728 x 90

Tuesday, November 26, 2013

Delete


Assalamualaikum,

dah lama giler tak update belog. bile bukak je nampak muke encik am. nampak sangat entry bulan sepoloh yang tak update-update sampai sekarang. ngeh. ni dah nak habis november baru nak bagi perutusan.

entah, bila dah macam nih kadang-kadang rasa macam dah tak nak berbelog pulak. bukan apa, selalu azam nak update hari-hari. mule-mule jer zemangat, at last, sebulan mau 2 kali kot. dasar pemalas. haha. bukanlah, acually, lately nih busy jugak-jugaklah. mane dengan kerja, mane lagi dengan encik am. encik am dah mc 2 minggu dok kat rumah sebab eksiden. kesian die.

nih yang rasa macam nak delete belog je pon hado. hohoho. perlu kah?

xoxo



Wednesday, October 23, 2013

Hepi bestday my sayang


Assalamualaikum,

isnin yang lepas is bestday my sayang yang ke-29. wahwahwah lagi setahun je kot nak masuk angka 3. haha. tapi perangai masih gila-gila remaja gituk. papepon, selamat hari lahir sayang, semoga panjang umur dan murah rezeki selalu. semoga jadi suami yang soleh dan baik kepada mama.

untuk tahun ini, kami celebrate dekat pizza je sebab encik am teringin sangat nak makan pizza yang baru tuh. ape ke namenye? haaa..3 sumptuous flavor kalu tak silap. tu mase weekend then hari isnin aritu aida tukar dengan kawan pergi parlimen dan cadang balik nak surprise kan encik am. last-last balik sesat plak terus tak jadi singgah. balik-balik rumah singgah pasar beli bahan-bahan. memula tak tahu nak masak apa, tahun lepas buatkan die chicken chop, pastu fikir punya fikir last-last nasik ayam je yang jadi. okeyla..encik am makan tambah-tambah empat kali. die kate gemuklah kalau hari-hari macamnih. ngee.


payah kalau nak amik gambar encik am nih..haisshh


taraaa..inilah hasilnya nasik ayam kitew yang tak seberapa..
yang penting ikhlas kan..
ape motip remote astro kat atasa meja makan tuh..haha


tahun ni tak tahu nak bagi apa hadiah, so tanya die encik am nak apa. senang bair benda yang die boleh pakai dan guna. kan kan. so kalu nak tahu hadiah, tunggu next entry yang ntah bile tuh yer..haha..gambar lupe nak snap.

xoxo





Wednesday, October 9, 2013

Produk baruku Mary Kay


Assalamualaikum,

haha, dah beberapa menjak nih kulit muka nih dah kurang belaian mesra dari tuannya.
alahai siannye dah makin kusam. dah tak tahu nak pakai produk apa. semuanya mula-mula je nampak kesan.
lepastuh, muka balik kepada berminyak, kusam, suram kenn kenn.

so, ade kawan yang suggest pakai MK nih. Kalau korang nak order, boleh order dari kawan opis aida. Sha Mary Kay. dengar dan tahu memang mahai lerr. tapi sebab keinginan nak cube, so terus order. kite tunggu dan lihat keberkesanan produk ini mehh.


haa, ini dio. beli 3 je dulu.
botanical set.


Mudah-mudahan kulitku bertambah cantik dan berseri-seri dan encik am pon suke. Amin. kui kui kui. 


xoxo




Sunday, September 22, 2013

Family Escape 2 Bukit Tinggi, Pahang


Salam,,

hye dah lama sangat kot aida tak update belog. dah bersawang rasanya. mesti korang scroll atas bawah atas bawah bosan tengok benda yang sama je kan. harini pon ade mase sikit nih nak taip sekali lalu saja. kasi letak gambar banyak-banyak pastu korang tengok dua tiga minggu lagi baru update entry lain. haha dasar pemalas. 

weekend lepas, kitorang family dua tiga kerat pegi short escape. unplanned holidays. hari tu nak berjalan hari tu jugaklah baru kalut-kalut nak bookin hotel bagai. selalu macamtu. tapi tetap seronok. rasanya kalau yang dirancang mesti tak sesebest ini kan.

mana taknya, pagi-pagi tengah tido lagi, (nampak sangat kalau hari minggu keje tido jela laki bini nih) my sis dah call suruh get ready, sebab diorang tengah on call bookin hotel dan kalau dapat terus gerak. haha tak ke naya. letak je phone, bleh pulak sambung tido balik. baek punya.

so, bila dah dapat hotel, sis call set tempat nak jumpa. mak ayah adik semua dekat rumah sis di tanjong malim. aida dengan encik am dari putrajaya. and the holidays location is Bukit Tinggi.

okey, layan sikit bebrapa teaser family escape nih. malas nak taip.

to be continue................................................







xoxo




Tuesday, August 27, 2013

Jimmy dah kawen..yeay!


Assalamualaikum,

minggu lepas aida dan encik am balik ipoh sebab kawan encik am, si jimmy asmara nih kawen.
kawen dengan orang ipoh. alamat lepas ni selalu lah balik ipoh. dan selalulah encik am akan ajak konvoi nih. huh. walaupon majlis belah laki di kl, tapi kat ipoh pon mesti pergi. begitulah kalau dah kawan dari kecik, memang sayang lah kan. encik am ade 3 orang kawan yang rapat sangat. jimmy, bangah dan shark. kawan dari kecik-kecik lagi. dan sape je yang kawen, mereka 4 orang nih mesti ada dekat dua-dua majlis. jadi mem-men semua kenalah ikut memberi sokongan padu pada persahabatan mereka ini, walaupon ada masanya termerajuk jugak dengan persahabatan mereka ini. heh. itu normal la kan. meh layan gambar seketoi dua.


encik am, jimmy, farah dan aida
pengantin bersilau-silau kikiki***

okey, baru nampak lubang hidung pengantin..
cakap dengan encik am"muka jimmy macam gambar dalam duit singgit kan" 


gambar 4 sekawan dan 4 mem-mem
hehe

Mencari produk-produk untuk kecantikan?
Dapatkan aurawhite, ferwhite, maixara, shape plus, fellina, 
dan banyak lagi dengan harga yang murah.
boleh pm di sini 
sms/wasap:0175493685

xoxo




Friday, August 23, 2013

Bestie Wedding, Miera


Assalamualaikum,

raye keempat yang lepas, best friend aida dari zaman sekolah rendah, yang merangkap kawan seperjuangan, sepermainan, sequarters, sehati dan sejoli telah pon disunting orang. dah jadik binik orang dah kawen aku yang sorang nih. miera, kawan rapat waktu sekolah rendah dulu. dulu kuat gaduh, tapi gaduh macam mane pon kami still best friend forever. mase tuh, kami best friend bertiga, sorang lagi bestie aida, emy. kami satu kelas, tinggal pulak kat berek polis, yelah memasing anak polis yoo. sebabtulah agaknya zaman kanak-kanak zaman kegemilangan kami tersangatlah rapat. sampailah masa dan kedewasaan yang memisahkan kami. cheewaah ayat. apepon kami still keep in touch. tak gitu. meh layan gambar kawen die dan gambar gedik kami.

bersama pengantin dan suami.
manis dan cantek kawan aida sorang nih.
semoga bahagia hingga ke akhir hayat yer.

menggedik bersama pengantin.
dari kiri belakang: dila, niza, me & emi.
kami berlima kawan satu sekelas mase sekolah rendah dulu. wee. 

kate freestyle, tapi semua tengok kamera,
aida sorang je poyos syok sendiri. haha.

pengantin sebok, kami naik pelamin tangkap sendiri jer.
biaselah kalu muka tak malu memang macam nih.


p/s: niza gambar dalam bilik tatau mana pi. haha,

apepon, SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT AMIERA AZMI DAN SUAMI.


xoxo.



Thursday, August 22, 2013

**Selling Price List - Pinky Shoppy


Harga terkini produk-produk dari Pinky Shoppy.
Harga tidak tetap tertakluk kepada promosi dan permintaan.
pm / wassap: 0175493685 untuk order dan juga best price.

*Harga berubah dari masa ke semasa. Thank You.


~HAPPY SHOPPING WITH PINKY SHOPPY~



Raya ke 15


Assalamualaikum,

hah, dah lame belog ni sepi dengan update. cian die. asyik tengok je tapi mood nak taip-taip takde. tengok orang lain post gambar-gambar raye diorang, aida pon nak sebok-sebok jugak ah. ngee. masih sempat lagi walaupon sudah syawal yang ke 15. tapi nak tepek jugak sekeping dua gambar kami berhari raya. hamboi hamboi hamboi.


SELAMAT HARI RAYA DARI AIDA & ENCIK AM
raya kali ni raya yang kedua sebagai suami isteri dan masih berdua. InsyaAllah raya tahun depan bertiga, Amin ya Rabbal Alamin.

Raya pertama di rumah mertuaku.
semua adik beradik balik. 
memang meriah la kau. 
tapi hati totap sayu teringatkan kampung halamanku yang 
jauhnya 45 minit dari rumah encik am. haha.

bergambar bersama PIL dan sanak saudara sepupu sepapat

gambar raya family sendiri, mak, ayah, adik dan family paksu adik beradik ade yang belum sampai, yang pergi mane ntah, ini je yang ado kau ado? almaklumlah dah raye ke berapa baru balik rumah sendiri, memang tak dapatlah gambar berbaju kurung dan berbaju melayu seh..

Anak buah yang sulung, my youngest sista, me and emak
emak suke spoilkan gambar, tengok tempat lain.
dah siap pesan "mak, tengok kamera tau!"


Okelah, tata.

xoxo


Monday, July 29, 2013

Peraduan Teka Kuih Raya, Menang Duit Raya!


Assalamualaikum,
hye korang, nak dapat duit raye tak? senang jer tak payah susah-susah pon, 
just korang kena teka je pastu kalu nasib korang baik korang dapatlah duit raye nanti.
macam mane? ha, tengok kat bawah nih.

Klik Banner untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini.

Apa yang korang perlu buat cume teka je berapa banyak kueh dalam bekas kat bawah nih, 
jawapan sape yang hampir-hampir tepat atau paling tepat akan dapatlah hadiah-hadiah yang ditaja.

Jawapan berapa banyak keh raye :  135 bijik


Ha, lepas tuh, sila-silalah korang like semua peng'sponsor' hadiah di bawah yer..

Peraduan ini telah di sponsor oleh...

 

 









-----------------------------------------------------------------------------------------

LIKE THEM FIRST!! :)

This is how we show them the appriciate!


-----------------------------------------------------------------------------------------


Peraduan bermula dari hari start dielah sampai tengah malam 3 Ogos 2013. 
Keputusan akan dibagitahu pada 4 Ogos 2013.
Hadiah akan dipos pada 5 Ogos 2013 sebelum raye.

Ha, tunggu apa lagi, cepatlah join. bukan susah pon mane tahu korang menang ker kan? 
hadiah pon menarik. nak tahu hadiah klik sini
Alhamdulilah.


xoxo




Wednesday, July 24, 2013

Ape persiapan raye korang??


Assalamualaikum,

haha, baru 15 hari puasa dah sebok tanya persiapan rayenye?
posenye cukup ke? terawihnye pergi tak?
ahak, tokono den..
ala bukan hape, kat opis nih dah sayup-sayup dengar lagu raye ntah sape pasang ntahla.
dari tadi tak henti henti malah makin meriah jadinya. haha, layankan aje.
syok gak dengar, tambah-tambah semua muke seposen je kan.
hagak-hagakla korang kan, mentang-mentang bulan pose, keje-keje kat opis pon pose ke?

arini baru rase nak update belog. dari hari ke hari dok nak update citer pasal menu berbukala,
menu bersahurla tapi satu gambar pon tak snap. satgi citer korang tak percaya pulak yang aida yang masak.
haha. takpelah, memang sengaja tak nak bagi korang terliur dan tergoda di bulan pose yang mulia ini.
banyakkan amal yer. sambil tu bolehla tengok dan salin resipi ape nak masak kat laki malam nih. ngee.

nak citer persiapan raye aida. nak kate prepare giler-giler tu takadelah.
ala kadar je mak. kalau citer bab kueh raye dan kerepek raye, banyak yang aida dah order
dari kawan-kawan, tunggu kueh sampai baru nak bayar. nak bawak balik rumah mak dengan mertua lagi. lepastuh, ade beberapa kueh aida dengan encik am nak buat.  ala, buat backup kueh-kueh kat rumah, manela tau tibe-tibe ade bebudak kuarters ketuk pintu, adela jugak kueh nak hidangkan kan. *padahal tak pernahnya ada budak datang rumah bujang nih. haha. lagipon sebab dah terbiasa dulu hidup dengan mak, mesti buat macam-macam jenis kueh. jadi amalan tu dah jadi tradisi turun temurun, tapi skill nak buat kueh yang hebat lagi ohsem je tak turun-turun. adoyai.

bab baju raye, aida dah ade sepasang baju kurung moden tapi yang tu belah umah sendiri, baju untuk belah mertua tak ado lagi. macam mane nih. tu pon dah puas pusing jalan tar dan pkns. baju melayu encik am pon belum carik. biasalah kami, beli yang ready mate je senang. payah nak tempah-tempah nih, sebab dah banyak yang aida kurang puas hati. jadi beli siap jugak yang senang. tuh hah kat rumah tuh ade 2 pasang kain cotton yang tak jahit lagi. bile nak tempahnya pon tak tahu. kasut raye, handbag raye, tudung raye minggu nih baru nak carik. minggu nih kena setel semua sebab nak kena bajet duit.

duit raye, hah, yang ni awai-awai dah cop kat tiela, opismate aida yang memang tiap-tiap diela ejen tukar duit baru kami. haha. mak, ayah, mertua, adik-adik, anak buah-buahan, mak oiiii banyaknya nak kena hulur. dah bertambah-tambah anak buah den oi. kiki. adik-adik dah siap wasap dah suh sediakan duit raye, eee tak malunye.

untuk rumah kat sini, rasenye tak ade nak tukar, sebab semua masih baru-baru. lagipon, semua orang putrajaya raye balik kampung la oi. haha, mane orang nak datang raye kan. jadi umah menten jer. tapi totap sediakan balang-balang kueh raye kat atas meja. manelah tahu kan ade tetamu mengejut kan. yang pasti rumah mesti kena kemas dan tersusun cantek.

ape lagik yer persiapan raye korang??
tahun nih, tahun kedua aida beraya dengan encik am, tapi masih berdua.
hope tahun depan beraya bertiga la pulak yer. amin. hehe daaa



xoxo




Monday, July 22, 2013

Amalan di bulan Ramadhan


Assalamualaikum,

Amalan di bulan Ramadhan





1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)

2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)

3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak doa mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”

4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata:
“Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)

5. Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni keTIka ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup. (HR Bukhari)

6. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)

7. Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu. (HR At Turmudzy)

9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)

10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)

11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)



xoxo





Tuesday, July 16, 2013

Pinky Shoppy Update


Assalamualaikum,

harini nak update kat korang my online shop, Pinky Shoppy. 
boleh klik sini kalu nak tengok details yer..
banyak produk baru untuk kesihatan dan kecantikan. 
InsyaAllah dijamin halal dan mendapat kelulusan KKM.
Kalu takde kelulusan aida pon sendiri tak berani nak syor kan dekat kawan-kawan.
Takut, nak cantik memang nak cantik, tapi biarlah guna produk yang berkualiti dan ada jaminan kan.
ape-ape pon jangan lupa bagi support korang dekat online shop aida yer. tenggsss..


macam-macam ada


Jom dapatkan produk kecantikan dan kesihatan dari Pinky Shoppy..
macam2 ada. pm atau wassap for best price tau. jangan malu-malu jangan segan-segan yer..


• Aurawhite 
• Auraslim 
• Auraslim gel body shaping 
• Maixara c
• Shape plus
• Kopi cuppocino 
• Felinna lotion
• Fellina vitamin
• Felinna beauty x-loss(pure teaberry juice)
• Set vitamin e collagen
• Bella formula sinus care
• Bella formula b slim
• Tabita skincare set
• Labisia plus capsule
• Ferwhite fereena
• K-colly
• Bedak arab
• Bedak magic pakharyta
• Bedak tanaka
• Radiglow
• Glutacell
• Mama gorgeous
• Red pomegranate whitening lotion
• Bamboo suit
• Sauna belt
• Waist trimer (bengkung)
• White light teeth



boleh tanya sebelom order..


xoxo



Thursday, July 11, 2013

Pemanggang ajaib la sangatt


Assalamualaikum,

end last months, aida pergi training dekat Langkawi. mase mula-mula tahu kena pergi sana,
memang dalam kepala dah terbayang pemanggang ajaib. bukan sebab kat sini takde, tapi
pasai kat sana murah. haa, free zon la katekan. lagi satu dah melayang-layang segala mak nenek
coklat. tapi sebenarnye niat aida lebih nak beli periuk ajaib. periuk ni dalam sikit dari pemanggang tuh,
tengok rancangan kat tv yang hos die zaibo tuh, macam best jer siap boleh buat kek lagi.

hari kedua kat sana baru dapat pergi jalan. jadi target utama nak capai pemanggang ajaib dulu.
coklat kemudian. drebar pulak bawak pergi idaman suri. haaaa, apelagi, sorong bakullah.

ni gambar pemanggang yang ada kat idaman suri. murah giler kan. ada lagi satu yang small size harga die rm37.90.




dua-dua aida grab, satu for me satu lagi for Melor. my bestie awai-awai dah pesan. tapi kan, kat idaman suri nih, cuma ada warna hitam jer. merah takdak. wuuu. kalu dekat haji ismail group warna merah, cuma ada satu pilihan dan harga rm55. gambar lupe nak snap.

okehh, meh tengok apa yang dah jadi kat pemanggang ajaib tuh.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
taraa
sila terbalikkan tengkuk anda


dah siap grill ayam dan daging pown..


xoxo.



Fadilat Malam-malam Terawih


Assalamualaikum,

semalam aida just kongsi malam pertama dan kedua kan, 
arini aida selonggok kan semua sekali, senang, bereh.
hajatnye nak update hari-hari, cume takut tak terupdate je kang. haha.

Fadilat Malam-malam Terawih 

Malam 1:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3:
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.
Malam 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.
Malam 10:
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.
Malam 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15:
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.
Malam 16:
Allahsubhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18:
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19:
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam 23:
Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27:
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30:
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar”.”


xoxo



Wednesday, July 10, 2013

Fadilat Terawih Malam Pertama dan Kedua


Assalamualaikum,
nak kongsikan fadilat malam-malam terawih,

Malam Pertama
- diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Malam Kedua
- diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Terawih, serta dosa-dosa kedua ibu bapanya.

okey, cukup dulu, esok kite sambung..


xoxo.






Tuesday, July 9, 2013

Bertemu Cinta Ramadhan


Assalamualaikum,


Ramadhan is coming,

Syaitan is crying, 
Malaikat is waiting,
Syurga is opening,
Neraka is closing. 



Alhamdulilah, syukur kepada Ilahi sebab dipertemukan dengan ramadhan kali ini. Malam nih adalah malam ramadhan pertama. tapi ramadhan yang kedua tau buat aida dan encik am. yeay, Alhamdulilah.

yeay, ayat yang kat atas tuh hasil tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Redho pagi tadi. Ustaz jemputan dari masjid besi yang sempoi lagi lawak. 

Selamat datang bulan ramadhan yang mulia lagi barakah. Mari kita memperbanyakkan amal yer.
Banyakkan mengaji, berzikir, dan jangan lupe pergi terawih yer. nasihat kat orang pandai, awak tuh terawih kadang-kadang jer. moga dapat diperbaiki lagi tahun ini. InsyaAllah. 

Puasa bukan sekadar tak makan dan tak minum yer. semua kena jaga yer. mulut tuh, telinga tuh, tangan tuh, kaki tuh semua set dalam otak supaya buat benda baik-baik ajer. bulan nilah kena lumba-lumba buat kebajikan. pastu jangan lupe rebut malam al-qadr ataupun lailatul qadar. haha, teringat ustaz tadi. 

Okelah, esok jangan lupa bangun sahur, carilah kap ba ra kap alif ta nun dalam sahur anda. malam nih dah setart terawih yer. ehem ehem, jangan lupa niat ye kengkawan. daa.

xoxo.