harini nak share resipi lain pulak. korang tau kan aku pernah share pasal diet atkins tu kan. aku takdelah diet mane pon tapi adelah ikut sikit-sikit pantang larang diet tuh. iaitu pantang tengok. muahahahaha. opps serios serios okey. sasape yang amal diet nih bolehlah ikut resipi aku bagi nih. sodapp.
BEBOLA AYAM DEGIL by PINKY
Bahan-bahan:-
- 250 gram isi ayam
- sebijik bawang besar
- setangkai cabai
- segenggam daun bawang
- sebijik telur
- garam secukup rasa
- sedikit nestum atau oat
Cara-cara:-
1. potong kiub isi ayam dan blender bagi hancur.
2. hiris dadu bawng besar, cabai dan daun bawang.
3. tuang isi ayam yang dah blend tadi dalam hirisan tadi dan gaul sebati.
4. bubuh garam atau bahan perasa secukup rasa.
5. kepalkan bulat-bulat ikut suka anda.
6. celurkan dalam telur.
7. golekkan dalam nestum atau oat untuk salutan dan sedia digoreng.
taraaa..dah siap..nampak macam cucur pulak kan
inilah die bebola ayam degil inspirasi diet atkingggg
Assalamualaikum,
harini aida nak review produk yer kawan-kawan. Produk ni nak kata lama tak lama lah dalam pasaran, kalau tak silap dalam November tahun lepas dah keluar kott. ***maap kalau silap yee.. Okey sebelum ini mesti ramai yang hanya sapu losyen sebaik sahaja selepas mandi atau masa kulit terasa kering atau mungkin hanya sebelum tidur rite? Tetapi kini ramai dah boleh berubah dengan cara baru dan produk baru yang dikeluarkan oleh Nivea. Nivea telah mengeluarkan produk penjagaan badan iaitu In-Shower Skin Conditioner iaitu
salah satu cara mudah untuk melembapkan kulit semasa mandi. Formula
unik yang diaktifkan oleh air ini direka untuk digunakan selepas gel mandian, menjadikan
kulit terasa lembut, licin dan lembap, walaupun selepas dikeringkan.
Satu penyelidikan di Eropah telah mendapati bahawa dua daripada lima orang (43%) sama ada sekali-sekala atau tidak pernah menggunakan losyen badan kerana mereka tidak mempunyai masa atau hanya tidak menyukai rasa melekit . Begitu juga di Malaysia, 70% daripada wanita tidak memakai losyen badan setiap hari. Kebanyakan orang hanya menggunakan losyen badan sekali-sekala kerana mereka tidak mempunyai masa untuk duduk saja dan tunggu losyen mereka kering. Bagi sesetengah, ia tidak menyenangkan untuk mempunyai rasa melekit pelembap terutama dalam cuaca panas.
Oleh
yang demikian, Nivea telah mengambil satu pendekatan baru dalam penjagaan badan
dengan inovasi terbarunya melalui ramuan dan formula yang boleh digunakan dalam
mandian ke atas kulit yang basah.
NIVEA In-Shower Skin Conditioner
Terdapat dua jenis untuk produk ini. Nivea In-Shower Skin Conditioner diperkaya dengan Sea Mineral, oleh itu membuatkan kulit anda terhidrat dan lembut untuk disentuh.
Jika anda salah seorang yang mempunyai kulit kering, maka Nivea In-Shower Intensive Skin Conditioner mungkin menjadi pilihan yang lebih baik. Formulasi khas mengandungi Minyak Almond yang menyuburkan kulit, menjadikan kulit licin dan lembut.
Nivea In-Shower Skin Conditioner merupakan satu-satunya, jenis produk yang pertama di negara ini di mana komposisi intipatinya berbeza dengan losyen badan yang biasa.
Ia mengandungi lebih banyak minyak perapi dan formula berkrimnya pula perlu diaktifkan dengan kehadiran air agar ianya boleh diserapkan ke dalam kulit basah dengan segera, melembap dan memeliharakannya tanpa meninggalkan rasa melekit pada permukaan kulit.
Produk ini lebih mudah sesuai dengan rutin mandian biasa kita di mana pengguna tidak lagi perlu menungguna losyen kering atau perlu menyapu losyen badan selepas mandi.
Ia mengandungi ramuan khas yang diperkayakan untuk memulihkan 10 tanda kulit kering dan rosak untuk menampilkan kulit yang licin, selembut sutera dan lembap berkilau.
Losyen ini ditujukan khas kepada wanita dan lelaki moden yang sibuk dan tiada masa yang cukup untuk lebih penjagaan badan tetapi memerlukan cara penyelesaian yang lebih efektif untuk kecantikan dan penjagaan badan harian.
Inovasi ini menjadikan rutin penjagaan badan anda menjadi lebih mudah dan cepat. Ia mudah untuk digunakan dengan 4 langkah yang mudah:
Langkah 1: Bersihkan badan dengan gel mandian
seperti biasa dan bilas dengan air
Langkah 2: Sapukan
Nivea In-Shower Skin Conditioner semasa kulit masih basah
Langkah 3: Bilaskan
NIVEA In-Shower Skin Conditioner (Tidak perlu biarkan seketika sebelum di
bilas)
Langkah
4: Keringkan badan, bersiap sedialah untuk ke mana jua.
Setiap
variasi boleh didapati dalam pek kandungan 250ml dengan harga pasaran RM16.90.
Produk ini boleh didapati di semua farmasi utama ataupun pasaraya di seluruh
negara. Tetapi jangan jelous ye sebab aida beli dekat guardian dengan promosi hanya RM11.90. Jimat memang jimat lagi murah.
Perbezaan dengan losyen lama yang hanya dipakai sebelum tidur ialah selalunya selepas disapu kulit akan terasa melekit dan melekat-lekat. Jadi bila nak tidur rasa tak selesa dan panas. Tetapi selepas penggunaan Nivea In-Shower Intensive Skin Conditioner tiap kali mandi, badan terasa lembut, licin dan lebih bermaya. Memang rasa seronok pakai dengan losyen baru ini. Terasa seperti princess gitu. Hehehe.
hai kawan-kawan, bertemu lagi kite dalam rancangan dapur pinky. ewah ewah, dah macam chep wan ler pulak. tapi apepon malam ni memang nak jadi chep wan sikit. dah lame kot tak share resipi dengan korang. rasenye dah banyak resipi dari dapur pinky i nih. ahahahaha...neway, arini nak taip resipi desert minggu lepas yang i try iaitu cheesekut, ape tu cheesekut. cheesekut ialah gabungan antara cheese dan biskut. hahah. okey here we go girlllsss..
CHEESEKUT by PINKY (tajuk album) Bahan-bahan: - 1/2 bungkus deluxe cracker original (tersilap beli vege) - 1/2 susu pekat manis - 250 gram cream cheese (aku beli jenama tatura) - susu dutch lady stobery - nestum, milo dan coklat rice untuk hiasan (takde dalam gambar)
inilah bahan-bahan asasnye untuk membuat cheesekut yang sedap
Cara-cara:
1. putarkan hingga sebati cream cheese dan susu. agak-agak sebati korang stop putar. tapi aku takde mixer pakai tangan pon boleh. haha.
2. di dalam bekas yang lain, celupkan biskut dalam air susu stoberi gitu-gitu aje, jangan rendam sampai lembik pulak, dan kemudian susun dalam bekas atau loyang cantik-cantik.
3. dah cantik selapis dan sebaris korang susun, lapiskan pulak dengan lapisan cheese yang dah dipukul sebati dengan susu tadi.
4. bila dah rata, korang tabur pulak dengan nestum atas die bagi rata.
5. then korang ulang balik dari no 2 sampai 4, sampailah habis biskut dengan cheese korang.
6. last sekali untuk topping sukati koranglah nak letak apa, macam aku bubuh milo yang tak sekata dan warna-warni coklat rice tuh.
7. dah siap simpan dalam peti ais semalam, dan esok boleh hidang untuk suami, boipren, kawan-kawan atau family korang.
aku susun dalam bekas tapaware jek, loyang besar sangat