Monday, October 5, 2015

My Little Kayin at SPA



Assalamualaikum,

last weekend, ibu dengan abah bawak kayin pergi spa.
Hippopo Baby Spa.
Spa baby yang pertama dekat Malaysia.
Sebenarnya dah lama aida tahu pasal spa ni sebab pernah baca review dari belog Irine Nadia.
Memang sangat-sangat teruja, dan masa tuh dah terniat kalau ada anak nak bawak pergi sini.
Dan Alhamdulilah, dah ada kayin nih bolehlah bawa dia swim and massage.

So, sabtu lepas, kami pergi ke Hippopo Baby Spa dekat Setia Walk Mall dekat Puchong.
sebelum pergi kena call dulu buat appointment, 
jangan main walk in sebab takut fullhouse lama lah nak menunggu slot. 
Aida set time pukul 4 petang. Actually tak pernah pergi Setia Walk tuh, tapi selalu lalu bila on the way nak ke Ikea kan, dan yang itu jelah yang paling dekat dengan rumah. haha, sesat jugak mencari jalan masuk, parking zone, dan spanya.

pintu masuk spa di Setia Walk, Level G.

Ada beberapa pakej spa, swim dan massage, tapi aida hanya ambil single session saje. 
Total bayaran RM86 (Swin RM48 + Massage RM38) 
Each session lebih kurang 30minit.


price for single session


sebenarnya kitorang agak cuak jugak macam manalah kayin nih nanti,
yelah diakan mana mahu sangat dengan orang. 
unfriendly sikit si kayin ibu nih. 
hanya orang tertentu saje yang dia oke. wuu.


warm up dulu, kasi regang-regang badan sebelum beraksi.
haha, nampak muka kayin, dah nak nangis. 


kayin loves bath time. kalau kat rumah, masa mandilah dia paling suke.
seronok je die dok dalam tab mandi, siap bersandar kaki naik ke atas tangan pegang tab.
tengok muka teruja dan ketaksabaran dia. 
bila bagi kaki dia kena air, bukan main suke sampai menyembur air liur. 


sekali bila masuk,,,,,,,,,,

      

mula-mula diorang pakaikan pelampung kecik yang warna pink tuh.
pelampung tuh neck support, lembut dan selesa untuk bayi dan ada tempat letak dagu.
kayin mula-mula pakai lagi tak selesa dah, apatah lagi masuk dalam air, terus waaaaaaa....
sabar jelah dengan kayin nih. hehe, dia tak biasa sebabtu takut.
kemudian, therapist tukar dengan pelampung duduk yang warna kuning tuh.
baru dia okey sikit, tu pon tak lama.
terpaksa keluarkan dulu pujuk-pujuk.

masa nih dah okey sikit dah bila masuk, tapi mood tak oke. haha.
tengok dok makan duck tu je.



lebih kurang 25minit jugaklah swim keluar masuk nangis pujuk,
barulah habis sesi. tengok muka budak takut. nangis jer.
kalau ibu lah, tak mahu keluar dari kolam tuh, best.


next, massage time!
kayin not in the mood bila therapist dah mula massage die. 
terpaksa ibu dengan abah duduk dekat-dekat pujuk dan layankan dia.
tengok abah pegangkan muzik toy bagi kayin leka.



masa nih tak ramai, ade 2 3 orang budak sahaja yang in.
tengok baby sebelah kayin tuh, diam jer.
kayin bukan main sampai pusing-pusing meniarap.
Miss Fuza yang nak massage dia pon terpaska bersabar. haha.
kayin oh kayin.


ada 3 tab kecil untuk yang under 5month,
1 tab besar untuk yang 6month and above.
spa ini untuk baby hingga ke 3tahun.
ada jugak bilik untuk family yang nak privacy tapi kena extra charge.
dan satu lagi tab untuk yang allergic. yang itu sampai 12 tahun pon boleh.

ruang untuk sesi massage and play.

ada jugak sudut untuk shopping. ngee.


Aktiviti haritu tak sampai sejam sebab little kayin dah merengek-rengek.
aduhai anak dara ibu sorang tuh. drama lebih tau.
tak sempat-sempat dah terpaksa ibu ambil pakaikan baju dan bagi susu.

anyway, spa swim and massage nih memang bagus untuk baby.
swim elok untuk baby sebab boleh exercise body diorang. 
bila kena swim dan massage nih, baby akan tidur lebih lena. 
kurangkan mood nak menangis, rasa lebih tenang. 
bagi kayin maybe sebab first time kan, so dia agak takut sikit.
nevermind, nanti ibu bawak kayin pergi swim lagi yer.


okbai, xoxo.




4 comments: