Tuesday, November 27, 2012

Nafsu dan kesimpulannya


Assalamualaikum,

weehee, bertemu kembali. pagi-pagi cenggini semangat sikit nak taip entry bagai. memandangkan hati bagai disogok bantal, apende aku cakap nih, bukan bukan, hati yang tengah bergelora nih, sebab apa tau, tengah eksited termakan pujuk rayu kak ijan untuk travel ke korea tahun depan. walaweh, teruja, teruja! buat muka orang jakunnnnn...xoxo

takpelah, pasal nak travel tuh kalu bujang takde halla. problemnya dah kawen. hihi, ape-ape pon kena mintak izin suami tercinta. kitew kan isteri solehah, ahak. amin. ate, balik nanti berbawaklah berbincang dengan encik am. huhu. pujuk sampai muleh. bila fikir-fikir nak pegi travel ni, salah satu yang bermain di kotak fikiran aku adalah money. duit tambang, penginapan, makan, bajet shopin and etc semua tuh harus dititikberatkan. ayat tak boleh blah. so, pendekatan utama yang harus dimulakan ialah dengan menabung.
berangan. padahal tak tahu lagi boleh pergi ke tak. encik suami ijin ke tak. feasibilities yang lain tak tahu lagi. kot kot la term*******g. hehe. amin. yang tu memang lagi nikmat.

okey, lagi sekali nak ditekankan. ape-ape pon kena MENABUNG. ye adik-adik, me na buuuung. problemnya sekarang, duit salary aku banyak dihabiskan untuk bende makan. ayoook, bende makan. woooo, makan makan makan. every weeks, mesti MCd, kepsi, pizza, dominos, secret recipes, febret aku epal besar, tu tak termasuk lagi jajan-jajan kecik, frozen fod yang penuh dalam freeze kat umah tuh. haiyoo. for uolls information, berat aku memang naik dengan mendadaknya sekali. dari angka 5 sekarang sudah menginjak 6 woi. tak yah arr nak state kat sini bape kan. ekceli memang memalukan. bikin malu bikin malu sambil menampar perut. bukan aku sahaja, kesian laki aku yang menjadi mangsa aku. huhuhu. aku semakin comel di mata manusia. uwwwaarghh. satu proses menjaga badan dengan jayanya. siot jer.

Jadi mulai hari itu, aku telah berjanji pada diri yang akan mengurangkan makan. fast fod ke cekedis ke jajan ke kena kurangkan. semua tu NAFSU. ape naf suuu. hmmm, duit yang daripada beli semua bende tuh, lebih baik saving dan boleh buat macam-maam dengan duit tuh. BAEK!

MENABUNG AMALAN YANG MULIA.

Enjoy pic makan-makan kitorang. hehe.

leko-leko dan snogurt belum masuk tutty frutti febret aku tuh

berbueno memang hobi lar tak leh kata apa

yang ni bila mai musim dia memang seminggu makan pon tak pa

meatball berkala pasai kalau nak makan kena pi ikea, jauh seh

mengadap sorang-sorang pon boleh, kedemut maa.

yang ni feberet encik am ku sayang

sambil tengok bola layan a&w..terbaek..

tak kira hujan panas demam ke tak semua aku bedal

hehe, mengidam kott..nikmat

lagi satu problemnya kitorang suke mencuba semua restoran yang ada kat mesia nih
ate mane tak chomellll kan

gini la hasilnya gambar terbaru
pipi bulat-bulat

encik am pon semakin segar bugar kan 

tak boleh blah mengidam popcorn dan coolblog
sanggup pergi tgv semata-mata nak beli popcorn saiz besar 
nak melantak sambil tengok bola mesia lawan singapor.
mesia kalah. damn shit!


p/s: lenkali jangan kuar berjalan, duit tak habis, takdelah ter teringin makan bagai ye tak?



2 comments: