728 x 90

Wednesday, October 21, 2015

BERAPA LAMA JANGKA HAYAT BOTOL SUSU ANAK


Assalamualaikum,

Little Kayin dah pon 6bulan lebih. dah start makan dah. pandai juga makan, tapi takdelah banyak. kalu sudu besar tu bolehla dalam 2-3sudu. okeylah tu untuk permulaan perut baru nak terima kan. Kayin masih susu macam biasa. 4oz pakai botol. dia tak direct breastfeed since dari baby hari ke3 die dah mula reject direct. so aida just pump, simpan stok ebm dan panaskan bila kayin nak.

dan bila dah bulan nih baru teringat akan botol susu kayin. ada yang lama ada yang baru. makna dah ada yang kena buang nih.

botol susu pon ada jangka hayat die tau. jangan simply bagi kat baby kita sampai bertahun botol yang sama jer. kalau ada bpa free takpe lagi tapi kalu yang cap ayam. bahaya tau. kalau yang ada bpa free jangka hayat bolehla sampai 6bulan tapi kalau yang biasa tu better 3bulan dah boleh baling dalam tong yer.

Bisfenol A (Bisphenol A) -- BPA 

Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.

Kesan Terhadap Kesihatan:

BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.

Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.

Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.

Faktor Pengaruhi Larut Resap BPA ke dalam Makanan:
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya, kepanasan (api dan matahari), calar dan pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci).

Cucian Sabun
Sabun tu kannn, ermmm mesti consists of chemical content jugak? Even if it is organic, tak ada paraben tapi lama kelamaan mesti akan ada reaksi. Hati-hati juga dengan pencuci botol yang weolls guna. gunalah bottle cleanser yang organik. Its better to be safe than to be sorry. 

Sterilized
Sterilized ni kan babitkan haba. lepas cuci sterilized, lepas cuci sterilized, cuci sterilized, panas sejuk panas sejuk, boleh memberi kesan kepada ketahanan jangka hayat botol susu tu. Ibaratkan macam kita letak botol mineral dalam kereta, biarkan, berpanas lepas tu esoknya kita minum. 

Kesan Calar
Kalau dah selalu basuh dan kena berus botol tu, tak kiralah berus botol mahal ke murah ke, lembut ke kasar ke, lama kelamaan akan calar jugak kannn? Makanya bila dah ada calar tu, dah ada defect, bila ada defect kemungkinan botol tu tak berapa nak selamat sebab ada pembebasan toksik ke, chemical ke adalah tinggi.

Faktor2 Lain
Change of colours pada bottles tu. kalau dah start kekuningan atau pudar, bolehla tukar botol tu. Dikatakan itu jer dah menunjukkan yang botol tu dah tak elok, termasuklah kalau botol tu dah mula berbau.
**sumber dari blog lain

Pengkaji dari University of Cincinnati melaporkan, pendedahan terhadap air menggelegak menyebabkan botol polikarbonat melepaskan bisfenol A (BPA) sehingga 55 kali ganda lebih cepat berbanding ia terdedah kepada air sejuk atau air suam (air kosong).

Tip Mengelakkan BPA:

Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini, tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut:

  • Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.
  • Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca.
  • Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.
  • Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat (elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin).
  • Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri.
  • Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta, dan kemudian meminumnya.
  • Tips Elak BPA pada botol susu anak anda:
  1. Gunakan botol susu daripada KACA atau STANLESS STEEL (tahan lama dan xperlu risau tentang BPA). atau boleh juga gunakan botol plastik yang bebas BPA (tapi perlu tukar dlm masa 3 bulan atau paling lama 6 bulan). Elakkan menggunakan botol polikarbonat.
  2. Jika anda menggunakan juga botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, tidak dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya.
  3. Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span, bukan berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi.
  4.  Gunakan sabun yang sesuai untuk mencuci botol anak anda.



Bahaya bpa ni pada kita sebenarnya. dan pada baby jugak. so ibu-ibu kenalah alert pasal bende-bende macamni yer. nampak macam takde ape-ape tapi kesan die pon jangka panjang juga. 


xoxo.



No comments:

Post a Comment