728 x 90

Saturday, March 9, 2013

KISAH IKTIBAR DI PENJARA SG. BULOH




Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh.

Sebuah kisah benar.

Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana...

Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau tntg seorang banduan yg bernama AMIN....

iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong.

Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Apa yg menarik ialah peribadi si Amin ini.

Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.

Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum.

Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi.

Dia digantung pada subuh pagi jumaat.

Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.

Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal,
solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.

Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung.

Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.

Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti
menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan.

Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat
pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung.

Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.

Subhanallah. ......... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ...

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh dan sentiasa bertaubat.

Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.

Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.

Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”

Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air.

WALLAHU A'LAM,

SHARE KEPADA DUNIA BETAPA ALLAH SANGAT MENYAYANGI HAMBANYA YANG SOLEH!



Friday, March 8, 2013

Selamat hari wanita sedunia




Sejarah Hari Wanita Sedunia

Hari ini, 8 Mac adalah Hari Wanita Sedunia. Tahun ini, PBB menyematkan tema “A Promise is A Promise: Time for action to end violence against women” (Janji Adalah Janji: Waktunya Bertindak Untuk Mengakhiri Kekerasan Terhadap Wanita). Sementara itu, Hari Perempuan Sedunia 2013 menyatakan tema tahun ini adalah “The Gender Agenda: Gaining Momentum”.

Hari Wanita Sedunia bukanlah sesuatu yang datang tiba-tiba. Dirayakan pada 8 Mac setiap tahunnya, peringatan hari ini sudah melintas abad. Idea pertama kali untuk memberikan hari istimewa kepada wanita ini muncul pada awal tahun 1900-an. Kala, industri dunia semakin menggurita, tumbuhnya berbagai ideologi radikal, dan semakin meledaknya penduduk planet ini.

Kegelisahan muncul terutama pada pekerja wanita yang menuntut keadilan sistem industri. Penindasan dan ketidaksetaraan yang diterima pekerja wanita, membulatkan tekad mereka untuk lebih aktif dalam berkempen, menyuarakan perubahan, dan meminta nasib yang lebih baik. Maka, pada 1908, terjadilah demonstrasi, kala sekitar 15000 pekerja wanita di Amerika Serikat berbaris dan menuntut jam kerja yang lebih pendek, upah yang lebih adil, dan hak bersuara.

Seiring dengan perjalanan waktu, pergerakan terus berlangsung. Dari yang awalnya berupa pergerakan yang berkaitan dengan kaum sosialis, melebur menjadi hari penghargaan pada wanita di seluruh dunia. Apalagi kemudian ketika pada tahun 1977 Majelis Umum PBB mengundang negara-negara anggota untuk mengumumkan 8 Mac setiap tahunnya sebagai Hari PBB untuk hak wanita dan perdamaian dunia.

Tahun ini sendiri, Hari Wanita Sedunia mengungkapkan bahawa tema yang diangkat adalah ‘The Gender Agenda: Gaining Momentum’. Memang dari waktu ke waktu, penghargaan hak kepada wanita semakin berkembang. Namun, bukan bererti semangat untuk kesetaraan luntur begitu saja oleh zaman. Langkah tidak akan terhenti begitu saja. Perempuan di seluruh dunia, terutama mereka yang bekerja, harus tetap waspada dan gigih dalam memperjuangkan hak mereka.





Adab & Sunnah di hari Jumaat




Mari bersama-sama kita amalkan adab-adab dan sunnah ini.
Semoga hari jumaat kita penuh barakah. amin.