728 x 90

Monday, May 16, 2011

Hepi teachers day

Salam,

 di sini aida ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua cikgu-cikgu di dunia ini terutama sekali to my sista, Cikgu Hasni. Segala pengorbanan dan penat lelah cikgu selama ini terus dihargai pada setiap 16 Mei dan setiap hari.

Cikgu umpama lilin yang membakar diri untuk menerangi setiap anak muridnya. Betapa besar nya pahala setiap cikgu kerana sedikit ilmu yang diajar kepada anak murid dan masih diamalkan setiap masa, sampai bila2 pahala akan terus berganda.

Tanpa cikgu, tak mungkin akan ada doktor, jurutera, ahli falsafah, politik, dan sebagainya. Bermula dari ABC sampai Z yang telah diajar cikgu, yang sehingga kini membuat kita pandai membaca dan mengeja.

Seorang cikgu yang tak dapat aida lupakan sampai ke hari ini dan masih berhubung ialah Cikgu Hasmimah Hanim Jalil. Beliau mengajar aida dari tahun 4 sampai ke tahun 6. Daripada aida lemah matematik menjadi kepada seorang yang mahir matematik. thanks cikgu, walaupun selalu didenda tetapi itu semua menjadi kenangan dan pengajaran besar buat aida.

cikgu Hasmimah


Terima Kasih Cikgu, I LUV U.

Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus ( meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia". (Riwayat al-Tirmizi)

Wednesday, April 27, 2011

full house 2

Salam,

semalam aida baru je beli tilam queen baru. harga 680. bukan spring tapi memang sedap la tido. Semalam dah rasmi tido atas tilam yang empuk. begitu lena tido sampai xmau bangun dah pegi keje. keke. yela, sebelum ni asik tido atas tilam bujang je sakit badan. 

bile dah ade tilam queen ni kapasiti bilik pon dah bertambah kecik. almaklumla sekarang sedang meng'collect' barangan rumah. aida dah terfikir macam2 nk decorate bilik tido aida. kat bawah ni ada bape2 bilik yang menjadi ilham dan sumber inspirasi aida. haha, sekarang dah tukar profesyen tau. jadi home interior plak. macam eric leong la plak. deco2. serius memang aida gile nak deco bilik sendiri ni. kalu boleh cat dah lama aida cat bilik tu dengan kaler pink. haha..

jom tengok ni, siyes sweet gile. aida suke sangat. Sayang, i mau macam ini. Plis.






Menarik kan. Bagi masa kat aida, bile aida dah siap deco bilik aida nanti aida upload gambar tau. hahahaha..

Monday, April 25, 2011

full house

Salam,

rindunye kat korang semua. sori la, bukan aida dah lupe nk update tapi 2 3 menjak ni bz je memanjang. mane x dgn pru dengan pindah rumah, mesyuarat lagi macam2 la. adoi..keke..macamla bz sgt..haha..2 belum lagi kawen kalu dah kawen xtaula mcm mane gayenye.

arini dah cukup sebulan aida masuk rumah baru ni. rumah kuarters je. tu pon nasib baek abg wan tulun..abg wan tu technician kat opis. Time kasih abg wan. Nanti kite blanje abg wan yer. he.. apepon aida seronok dah ada rumah sendiri. macam xpercaya je. tapi ble fikir2 barulah sedar. umur dah semakin meningkat. kenala ada rumah tangga. kan. blok rumah aida kaler pink tau, walaupon rumah lama tapi keadaan dalam rumah masih elok dan terjaga.

ble dah masuk rumahla macam2 bende nak beli kan. Adoi. Berterbanganla duit di kedai2 barangan rumah. tapi seronok bile melayan membeli barangan rumah ni. pas2 mule la bayangkan macam citer full house 2.
nak design bilik macam barbie. pink. sweet sgt. i like.

rumah idaman ku..