728 x 90

Tuesday, October 23, 2012

Selamat membesar sayang

Assalamualaikum,

"Allah selamatkan kamu"
"Allah selamatkan kamu"
"Allah selamatkan kamu sayang"
"Allah selamatkan kamu"

Selamat hari lahir buat encik am yang ke 28..
Makin bertambah angka tuh, hee.
Ayang doakan abang panjang umur, murah rezeki, sihat dan ceria-ceria sokmo. Tak lupa juga, semoga jadi anak yang baik dan suami yang soleh buat diriku.Amin.

Kali pertama celebrate besde encik am setelah berstatus isterinya. Ngee.
Seronok sangat dapat sambut sama-sama sampai pening tak tahu macam mana nak bagi surprise sebab dah tinggal sebumbung.
Buat kot ni nampak kot tu, buat kot tu nampak kot ni. Acane nak surprisenya. Aha..last-last tade surprise-surprise, direct to the point ajelah. Ado malam. Zassss.
Kali ni sambut dekat the mines sajo.
Nak bagi hadiah pon ponin. Mane taknye, boleh kate semua bende dah penah kasik.
Oleh sebab encik am seorang yang aktif bersukan, jadi aida hadiahkan sport wear kat die. Hee. Oke tak oke tak?
Adoo yang tade jenama taknak, nak adidas jugak. Demand sungguh kamu ya!

Oh lupa nak bagitau, aida masak spesel untuk encik am. Nak tahu apa? Ahahaha.....




Chicken chop. First time buat oke! Jangan jeles..lalalalala..


Thursday, October 18, 2012

Chaiyok 4 Us!

Assalamualaikum,

sambungan daripada entry Hati yang berharap haritu, aida dan encik am tak pernah berputus asa,
malah kami lagi bersemangat dan berusaha mencari jawapan kepada persoalan-persoalan kami.
betol juga kata orang "masih baru lagi"..
hampir 5 bulan bukanlah tempoh yang lama, masih lagi dalam dalam mood sesuaikan diri dalam
menghadapi suasana rumahtangga, masih belajar tanngungjawab si suami dan si isteri.
ternyata, perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh dimainkan.
bukan mudah bukan senang bila dah kahwin ni. lagi-lagi pada isteri.
bagi yang dah kahwin mesti tahu apa yang aida maksudkan kan..

kami laki bini ahaks..banyak membaca, menggoogle dan bertanya pada yang lebih pakar.
banyak ambik tips dari yang berpengalaman..
so usaha dan usaha dan doa pada tuhan.

actually aida tak suka pergi klinik. kalu pergi ambik mc tuh aida rajinnya.
tak sakit pon cakap sakit. pheeewww terukkan ini budak.
encik am dah selalu sangat ajak pergi klinik check perut, tapi aida banyak saja alasan tak nak pergi.
hee..bukan sebab apa, aida sendiri pon tak tahu nak cakap apa dengan doktor tuh.
lagi pon upt negative, kalu pergi mesti doktor cakap bla..bla..bla..bla.. pastu suruh tunggu sampai next miss period dan upt positive. lebih baik tak payah datang. tak faham ke perasaan kami macam mana.
jawab senang je macam tuh padahal bayar punyalah mahal. ececece chomelnya mengomel..heheheh..
sebab tuh malas nak pergi. tension je bila balik dari klinik.

memandangkan perut nampak buncit sangat kedepan mengalahkan orang yang mengandung 5 bulan, orang 5 bulan pon  kecik lagi kot buncitnya. haa. so, dah bertekad nak pergi jugak klinik. tapi tak mau klinik yang doktor die lelaki macam kes haritu. no no no. tak suke nanti nak pegang-pegang perutla bagai. kami dah decide nak pergi klinik hanita dekat desa pinggiran putra. ni pon my bestie yang suggest sebab doktor kat situ semuanya perempuan. bestie cakap doc die ramah dan banyak bertanya. nah, itu yang aku mahu.
all doc, pelislah banyak bertanya sebab kami banyak tak tahu nak tanya apa. kami bukan doc okey!
tapi malangnya minggu lepas dua kali kami rush ke sana bila hati i yang malas pergi check ini jadi rajin tapi
sayangnya kami cancel klinik hanita ini dari list.
oh mai..
tahu sebab apa, first silap kitorang pergi hari sabtu petang. memanglah tutup sebab klinik bukak sekerat hari je. salah sendiri okey.
dah tengok waktu operasi, ahad petang bukak sampai malam. so, esoknya kami datang lagi.
second, bila dah semangat datang ahad tuh, tup-tup boleh pulak yang ada cuma doc laki. dah siap keluarkan ic dah, terus cancel. "bang, kita balik!".

hmmm..terus u turn pergi alamanda nak menghiburkan hati kami berdua sambil makan eskrem. ulalalalala.
disebabkan alamanda parking full, kami park kat blok e saje. mahu taknya, semua sibuk nak masuk idola kecil nya. nasib aida dah besar kalu tak nak join jugak. he.
ate masa jalan nak masuk alamanda, terpandanglah klinik maria kat sebelah tuh. ehem ehem ehem
"abang, tu klinik doc pompuan"....
encik am "nak ke?"
"Jomlah, kalau doc pompuan terus jer masuk".

unplanned punya klinik kami terjah. tengok luar nampak macam mahai jerk bagi si kedekut ini.
nasib doc pompuan. terus register dan tunggu nama dipanggil. sorang dua tiga patient masuk, baru sampai turn aida.

menonong dengan encik am masuk mengadap. hee. malu, tapi kena jugak. so bersok sek sok sek la cerita dengan doc tu dari A sampai Z. sampai tak cukup nafas kau. sebelumnya, kami dah plan nak suruh doc ambik darah dengan scan perut. doktor maria namanya. memang sweet dan friendly sangat. jadik aida dengan husband tak segan dibuatnya. just follow doc untuk scan perut. teehee. wowww bestnyer nak scan perut. eceeee feeling macam ibu-ibu mengandung yang datang checkup dan scan ultrasound bibi mereke. huhuhu.

bestnyer, nampak perut aida dalam-dalam tuh. jakunnya. sebelum ini aida pernah scan dulu. sebab masalah period jugaklah. doc maria cakap, rahim aida normal oke, tak pregnant. haaa, pundi kencing penuh, japgi nak kencing kan. lalalalala. so, aida tanyala pasal rahim terbalik ke, ke bawah macam yang orang selalu cakap, tapi alhamdulilah doc cakap takde semua tu. semua oke. for the conclusion, problem aida sekarang nih sebab period yang memang super tak betul.

Doc suggest supaya aida amik ubat turun darah, bagi datangkan period aida untuk bulan ini. dan bila first day turun darah, aida kena datang balik klinik untuk ambik pil perancang pula. huhuhu. ini untuk teraturkan balik period aida. kalu tak oke jugak, aida kena refer kepada gynae pakar. yaAllah, mintak-mintaklah period aida oke lepas ni. doakan aida ye. selamat berjuang aida dan encik am.



nampak tak perut i gitu.
obat sekali..huuu....











Wednesday, October 17, 2012

Al-Fatihah buat arwah Tok


Assalamualaikum,

semalam aida telah meng'el'kan diri..
pagi-pagi sudah rushing balik ke kampar rumah makcik.
kelmarin selepas selesai solat isyak, tiba-tiba dapat panggilan dari ayah.
jam dah 10lebih, pelik juga. selalu ayah tak pernah call lewat-lewat sebab ayah tidur awal.
emm..aida pon jawablah call.
terkejut sangat bila ayah cakap "tok dah meninggal".
biar betol..betol ker?
baru petang tadi aida dan along sembang pasal tok.
baru beberapa minggu lepas kami jumpa.
semuanya seperti tak disangka. macam tak percaya pon ada.
yaAllah, jika dah sampai ajalmu memang tidak cepat walau sesaat memang tak lambat walau sesaat.
"Innalillah hi wa inai ilaihi rajiun"
Al-Fatihah buat arwah tok ku sayang.

aida terpaksa balik seorang diri sebab encik am kursus, tambahan pulak dia jadi urusetia dan cameraman,
memandangkan kursus 2hari dan tiada orang yang boleh ganti jadi tak bolehla nak dicancelkan.
okey, aida pasrah balik sendiri.
nasib, along pon husbandnya meetin jadi aida rushing dulu ke tanjong malim dan pickup along dan
terus pecut ke kampar.
entah kena speed trap ke tak entahla. yang tahu nak cepat sampai supaya tak terlambat.
kami hanya balik berdua meninggalkan anak-anak along ditaska. meninggalkan husband masing-masing ditempat kerja. dan alhamdulilah, dalam pukul 10 aida dan along sampai.
dan pada masa itu, arwah tok tengah dimandikan.

tok ialah mak kepada mak. kami cuma tinggal tok ini seorang saja di dunia.
semua tok dan tok wan telah kembali ke rahmatullah.
jadi sekarang kami ialh cucu yatim yang tiada tok dan tok wan. :(
waktu mendapat berita tak dapat digambarkan betapa sedih yang amat kehilangan tok.
walaupon tahu tok sedang sakit tapi kehilangannya amat terasa.
walaupon dah merasai banyak kehilangan, tapi kehilangan tok kali ini amat terasa sebab
tok la yang paling rapat dengan keluarga kami.
tok yang selalu tinggal berbulan-bulan dirumah kami dan kemudian ke rumah paksu
kemudian ke rumah makcik ke rumah paklong dan akan ulang semula ke rumah kami, berkongsi bilik dengan kami, berseloroh bergaduh bergosip berbelanja dan segalanya dengan tok.
kini, mesti semua terasa akan ketiadaan arwah tok.

sewaktu sampai, aida pandang wajah mak, ssayu hati.
walaupon mak tak tunjuk tapi kami tahu dia terasa kehilangannya mak nya.
mak cik memang tak dapat menahan air mata, berlinang dan teresak sekali sekala.
semuanya lebam mata. aida kuatkan hati juga. terus menghadiahkan yasin pada arwah tok.

kami mengintai melihat arwah tok dimandikan, kemudian dikapankan..
yaAllah sedihnya, tok dah tak bernafas lagi. betollah memang tok dah tak ada.
tok nampak tenang saja.
sebelum ditutup muka arwah, kami semua cium tok buat kali terakhir.
yaAllah sejuk sudah arwah. tenanglah tok disana nanti ya. Amin.

selesai jenazah disolatkan, semua bergerak ke kubur. arwah tok dikebumikan di kampar jugak
sebab memudahkan anak-anak datang menziarah. selang bebrapa kubur dari arwah tok ialah
kubur arwah pakcik yang meninggal beberapa bulan lepas.
simpati pada makcik yang kehilangan dua orang tersayang di rumahnya.
petang, setelah selesai semua, aida dan along bergerak balik.
along nak pergi jemput anak-anak di taska lagi.
kalau ikutkan hati nak saja tinggal lagi teman mak. rasa bersalah juga.
tapi cuti pon tak berapa ada. encik am pula tak disanggup ditinggal lama-lama.
mak pon suruh balik awal sebab aida jauh perjalanan. nasiblah mak ayah memahami.
dan nasib juga kami sempat melihat arwah tok.

"Semoga arwah tok aida ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah".


last raye puasa bersama tok..will mishu..