Friday, May 11, 2012

Manjakan diri ke SPA

Assalam..
aii..pagi-pagi dah manja habis ni, ada pape ke? aha. mestilah sebab ini entry aida yang ke-100. wah, jubli emas la jawabnya. haha, orang lain dah beribu entry aida baru 100. nampak sangat jarang menulis bebeno. ala-ala usop wheelcha. uwekkk.

okey, majlis aida dah tak berapa lama dah ni. kawan-kawan banyak yang dah bertanya kat aida tak pergi spa ke facial ke mandi susu ke lulur ke bagai la. yela, persiapan diri sebelum melangkah ke alam rumah tangga gitu. ala, bukan aida tak fikir, fikir jugak tapi disebabkan kekangan masa dan sibuk dengan kerjaya haha jadi tak pergila. lagipon yang aida tahu kat ipoh je, dekat putrajaya ni tak tau nak pergi mana walaupon tahu sini lagi hebat apetah lagi kat kl. tapi, macam mana pon lagi suke buat dekat ipoh. oh ipoh my hometown..im coming next week. tunggu tau. dah tak sabar nak balik. mood cuti semakin menular dalam diri.

okeyla, actually aida dah banyak kali pergi facial. tapi jarak masa tu jauh-jauhla sebab apa sebab masa mencemburui aida kalu aida cantik. ahak. First time aida buat facial kat Lawa Saloon, euww lawa ke? aida amik rawatan untuk resdung. time tu belanja mak sekali tapi mak buat normal facial. sakit jugak facial ni kalu diorang picit-picit, korek-korek pori yang penuh dengan white head, black head, jerawat dan segala macam kekotoran kat muka nilah. tapi macam mana pon facial ni best sebab selalu kita cuci muka sendiri. tapi kat sini ade orang yang cuci-cuci muka kita dengan penuh kelembutan. syahdu beb. haha. then, kali kedua kalau tak silap buat dekat Reeskin. aida dapat facial free. bukan main seronok sangat sampai tersilap masuk Mayfair. malu mak cik oooiii. tapi tape experience tuh. then, lepas tuh aida buat facial kat Saloon Salimi. ni butik yang aida amik pakej tunang tu. kat sini pon best, tak sakit tau sebab die pakai teknik sedut kekotoran kat muka ni. sejuk je muka lepas dah buat. lepas-lepas tuh aida dah tak ingat buat lagi facial ke tak. dah lupa.

then, nak cerita pasal badan pulak. tahun sudah aida pernah beli lulur badan safi madu tambah susu. dah lama dah beli tapi jarang-jarang pakai sebab pemalas kan, mandi pon nak cepat je. mandi koboi. haha. harga tak mahal tapi bila pakai terasa kulit lebih lembut dan gebu. ala, aida tade gambar nak share macam mane rupa lulur tuh, nanti ye aida capture.

pastu nak cerita bab bibir. bibir aida mak cakap hitam. hitam ke? adoi..ni mesti penangan pakai lipice. aida seriuos tak pakai lipstick langsung. tak shuke you. lipice je dari dulu sampai sekarang. ala yang lisa surihani pakai tuh. tapi sebab nak jugak nampak bibir merah cantik dan mongel haha aida dah amalkan sapu madu tiap-tiap malam sebelum tido. alhamdulilah aida perasaaan bibir aida dah nampakla kemerah-merahan tu. he.
korang tryla..insyaAllah. madu ni kan bagus.


oke..gambar sekadar hiasan

tapi nak story sikit last 2month aida ade booking untuk promosi dekat Azbudi Damai Spa ni. dekat dengan umah aida dekat ipoh. so sebab dah banyak kali sangat miss weekend so dah bertekad minggu tuh nak pergi jugak memandangkan diorang ada promosi untuk bulan feb dan mac. hehe, even tak pernah pegi spa macam tuh, aida beranikan diri jugak pergi seorang diri sebab fikir kalu bawak mak nanti kesian pulak kena tunggu.
dengan pandai-pandai sendiri aida amik pakej body whitening dan body bleaching. main bantai je sebab teruja nak cantik cepat. uweekkk.

so ni dia punya pakej

body whitening ni mesti semua orang tahu macam mana kan. nak cerita bab body bleaching. ape tu? aida pon mula-mula tak tahu. tapi sebab nak try jugak so merasa la gak. haa. rupanya bleaching buat kat tangan and kaki supaya jadi lebih cerah dan bulu-bulu roma pon nampak keperang-perangan. tak caya? bulu roma kat tangan pon dah perang-perang kot. kira macam tak nampak la yang bulu roma kita ni banyak. ahahaha.

so, bulan ni ade promosi sempena hari ibu. jadi dah kawtim dengan mak nak pergi minggu depan. haha. plus dengan mandi susu lagi tuh. jangan jeles ye korang. kalu nak rasa jugak jomla pegi Azbudi Damai Spa nih.





No comments:

Post a Comment