Monday, September 7, 2015

Kayin Travelogue: Ke Cameron Highlands Ke Kayin


Assalamualaikum,

Hujung bulan lepas kami pergi ke Cameron Highlands. Tak tidur sana pon, sekadar naik dari Tapah dan turun Simpang Pulai. Balik tidur rumah mak kat Ipoh jer. Asalnya memang niat nak bawak kayin jenjalan cameron dan tidur dekat sana, tapi sebab last minit plan so tak sempat nak book hotel bagai, kalu main terjah je haritu dah tentu mahal, peak season kan, esoknye pulak merdeka kan. jadi tak maulah bayar lebih so tak jadik nak tidur sana. tidur umah mak lagi baik. dapat kayin jumpe tok wan dan mak tok kan. next time nak pergi sana lagi bawak kayin dan tidur sana.

bertolak pagi sabtu seawal 8.30 pagi, berhenti breakfirst denkat rnr sungai buloh dan terus perjalanan sampai kol1.30. jalan tak jem sangat tapi banyak kereta. sempat jugak pam susu untuk bekalan kayin. hee.

cameron dah tak sesejuk dulu. kalau dulu sejuk sampai ke tulang. tapi sejuk pon tak berapa rasa. kayin dah standby sweater, tapi langsung tak sentuh. kalau angin bertiup jer rase sejuk. waaa. pemanasan global. malam mungkin sejuk. dulu masa bercuti kat sana, menginap apartment, yaAllah sejuk yang amat. kipas pon tak pasang. mandi air panas sebab air paip macam ais.

kalini sebelom pergi dah google siap-siap tempat best. target mesti pergi Big Red Farm Strawberry dan ladang teh BOH. tapi sedih sebab tak dapat pergi teh Boh sebab dah tutup pukul4.30. sob. maybe next time kan kayin. ladang Cameron Valley okey tapi suke lagi Boh, cuma kena masuk dalam sikit.
jadi haritu sempat pergi Big Red Farm Strawberry jer dan kedai-kedai tepi jalan saje.


sampai-sampai jer memang dah lapar..kite makan dulu,
menu sume best-best, ade sundae strawberry, strawberry coklat fountain.
fefelinla sebab tak dapat tido hotel.
tengok ade budak sibuk dengan tangan dalam mulut

tak penah tengok bunga raya yang sebesar kayin nih.

taman bunga..cantekkan..kebun sayur pon best.


abah dan kayin.
tak dapat petik stoberi sebab tutup.
bergambar jela kat sini.
tengok sape yg over excited sampai muke anak kena stoberi tu pon tak sedar.


satu-satunya gambar bertiga. erk.


suke kalau pergi cameron sebab beli sayur-sayur yang longgok tuh dengan bunga. sebab cantek sangat. beli jugak stoberi dan coklat. ahaks. nanti encik am nak repeat balik sebab tak puas tak dapat pergi ladang Boh tuh. nak bermalam pulak. tunggu kayin besar sikit yer. he.


til then, xoxo.

No comments:

Post a Comment