728 x 90

Tuesday, September 4, 2012

Tun M Open House

Assalamualaikum kawan-kawan,

semalam berhasrat dengan encik am mahu pergi rumah Melor dan Yazid untuk beraya memandangkan dah alang-alang sampai presint 5 tempah baju kurung yang dah berkulat dalam kereta aku tuh. hah.

unfortunately, Melor tak berapa sehat, so terpaksa kitorang membatalkan hasrat dan melencong ke tempat lain.
okey, ectaully bukan nak story pasal melencong ke tempat lain, nanti lagi panjang-panjang ceritanya.

since dari lepas raya lagi,
kitorang mendapat banyak jemputan ke rumah terbuka, sebabtu kitorang laki bini jadi gilak nak pergi beraya rumah orang. dua-dua muka tak malu weh......

Akhir bulan lepas, kitorang sempat jugak pergi rumah terbuka Tun Mahathir. actually bukanlah dijemput secara official just sebab aku one of Tun fb fans, so aku dapatlah mesej jemputan itu oke. dan dengan excitednya mengajak encik am bersungguh-sungguh pergi. bukan apa, takut ada agenda lain, jadi kena booking encik am siap-siap. lagipon encik am bukan suka nak pergi bersesak-sesak nih. nasiblah, kali ini dia ikut aje kehendak bini dia nih. ahaha...

sebelum tidur malam tuh, dah pesan kat encik am bangun awal-awal.
encik am cakap "tengoklah pukol berapa nak bangun" ahahaha..selalunya kalu hari minggu encik am memang akan tidur lama-lama.

esoknya, pagi-pagi lagi aku dah kejut encik am bangun dan siap-siapkan breakfast just untuk alas perut. memandangkan open house tu buat dua session jadik kitorang prefer pergi yang pagi.

dengan tak tahu kat mana rumah Tun, kitorang main redah jer terus ke Mines.
Lucky nampak orang berbaris panjang-panjang, macam pelik-pelik je, so we decided parking dulu dan follow diorang. nasib betol. rupanya kenderaan persendirian tak dibenarkan masuk. sebab tu orang beratur panjang-panjang untuk naik kenderaan yang disediakan. sekali nampak macam tourist pon ada. semua nya pak arab dan mak arab yang banyak. belasah jela.

dekat nak hampir hitam jugaklah tangan ni berjemur kat padang tuh, setelah berapa puluh trip van angkut, barulah sampai turn kitorang. encik am cakap dah alang-alang beratur teruskan jugak.

jauh kedalam jugaklah rumah Tun ni. bila dah sampai, tengok orang queue ramai-ramai.
adesss....??!!! takkan kena queue lagi kot. dah penat queue tengah panas tadi. rupanya satu queue untuk naik van balik. nak balik pon kena que?
satu lagi queue untuk bergambar dan bersalaman sambil dapat angpao dari Tun.
jadi kami memilih untuk tidak mengambil mana-mana queue sebab nak makan tak perlu queue. hahahaha..
okelah penat cerita, kite makan dulu.


que panjang-panjanggggggggg nak naik van..

encik am yang menten hensem walaupon panas

aku pon menten jugak cute

pose ditengah panas

nila van angkut yang kitorang tunggang

tengok mak arab je yang penuh 

encik am yang dah kenyang pastu main game..terbaek..

makan tak habis..tula tamak sangat

family yang semangat datang dari kol10.15 que sampai
12.30 semata-mata nak salam dengan Tun

aku yang kekenyangan makan sate

nasib ade yang baik hati ambikkan gambar kitorang

see panjang tak orang que untuk salam Tun

dah nak balik baru Dato' Najib lalu.

oke, sebab dah tak sanggup nak que kitorang 
prefer jalan kaki untuk melenggangkan perut yang 
masing-masing dah boroi..ahaks..


Malangnya harapan dan cita-cita aku untuk bergambar dan bersalaman dengan Tun tidak berkesampaian. encik am tak sanggup nak tunggu que panjang-panjang wehhhh..



p/s: kalau tahu apa ertinya kawan, kau mesti takkan buat kawan macam tuh. ade faham?



No comments:

Post a Comment