728 x 90

Tuesday, April 30, 2013

Batuk yang teruk


Salam guys,
Dah berapa hari rasanya aida menyepi kan. Nak kata sebok em sebokla sikit,
Tapi yang lagi seboknye jelah, alahai cik demam dan kak batok datang menyerang.
Demamnya adalah dua tiga hari hanya terdampar di atas katil dengan kepala yang sakit yang hamat hokeh. Redha dengan ujian dariNya. Sakit yang menghapuskan dosa.
Okeylah dapat jugak mc sehari dari klinik Maria. Tenkiu tenkiu. Tak mintak pon tapi die yang baik hati bagi. Maceh. Hik.

Walaupon demam dah baek, tapi kak batok ni degil yang hamatlah pulak. Huhu. Cian tau titew berkong kong pagi petang siang malam. Dahla kite ni suspek semput pasai keturunan ada yang lelah. Waaa, seksa tau uolls. Memang dari dulu lagi paling-paling tak suke dengan batok.
Dulu time sekolah, asal time exam jer demam batok. Asal demam batok jer exam. Boleh korang bayangkan tak, suasana sepi dalam dewan exam, tiba-tiba dengar bunyi kong kong kong yang berterusan selama 5minit dan lepas tuh bila ko pandang semua mata sedang tengok kau. Rase macam nak letak muka bawah meja jer kan. Wooohoo cukup-cukup malu dan seksa oii.
Dahla aida ni jenis kalu batok jer 10minit pastu lengkap dengan pakej nak muntah bagai. Haha. Lagi satu yang jijik lagi kalau batuk berkahak. Memang kalau aida dengar orang pon geli doll. Kalau batok kat rumah rncik am mesti suh pi buang. Yelah, kadang-kadang sesetengah orang sayang nak buang kan. Eeeuuuwww. Disebabkan batok yang tak henti nilah aida el semalam. **alasan**

2minggu bukan tempoh yang kejap wei. Bayangkan nak tahan batok tuh, seksa kau. Bape jenis ubat kot aida telan, ubat batok klinik maria, ubat klinik kesihatan, ubat kaklin bagi dari klinik qistina, tambah demgan ubat yang ada kat peti ais rumah, ubat batok cap kelapa laut aprika. Semua pon ya hadoi tak jalan.

So, aida pon menanya dekat pakcik google macan manalah nak hilangkan batok yang teruk lagi sadis nih pakcik oi,
Berikut merupakan jawapan yang pakcik google bagi.

~ perah beberapa bijik limau kasturi dan campur dengan kicap, sukatilah kicap apa yang ada kat rumah, dahtu hirup hidup-hidup sekaligus. Yang ni pernah emak buatkan untuk aida. Mashammm tapi sedak gak.
~cara lain amik lemon potong-potong buh dalam bekas yang ada madu dan buh sikit halia. Simpan biar sebati dalam peti ais pastu tiap-tiap hari amik satu sudu makan atau bancuh dengan air pon boleh. Madu boleh mencairkan kahak tau.
~amik sebijik bawang putih, cucuk dengan garfu dan bakar atas api dalam 2minit dan tenyeh dengan sedikit minyak masak pastu sapu dekat dada.
~cara aida sapu dada dan tengkuk dengan vicks jer. Huhuhu.
~amik sebijik oren sunkist belah dan makan sambil dicicah dengan garam. Arrrgh nikmatnya masam masin tapi sodap. Cubalah.

Ada lagi cara yang aida google tapi makcik lupo la..hehe, apeapepon korang trylah buat kalau nak hilangkan batok kong kong tuh. Alhamdulilah batok kong kong aida dah beransur baik. Alhamdulilah, terima kasih ya Allah.

Xoxo.




Friday, April 26, 2013

Timbalan Pengarah Kastam Maut Ditembak



PUTRAJAYA: Timbalan Pengarah Kastam, Datuk Saharuddin Ibrahim maut selepas ditembak dari jarak dekat oleh penyerang tidak dikenali ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh mengesahkan insiden itu.
Menurut sumber, maklumat masih tidak jelas tetapi beliau telah dikejarkan oleh pemandunya ke Unit Kecemasan Hospiral Putrajaya sebelum pukul 9 pagi.

Polis kini sedang mengambil keterangan daripada pemandu beliau untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.



Info terkini. Pada 26.4.13 jam lebih kurang 0840hrs, caw. Pusat Kawalan IPD Putrajaya telah terima panggilan Tim. Peng. Kastam II Putrajaya Dato Hj Saharuddin ditembak di lampu isyarat Leboh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya pagi ini oleh penunggang bermotorsikal.

Beliau dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Putrajaya. Rakaman cctv sedang diperiksa oleh pegawai bertugas dan disahkan ocpd putrajaya mangsa telah meninggal dunia. Takziah diucapkan.



Tuesday, April 23, 2013

Pandorable Hoping


Assalamualaikum,

lately nih, asyik terbayang-terbayang jer bracelet pandora tuh.
mane taknya bila tengok si LJ aka liyana jasmay dapat hadiah besday pandora,
lagi-lagila teruja. wink wink.

sebenarnya dah lama tahu pasal pandora.
tapi memang dah begitu kot manusia nama aida nih lambat sikit keterujaannya.
tiba-tiba sekarang pulak nafsu die naik. haha.
kelmarin ade kecek-kecek dekat dengan am pasal pandora.
encik am cakap menatang apa pandora tuh.
haha,,,,,,pandora tu kedai jewelrylah.
titew nak gelang pandora..huhu..
siap google bagai tunjuk kat encik am.
explain sampai berbuih-buih ntah masuk telinga ke tak tak tahula.
tapi tengok dari riak muka macam berminat jer. keke..

siap cakap, takpe beli gelang je dulu.
nanti bulan-bulan ke ade event ke anniversary tambahla satu-satu charm die.
teehee..memula je tuh..
ayat belum dapat, kalau dah dapat nanti tak taula macam mana kan. ahaks.
titew tunggu jela kalau encik am kesian kat titew. keke.

meh layan gambar pandora yang titew berkenan yang dah tunjuk kat encik am.



titew nak yang simple-simple jer yang penting ade kaler pink hokey.

p/s: nak ajak encik am pergi riki-riki dululah kat Alamanda. weehuu.

xoxo.