cbox erh senang nak tinggal jejak kat sini nnt ^.^ btw follow me back :) and buang word verification erh sng nak komen nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak dh folo dh..thanks 4 the idea..cbox dulu ada tp mcm myemak je tu yg mls tu.he

      Delete