728 x 90

Wednesday, April 9, 2014

MRI - Magnetic Resonance Imaging


Assalamualaikum,


PEMERIKSAAN MRI

1. Apakah itu pemeriksaan MRI?
MRI adalah ‘Magnetic Resonance Imaging’ yang dapat membantu Pakar Radiologi dalam mendiagnosa penyakit. Ia menggunakan medan magnetik, frekuensi radio dan computer untuk menghasilkan imej organ dalaman dan merupakan pemeriksaan yang bebas daripada sinaran radiasi.

2. Apakah prosedur yang berlaku semasa pemeriksaan MRI?
Pesakit diminta menukar pakaian dan meninggalkan kesemua barang kemas dan logam di dalam loker. Anda akan diminta untuk berbaring di atas meja MRI dan tidak dibenarkan bergerak semasa pemeriksaan dijalankan. Semasa pemeriksaan, bunyi bising akandihasilkan oleh mesin MRI. Anda akan dibekalkan ‘headphone’ dan‘earplugs’ untuk mengurangkan ketidakselesaan semasa pemeriksaan.

3. Adakah pemeriksaan MRI selamat dijalankan?
Secara umum, ia adalah selamat bagi semua pesakit dewasa, kanak-kanak termasuk juga ibu yang mengandung.

4. Siapa yang tidak boleh menjalani pemeriksaan MRI?
Pesakit yang menjalani pembedahan implan surgical seperti‘pacemaker’, eye implant’,‘hearing aid’, pesakit yang takut berada dalam ruang yang sempit (‘claustrophobia’) dan sebarang jenis pembedahan yang lain. Pesakit diminta memaklumkan kepada staf semasa janjitemu bagi perancangan yang rapi.

5. Adakah pesakit perlu berpuasa bagi semua pemeriksaan MRI?
Kebanyakan pemeriksaan MRI tidak memerlukan anda berpuasa. berbaring di atas meja MRI dan tidak dibenarkan bergerak semasa‘earplugs’ untuk mengurangkan ketidakselesaan semasa janjitemu bagi perancangan yang rapi.

6. Apakah risiko MRI?
• Implan surgikal seperti logam yang tidak dapat dikesan/ diketahui dalam badan pesakit adalah merbahaya dan mungkin boleh memudaratkan pesakit.
• Pesakit yang mengandung pada trimester pertama (0-3 bulan) tidak digalakkan menjalani pemeriksaan ini.
• Pesakit yang mempunyai ‘pacemaker’ dan implan telinga /mata TIDAK dibenarkan menjalani pemeriksaan MRI.
• Risiko terhadap kehilangan pendengaran. Oleh itu, pesakit tidak dibenarkan menanggalkan ‘headphone’ dan ‘earplugs’ semasa pemeriksaan dijalankan.

7. Berapa lamakah pemeriksaan MRI dijalankan ?

Biasanya pemeriksaan MRI mengambil masa 45 minit tetapi ia bergantung kepada jenis pemeriksaan yang dijalani. Untuk maklumat lanjut sila berurusan dengan pegawai di kawasan pemeriksaan.



Sunday, April 6, 2014

Layan Captain America


Assalamualaikum,

yeah, selasa lepas, i pergi dating dengan encik am kat Alamanda. tahu buat ape? oh, tengok wayangla. dah lame sangat kott tak tengok wayang nih. disebabkan kesian pada encik am yang dah lame tak tengok waynag, so bini die yang baik hati nih hadiahkan 2 tiket wayang untuk encik am dan isterinya, hakss iaitu aku. ye ar kempunan kang nak tengok Captain America, tak pasal-pasal die pergi amerika tinggal aku sensorang kat mesia nih kan. so macam biase cara orang yang malas beratur panjang, yang kalau pergi beratur selalu kecewa sebab dah sold out, sebab time yang nak tuh dah penuh, yang kadang-kadang dah sampai kaunter blurr sesangat nak tengok apa, siap tanya budak kaunter citer ape yang best, ahahaha, so kite hanya beli dekat gsc.com saje.


mari kite selfie dulu sebelom masuk

Sinopsis Film Captain America: The Winter Soldier :


Captain America: The Winter Soldier berkisah tentang kehidupan baru Steve Rogers/Captain America (Chris Evans) setelah insiden di 'The Avengers'. Ia hidup dalam kesendirian dan berusaha menyesuaikan diri dengan dunia modern.
Namun, ketika S.H.I.E.L.D. berada dalam bahaya, Captain America dituntut untuk kembali beraksi. Bekerja sama dengan Natasha Romanoff /Black Widow (Scarlett Johansson), ia terlibat dalam sebuah konspirasi yang membahayakan nyawanya. Terlebih setelah munculnya sosok pembunuh profesional, The Winter Soldier, yang mempunyai hubungan dengan masa lalunya.
Ketika kejahatan mulai terungkap, Captain America dan Black Widow meminta bantuan dari sekutu barunya, Falcon. Namun, mereka harus melawan musuh yang tak terduga dan tangguh bernama The Winter Soldier.


my captain amryka
encik am peminat no.1 marvel ni..
okey lepas nih sila dapatkan d

layan jerrr..zassss


xoxo.



Tuesday, April 1, 2014

Membesar dengan sehat yer


Assalamualaikum,

baru-baru ni, anak buah tercayang nih admit dekat kpj damansara. apalagi balik kerja, lepas maghrib terus pecut sana. mana taknya, ini anak buah paling cayang nih.


apitt kena demam virus, kesian sebab die effect ke mata. 
tak sampai hati tengok tau..



ni muke bile demam dah baek sebab makan ubat
olololo, cayang bucuk alang nih

kakak dengan abang jugak yang paling happy sebab dapat shoppin kat OU.

yang ni pulak gambar bile demam balik, sampai sepet mata dibuatnya.
dan alhamdulilah, adik apitt dah makin baek.
alang doakan apitt sehat selalu, jangan demam-demam dah tau. 
membesar dengan sehat dan kuat tau.
alang sayang semua anak-anak buah alang. 

xoxo