728 x 90

Wednesday, July 2, 2014

HSG setelah setahun appointment


Assalamualaikum,

selamat berpuasa kepada semua. tahun nih tak pasti masih berpuasa penuh atau tak. sebab dah 4 tahun kot iolls puasa penuh kau sebab miss p tak datang. waaa, seronok memang seronok tapi dari segi kesihatan tu dah tentulah tak seronok sebab darah kotor tak keluar dari badan. yang bestnye tak payah ganti puase la. tapi tulah manusia macam aku nih tak pernah bersyukur kan, dah Allah bagi puasa penuh nak pulak ABC Allah bagi cuti kenn. adatlah manusia nih tak ada yang perfect. banyakkan doa di bulan yang penuh keberkatan ini mudah-mudahan doa dimakbulkan. Amin.

sebenarnye iolls takde rase nak share 'our journey to have a baby' nih kat sini. entahlah lebih suke bace dari belog ttc lain untuk info. dah hampir 2 tahun jugak buat treatment dan appointment dengan Hospital Putrajaya. nasiblah diorang layan kan. kalau LPPKN mau lima tahun baru nak layan. and haritu i ade buat entry pasal mri scan kan. ingat tak? tapi tak cerita details just explain apa itu mri je. actually bulan 4 yang lepas aida buat mri scan ni di Hospital Pantai Ampang. kenapa buat dekat situ sebab kalau tunggu appointment dekat hospital putrajaya maunye setahun. lama kot. so alternatif keluar duit sendiri pergi scan dekat swasta. total damage mri scan kat situ rm790++. tu pon dah hasil survey mane lagi murah. kalau kat kpj tak silap i around rm1300++. sebab i call banyak hospital tanya rate. dan rasanya hospital pantai pon okey jugak.

iolls buat mri ni sebab masalah hormon. hormon prolaktin mak terlebih-lebih dalam badan nih. thats why miss p i tingtong. badan i tak dapat nak berlaku ovulasi sebab otak konfius bile hormon prolaktin tinggi. hormon ni selalunya banyak untuk ibu menyusu. hormon yang hasilkan susu. sigh. dah kenapa dengan badan i nih? pelik tak pelik x? gynae pon pelik, so dari klinik o&g, mak kena refer ke medical pulak untuk investigate kes hormon nih. so, bila dah dekat klinik medical doktor suggest buat mri sebab selalunya bila hormon prolaktin tinggi kemungkinan ada ketumbuhan dalam otak di bahagian kelenjar pituitari. otak dah set kan badan ni seolah-olah sedang dalam penyusuan yang menyebabkan miss p tak datang berbulan-bulan lamanya. bila dah dapat result baru diorang nak kasik ubat. so, kalau nak tunggu hospital kerajaan ni memang lambatlah. satu-satu appointment pon makan masa sebulan dua. waaa, nak nangis mak rasa.

so discuss dengan encik am, kami prefer buat kat swasta. takpelah keluar duit sikit janji tahu macam mana badan nih kan. demi satu insan yang bernama anak, kami sanggup ya Allah. takut jugak memula nak buat mri tu. dok dalam mesin dalam 30minit dengan bunyi mesin gedung gedang yang kuat dan menakutkan, nasiblah diorang pakaikan headfon dengarlah lagu maher zain habis satu album. haha. tapi korang-korang jangan takut, tak ade ape pon sebenarnye. baring je kat situ. nak tidor pon boleh, cuma tak selesa sikitlah sebab bising.

okeylah, nak review pasal hsg nih. hsg nih pulak dah lama dah aida dapat appointment untuk buat tapi disebabkan miss p tak datang jadi setahun tertangguh tau. hoomai lame tak lame miss p tak datang. stress mak tau. kalau nak buat hsg kena hari ke 10 selepas period means dalam waktu subur. last months first day miss p datang terus i call hospital buat appointment. yess, memang i nak buat dan tekad nak buat. redah je selagi ape yang boleh buat i akan buat. tapi sebelom-sebelom tuh memang dah banyak bace dan google pasal hsg nih, memang 18sx kau. hahaha. nak tahu lebih bace bawah nih.

Apa itu HSG?

HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.

Apa yang boleh dikesan oleh HSG?

Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis

HSG dan kehamilan

Disamping berupaya untuk mencari masalah salur peranakan dan rahim, ia juga didapati meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG kadang-kadang menolong menghilang debu dan penyumbatan tidak serius pada salur peranakan. Ini membolehkan mereka yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.

Prosedur HSG

  1. Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
  2. Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks ( pangkal rahim)
  3. Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
  4. Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
  5. Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
  6. Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi.
Selepas x-ray terakhir diambil, anda akan diminta untuk berbaring selama beberapa minit. Mungkin anda akan terasa sedikit kejang pada perut tetapi tidak lama. Selepas beberapa minit, anda akan diminta untuk menukar pakaian dan keputusan selalunya akan tersedia 15-20min selepas itu.


inilah prosedur hsg yang seram dan menyeramkan..hahaha



Alhamdulilah berjaya melalui treatment ini akhirnya. apa yang i rase. em, rasanya kalau korang pernah buat pap smear, memula rasa macamtula ye. then bila tiup yang dimasukkan tu dikembang macam belon kat dalam uterus, terus rasa senak. rasanya macam period pain macam senggugut jer. masih boleh tahan. tapi lain orang lain rasanya. sebab ada yang baca sakit sangat-sangat, ada yang biasa-biasa. tapi bagi i sakit biasa je masih boleh tahan. then bila dah selesai akan ade bleeding tapi tak banyaklah. takat spot sikit-sikit untuk 2 3 hari. dan haritu i dapat mc. doktor bagitahu yang dua-dua tiub takde blocking dan rahim normal. Alhamdulilah sangat-sangat.

gambar scan hsg normal
nampak cecair mengalir ke kiri dan kanan tiub


so lepastu balik rumah rasa tak larat sangat-sangat dan perut rasa cramp, jadi kejenye baring sampai ke petang. lepas dah bangun iolls terus okey jer. hee. itulah sedikit sebanyak pengalaman buat hsg nih untuk panduan korang ye.


oklah, bai.

xoxo.


Saturday, June 28, 2014

Floria 2014


Assalamualaikum,

macam biasa tiap-tiap tahun tak pernah miss pergi floria. dah nama dok putrajaya kalau tak pergi nampak sangatla kan. tapi macam biase bende dah basi baru aku upload kan. kau ado? dah 6 hari lepas floria habis baru terkedek-kedek nak buat entry. okeylah tak mau berleter panjang-panjang, kasi tengok gambar saja.
tak macam tahun lepas, tahun ni kapal berhias buat asing. satu lagi event Magic of the Night pon ado tapi dekat Marina, dekat Maritim Putrajaya dan Floria 2014 dekat Presint 4. tahun lepas sekali sajo dekat Presint 2. dan kalini masuk berbayar la ye, rm3 untuk dewasa dan rm1 untuk kanak-kanak. dan kami 2 kali pergi siang dan malam. siang jalan-jalan bergambar malam datang beli pokok ek.


















abaikan kecomelan model dalam gambar di atas ye. just tengok kecantekan floria. oke bai.

xoxo



Thursday, June 26, 2014

Korea Day 3 : Everland & Insa-dong


Assalamualaikum,

haaa berjambang tunggu baru nak hupdate ke korea ke kite kan..bukan ape sebab terlampau banyak nau gambar sampai tak larat nak pilih yang mana satu kan. so sebab tu la malas. *alasan*. nampak sangatnye malas tahap gaban. kebetulan arini mc, so sakit-sakit nih kite kifarah sikit diri untuk rajin. muahaha. sambung yang aritu, hari ke tiga kitorang dekat sana memang dah turun 2 3 kilo yer. banyak sangat jalannya. so, ari ketiga kami pergi ke Everland. Tak sempat pergi Lotte World sebab Everland ini terlalu luas. sehari memang tak puas main dan jalan. perjalanan dari rumah kami di Hyehwa ke Everland mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. penat woo tukar-tukar train, tapi best. kebetulan musim bunga, memang cantik dan tak rugi datang woo.

EVERLAND
Line subway :Hyehwa (Line 4) --> exit Dongdaemun History Culture Park (Line 2)
--> exit Wangsimni (Line Bundang) --> exit Giheung (Line Everland) ----> exit Joendae, Everland

WELCOME TO EVERLAND
Tiket boleh tahanla jugak harga die, standard masuk USS kott

tapi berbaloi-baloi bayar harga tiket, memang tak mengecewakanla 
kalau korang datang sini, tak puas sehari berjalan, kat sini tak sejuk sangat, 
tak pakai jaket pon masih boleh tahan. 


Human Sky, jangan takut rendah je bende nih, bestt
turun ke bawah untuk ke Safari Zoo

macam di alam fantasi bila ade kat sini

 mak jemah pon sibuk queue dengan budak-budak sebab nak bergambar dengan ulat nihh
nampak sangat ketidakmatangan diri, kuikuikui

semua bende kat sini kalau boleh nak bergambar, 
tapi bukan bunga betol pon, plastikk

ohhhh oppps my personal photographer tumpang lalu.......

iolls posing sensorang jelah kan..

fefelin retis kau..jangan muntah yerr

my LOVE

baru jek nak bergambar berdua, tapi spoil gambar gelap,
ahjumma tak pandai tangkap gambar lorrr..

Subhanallah, maha suci Allah. what a wonderful garden.
pemandangan bunga-bunga yang cantik lagi kalerful, 
terlampau banyak sangat gambar, so ini je yg rajin edit dan upload. maap.

okey, dekat sini bukan saje ade taman-taman bunga, banyak kedai-kedai yang cantik, kedai makan, kedai jual souvenier cantik-cantik dan harga pon amat cantik. kalau rajin jalan, ade safari, tapi tiket masuk lain ye. kami just beli tiket outdoor dan freeshow sajo. dekat sini juga ade themepark, memang semuanya extreme giler baq hang. kami tak main just tengok ajo. maunye satgi sakit penin muntah, dahla perjalanan jauh. tapi kalau dapat pergi lagi sekali memang nak main kau. so dekat sekerat hari kami kat sini, so masing-masing dah penat, apelagi jomla balik. waaaaa. next kami nak pergi cari souvenier untuk di bawa balik. 



INSADONG

google punya google sini kalau nak cari buah tangan souvenier Insadong boleh dapat murah. nak lagi murah
cari barang yang hand made. boleh mintak murah lagi kalau pandai. ngee. 

haaa, nampak tak bersepah barang-barang souvenier kau, 
keychain yang murah boleh dapat 8000won untuk 10. 

banyak lagi tempat boleh dapat murah macam dondaemun market, namdaemun market, doota, yang penting korang kena pandai cari tempat die, bukan turun-turun subway je terus nampa okeh, 
kena jalan belakang-belakang kedai baru jumpe. 
sori, i cuma story kat uolls tempat yang i pergi jek. yang lain google sendiri k.

misi menghabiskan duit encik am, muahaha

kat sini pon ade jugak orang islam yang jual aiskrim, siap buat gimik lagi ala cam citer istanbul aku datang tuh. hahaha, mau malas nak beli aiskrim la kalau buat gitu. haha. harga 4000won. boleh tahan.

oke, sebahagian hasil borongan di siang hari, malam punye lain cerita.

Malamnya kitorang pergi makan di Itaewon, misi mencari kedai halal yang jual makanan korea. malangnya teramat sukar nak mencari jadinya makan makanan arab di korea. uuuwaaa. oleh sebab esok dah nak balik, malam tu kami sambung lagi aktiviti menyoppin di Namdaemun Market. memang puas jalan, dan tak sia-siakan percutian kalini. 


ok bai. xoxo.

rajin-rajin klik sini