Tuesday, November 20, 2012

2D1N Gold Coast

Assalamualaikum,

okey, arini sempat transfer gambar dalam pc gedabak nih dan bolehla story pasal pergi gold coast aritu meh. lai lai. jauh tu aida dengan encik am travel. gold coast nun jauh di morib. ahaha, mesti bajet aida pergi ostolia kan. adeh, sambil tepuk dahi, mane mampu nak pergi. kena saving cukup-cukup dulu, buat kira-kira tambah tolak darab bahagi baru boleh pergi. takpe yang tu next time kite fikir. ni nak fikir ayat nak buat entry nih dulu. hokey.

seperti yang dijanjikan, aida nak story experience gi morib nih. ekceli sebab dah lama tak pergi bercuti teringin sangat nak pergi tido kat tempat lain selain rumah sendiri dan rumah mak. asalnya plan nak pergi Afamosa resort. tapi disebabkan beberapa kekangan, program telah bertukar ke gold coast morib. ini pon sebab termakan pujuk rayu mydeals. ahaha. boleh? nak buat macam mana kalau dah terbeli kan. dah tertekan. sape suruh ko tekan?

jadi alkisahnya semua bermula disini. boleh tak bagi gambar je yang bercerita. malash nak tahipla..ngee.


welcome to Gold Coast Morib Resort

Bilik 1409 
sayangnya tak dapat bilik yang facing theme park. wuuuu wuuu..
siap turun balik pergi kaunter mintak tukar tau..last-last bilik dah full..
memang ramai giler lah orang, kan dah start cuti sekolah.

bilik yang luas dan comfortable la jugak..standardla dengan harga yang kitorang bayar kan an an.
cuma spoil lagi dapat katil double single. uuwwaa nak tido dengan laki aku. 
alih-alih malam tuh kitorang rapatkan katil, jadilah katil kingggg. 
ate, dengar bilik lain pon dok bertolak tarik katil. masing-masing tergelak. 

setelah disepahkan dengan jayanya. 

sebelum diporak perandakan dan diterbalikkan.
masih terfikir-fikir apa mesej yang ingin disampaikan oleh gambar yang tergantung tuh. 


toilet pon bersih dan luas.

yang paling besh sesangat ada jakuzi weh.
ahaha teringat mase stay kat water legend chalet dulu yang sekarang dah tukar nama lexis.
memang best sebab kitew kan jakunnn. ye r umah kitew manew adew mendew niww. 
bercakap sambil kedua-dua jari telunjuk didekatkan dan memandang ke bawah.


view dari bilik yang mengadap hutan hujan tropika. shejukk yang amat.
kihkihkih..nasibla dapat bilik nih.

dari jauh nampak gak pantai, tapi tak boleh mandi. tinguk aje.

sweet chair nih. nak beromantika chit chat dengan hubby pon boleh. 

dinner open nak kat dalam atau kat luar. sukahati korangla.

posing dulu seketoi lepas perut dah penuh dengan 4kali trip usung pinggan. ahaha.

the pier ni korang tak payah pergila pasai kalau nak minum beer baru korang pergi.
wey, aku tak galak r, aku cakap untuk non muslim hokey. satgi salah tafsir kang tak pasal-pasal aku yang bersalah. oh no no no. no free seating plak tuh. nak jalan-jalan siang-siang. cantik tempat nih.

buhla jugak encik am seketoi kat sini. satgi merajuk pulak takde gambar. 
lengkap berpakaian nak joging. malangnya takde tempat yang sesuai nak berjoging.
last-last balik bilik tukar pergi terjun kolam. terbaeeekkkk.

ramaikan orang. ni baru sebahagian belum tengok lagi sebahagian.

budak-budaklah yang paling seronok sekali.

bestnyer kalau dapat bilik belah sini kan. boleh snap dan skodeng dari bilik jer. ahak. 

nampak tak life guard yang steady and sempoi jer. ramai pulak tuh.
jadi kalau yang bawak anak-anak jangan risau yer. tapi kena jaga jugak anak masing-masing.

ade pistol air lagi, sian hubby kena tembak dengan diorang. hehe.

tengok encik am seronok kemain. mentang-mentang pandai swim.
i tak reti bukan tak pandai hokey. jangan risau, i dah beli swimming suits tau. 
sanggup dari morib terbang ke port dickson semata-mata nak beli baju tu tauuuu.
kalau tak pergi kelas swim jugak tak tahula. 

ade bende ni.

ni lagi.

ni jugak..(dah start malas nak menaip)

tahu tak punyalah semangat nak main benda ni last-last
hanya yang pakai swimming suit lengkap je boleh main. 
encik am jela yang dapat main. frust sangat.

last-last merajuk terjun kolam yang bawah ni cetek sikit.
sesuailah dengan budak baru belajar nih. 

budak-budak lagi pandai swim. me?

pakaian untuk masuk taman tema ni bebas tapi untuk main permainan perlu pakaian yang betul.
apepon peraturan yang ditetapkanlah ianya adalah untuk tujuan keselamatan juga. 


4 comments:

  1. wahh untunglah akak dapat bercuti bersame-2 :D
    cantik tmpt ni :D teringin nak pi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..dah lama xbercuti..
      igtkan nk pegi afamosa..

      Delete
  2. wah bestnye..slalu tgk deal ke gold coast ni kena pegy time weekdays je. aida pegi weekdays ke?

    seronok keluar rumah skali skala tukar environment kan3 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aida pergi sabtu ahad..tula..dh berdua ni seronok nak berjalan ke mana pon sng..

      Delete