Thursday, May 12, 2016

Aku Tak Biasa



Assalamualaikum 

Kelmarin encik am cuti pergi training halfday, so lepas dah setel training plan nak lunch sesame.
kalau ikutkan nak ambil khaireen dari taska bawak sekali, tapi memandangkan cuaca yang agak panas,
so tak jadi ambil dia dan decide lepas lunch terus encik am ambil bawa balik rumah. 
Khaireen sekarang nih asik selseme berhingus saja. mungkin sebab sejuk aircond dekat taska agaknya.

Pergilah berdua ke Alamanda. Asalnya nak makan di food court jer, tapi puas pusing-pusing, fast food jugak jadi pilihan. Mekdi saje. saya suka ayam goreng mekdi. pedas.

tapi nak storinya kat sini, bila dah duduk makan berdua, tibe-tibe feel macam tak biasa pulak.
macam mula-mula nak bercinta dulu. Allah sungguh rasa tak biasa bila berdua. 
selalu kan kami bertiga dengan khaireen. ni bila berdua jadi tak biasa. wuuu.
rindu anak. macam zaman berdua dating-dating dulu. mungkin sebab dah terbiasa kemana-mana bertiga dan 
tak pernah lagi pergi mana-mana tak bawak khaireen. seriuos, memang dah tak biasa!





p/s: jangan tinggal anak walaupon pergi mana sekalipon. ah, aku rindu.
#sindrommakmak

okbai, xoxo.

2 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete