728 x 90

Sunday, May 18, 2014

Sambut belated birthday abang acap dan adik apitt


Assalamualaikum,

last week kami pergi berubat dekat darul Quran di kuala kubu baru. dah alang-alang sampai sane, singgahlah rumah kakak dekat tanjung malim. so, jauh-jauh lagi nih dah call kakak cakap suruh masak nasik sebab encik am nak beli kepsi datang rumah die. ahahaha, ade ke makan kepsi dengan nasi. ini semua encik am punya idea. habis buncit aku dibuatnya. alih-alih kakak kate nak buat besday anak die. oh okey sangatla tuh. saje makan-makan family sebab ade kek. kalau ikutkan nak sambut dengan mak sekali minggu lepas. tapi disebabkan beberapa sebab maka tak sempatla. **mak tunggu alang balik kite sambut sesama yer.


ni muke abang yang baru bangun terus disuruhnya sambut besday. 
bangun-bangun terus suruh duduk depan kek, kemudian kitorang nyanyi lagu 'hepi bestday'
tiup kek dengan muke ketat je, haha, sebabnya dah tak sabar nak bukak hadiah yang alang kasik.


dua-dua bestday boy baru bangun tido. dua-dua muke sememek jer. 
tengok alang dukung apitt dengan seksi sekali. 

HAPPY BELATED BIRTHDAY TO BOTH MY LOVELY BOY
ACAP TURN 3 YEARS OLD
APITT TURN 1 YEARS OLD

dengan ucapan
"semoga menjadi membesar dengan sehat, anak yang soleh dunia dan akhirat, 
alang sayang korang ketat-ketat, amin".


xoxo.


Friday, May 16, 2014

Tips melancong ke Seoul, South Korea


Assalamualaikum,

dah hampir seminggu lebih jugak kot aku dan encik am balik dari korea. penat pon dah hilang, tapi macam cinta ku tertinggal di korea lah. huu. serious, really miss korea so much. trip aku kalini selama 4 hari 3 malam bermula 4 mei hingga 7 mei 2014. aku pon tak terfikir akan datang seoul. memang pernah berangan nak datang sini tapi bila fikir-fikir duit, memang tak kan la. bajet aku ciput jer selalu kalau bab-bab travel nih, kalau boleh dapat murah lagi murah aku nak. ahaha, dasar kedekut kan. ikutkan memula plan nak pergi bandung ataupon bali, pastu dok balah-balah nak pergi singapore pulak, last-last korea yang dipilih encik am. so sebagai isteri yang mithali, ewahh, aku pon on jela. sejak dari itu, kami laki binik mula menyukai channel ke korea ke kite? ahaks. okeylah, bab-bab tempat yang aku pergi sepanjang aku merantau kat sana, aku tulis lain hari ye. ini kali nak bagi tips kat korang.


1. Tukar duit korea
macam aku dengan encik am, kami tukar siap-siap duit kat money exchange kat malaysia je senang. sebabnya yelah kami kan first time pergi sane, risaulah jugak kalau-kalau tak jumpe money changer ke, ataupon lagi mahal ke kat sana kan. so inisiatif tukar siap-siap kat sini. tapi bawak jugak duit malaysia in case kalau terlebih belanje ke urgent ke nak pakai duit kan boleh exchange kat sana je. masa kami tukar duit tu lebih kurang 1000 won korea bersamaan rm3.17. itu bukan harga currency semasa ye. tu harga money changer tu jual. korang kena tengok we sell yek bukan tengok we buy. itu first time kami tukar dekat The Mines. tukar rm1400. then, seminggu sebelum kami terbang kami tukar lagi rm1000 dekat PKNS Bangi. adoyai, dah naik lorr, kami rugi sikit, nilai 1000won bersamaan rm3.24. banyak jugak kami rugi. ceh bajet kot-kot lah turun, rupanya makin naik. waaaa. tapi dari ape yang kami survey, kalau nak murah dan untung tukar dekat money changer dekat Mid Valley atau dekat Jalan Masjid India. tapi kitorang type yang malas nak bersesak, so rugi sikit. 





2. Aktifkan International account
aku aktifkan kad debit/kredit maybank aku untuk kegunaan international. takut jugak kan, pergi berdua je dengan encik am, kalau apa-apa terjadi, lets say kena rompak ke, duit hilang, sakit ke senanglah nak cekau duit. kalau tak nak mintak sape bagi kan. tak kan nak pergi menyanyi kat kaki lima macam mior dengan wak doyok kot. oke. caranya korang boleh call maybank customer service sendiri mintak die aktifkan international banking korang dalam masa bila sampai bila ataupon just simply pergi atm machine pastu pilih menu atm plus dan aktifkan sementara akaun korang. boleh juga pilih aktifkan permenant. korang kena masukkan no ic dan tarikh pergi dan balik. senang je.

3. Charger international 
ahaa, jangan lupe bawak plug kaki 2 ni tau. plug kat sana tak sama dengan malaysia. jadi lebih baik beli siap-siap kat sini senang korang nak cas handset dengan kamera korang tu kan. kat sana banyak plug, even dekat kaki lima pon ado soket plug nih. 




4. Bekalan makanan yang secukupnya
okey, bab makan ni lah yang paling susah sekali. sebabnya memang susah-susah sangat nak cari makanan ataupon restoren halal kat korea nih. ade tapi dengan kawasan seperti itaewon memang banyak tapi agak bergantung jugak dekat mana hotel atau guesthouse anda. jadi kami bawak bekalan siap-siap untuk 4 hari. yang senang dan mudah nak masak dan makan macam mee segera, biskut, minuman 3 in 1, sambal dan serunding, makanan dalam paket atau tin. kalau korang travel lame bolehla kalau nak bawak periuk belanga bagai, tapi kitorang beli nasi segera kat 7e, balik bilik panaskan je dan ngap. 


stok makanan sepanjang kat sane, belum tambah sambal ikan bilis lagik


5. Pakaian sejuk
kitorang travel time musim bunga, tak bermakna tak payah bawak sweater jaket bagai. suhu dalam 10-20*c jugaklah. bawaklah long john, sweater, jaket. mafle, winter coat takyah kot melainkan korang datang time winter. macam aku, memang kulit nipis kan, so sejuk macamtu memang dah menggeletar beb. tak cukup selapis, 3 lapis aku hentam. orang lain takde pakai glove bagai, aku je yang over sejuk siap mafle lagi. mak tak tahan okey! so, sila amik tahu musim ape korang travel yek.


nampak tak yang plastik kuning tuh, namanye pocket warmer, beli kat daiso saje
boleh guna untuk panaskan badan, just koyak label dan tampal dalam poket.
rase suam-suam panas kuku jek.


6. Beli T-money
uhmm..kat sane, sampai-sampai je jangan lupe beli t-money yer kengkawan. bagi yang gamble macam aku laki binik, memang public transport kenderaan kami lah sepanjang kat sana. naik subway ke, teksi ke bas ke, sume boleh pakai t-money. t-money ni lebih kurang macam touch n go la. boleh beli dekat 7e, gs25 atau storymart dengan harga 2500-3000won satu. then topupla ikut kegunaan. jangan risau mesin topup ni bersepah kat sana, topup kat 7e pon boleh. 





7. Ambik peta Seoul
jangan lupe amik peta seoul supaya senang korang bajet nak pergi mana, nak tahu korang ada kat mana, nak tahu stesen mana korang kena amik. boleh amik dekat airport ataupon dekat tempat korang menginap. peta line subway pon penting yang amat, sebab subway tersangat banyak line dan station. harus faham dan tahu nak naik yang mana satu. sila study.

8. Bawak air botol 
tandas kat sana memang tak ada AIR. so kalau korang nak terkincit ke terberry ke silalah bawak sebotol air ke mana saja korang pergi supaya senang nak cuci dan senang nak refill. ingat tu, kalau tak pandai-pandaila korang nak berinstinjak macam diorang. ahaha. 

9. Solat
kat sana awal sejam je dari malaysia. so waktu macam tak lari banyak. kan boleh jamak. korang goggle waktu solat time korang pergi. tempat nak solat agak susah, so pandai-pandaila korang cari tempat yang sesuai nak solat yang penting bersih dan pakaian korang sesuai. macam perempuan tak payah telekung bagai, islam kan mudah, janji pakaian korang cukup tutup aurat. nak lebih info klik sini.

10. Rancang itinerary
kalau korang bijak mesti korang plan korang punye schedule sepanjang kaat sane. jangan sampai korang lost mana nak pergi sudah. penting planning preparation nih supaya smooth je percutian korang. google tempat-tempat yang nak pergi, jalan dan cara nak pergi. macam aku, banyak bace belog-belog diorang yang dah pergi pergi, so amik ilham buat itinerary sendiri. 

11. Booking flight
bagi yang memang kaki travel memang tau jelah time-time promo air asia kan. laju jek diorang. so kalau nak murah, belilah time promo. booking awal kalau nak murah. pilih tarikh yang sesuai senang korang nak apply cuti ek. aku ni pon encik am yang booking kan. iolls ikut sajo. 

12. Booking hotel 
booking siap-siap dari sini hotel ke guesthouse ke rumah tumpangan ke kan dari sini senang, supaya nanti sampai tak terkial-kial kan. kitorang booking through hostelworld.com, just pilih guesthouse yang sesuai untuk backpacker macam kitorang nih. nak tido aje pon. 

13. Passport
last jangan lupe tengok passport korang, dah expired ke belum, kalau dah, sila pergi renew yek. kalau belum buat sila buat ye. rm100 untuk 2 tahun. dan korea tak payah visa ye. 


14. Install application subway kat fon korang
aku instal seoul subway dan seoul map senang tak payah nak bukak map besar-besar alam tuh sampai menggangu orang sebelah kot. 



korang just setkan departure dan destination nanti die akan bagi detail.
tengok senangkan, line berapa ke line berapa 
then estimate time dan kos tambang subway pon ade sekali.



15. Bekalan ubatan
haa, jangan lupe ubat-ubatan jugak yer, senang jimat bawak yang kit pon takpe. tak payah nak beli kat sane kan kot kalau sakit perut ke pening ke kan. jangan lupe lip balm takut nnt bibir kering kan balik mesia pecah-pecah pulak, maklumla kan sejuk.

tengok haa, detail ke tak detail mak jemah nih,
hand sanitizer, eye mo, minyak kapak, vicks, minyak gamat, deep rub, panadol, phiciket, lotion, vaseline...apo yang takdo laie sume lengkap den kasi..haaa beg marykay lagi, berguna gak beg nih..
ni kalau kaksya tengok nih kembang..


aku rase dah berjela kot aku explain kat korang. kalau tak cukup jugak korang google la lagik yek. kalau aku ingat aku tambah lagi. tu pon kalau rajin la kan. rasenye macam err..harap berguna untuk korang. so, kalau de pape boleh tanya, yang boleh aku jawab aku jawab ek. k bai.

xoxo.




Thursday, May 15, 2014

Mak, Selamat hari emak..


Assalamualaikum,

selamat hari ibu especially kepada emak yang tercinta, Hatijah binti Hassan, buat my sister along, angah dan kepada semua ibu-ibu di dunia ini tak kira la title ape pon, mak, mama, mummy monster, ummi, ibu, amma, omma, semuanya tetap ratu di hati kita kan, betol tak?

jasa dan pengorbanan yang emak curahkan pada kami adik-beradik sangat besar dan tiada tanding nilainya. tak terbalas jasa mak kat dunia nih. melahirkan, menyusukan dan membesarkan bagai menatang minyak yang penuh. Alhamdulilah kami membesar dengan sehat dan menjadi orang yang berguna mak. Terima kasih mak, i love you mak.

ohhh, really miss my mom, dah sebulan tak jumpe, hujung bulan nih, alang balik kampung ye mak. promise. hik.



She used to be my enemy and never let me be free

Catching me in places that I knew I shouldn't be

Every other day I crossed the line, I didn't mean to be so bad
I never thought you would become the friend I never had
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes
All that you did was love
Mama, I love you, Mama, my friend
You're my friend
Every little thing you said and did was right for me
I had a lot of time to think about, about the way I used to be
Never had a sense of my responsibility
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes
All that you did was love
Mama, I love you, Mama, my friend
You're my friend, you're my friend
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes
All I can give you is love
Mama, I love you, Mama, my friend
Mama, I love you, Mama, I care
Mama, I love you, Mama, my friend
You're my friend, you're my friend
Ooh, my Mama my love
And love is true and guaranteed


Back then I didn't know why
Mama, I love you, Mama, I care
I didn't want to hear it then but, I'm not ashamed to say it now
Back then I didn't know why
Mama, I love you, Mama, I care
But now I'm sure I know why
Mama, I love you, Mama, I care
Ooh, my Mama my love
In love in you, in love in me




xoxo.