Wednesday, July 24, 2013
Ape persiapan raye korang??
Assalamualaikum,
haha, baru 15 hari puasa dah sebok tanya persiapan rayenye?
posenye cukup ke? terawihnye pergi tak?
ahak, tokono den..
ala bukan hape, kat opis nih dah sayup-sayup dengar lagu raye ntah sape pasang ntahla.
dari tadi tak henti henti malah makin meriah jadinya. haha, layankan aje.
syok gak dengar, tambah-tambah semua muke seposen je kan.
hagak-hagakla korang kan, mentang-mentang bulan pose, keje-keje kat opis pon pose ke?
arini baru rase nak update belog. dari hari ke hari dok nak update citer pasal menu berbukala,
menu bersahurla tapi satu gambar pon tak snap. satgi citer korang tak percaya pulak yang aida yang masak.
haha. takpelah, memang sengaja tak nak bagi korang terliur dan tergoda di bulan pose yang mulia ini.
banyakkan amal yer. sambil tu bolehla tengok dan salin resipi ape nak masak kat laki malam nih. ngee.
nak citer persiapan raye aida. nak kate prepare giler-giler tu takadelah.
ala kadar je mak. kalau citer bab kueh raye dan kerepek raye, banyak yang aida dah order
dari kawan-kawan, tunggu kueh sampai baru nak bayar. nak bawak balik rumah mak dengan mertua lagi. lepastuh, ade beberapa kueh aida dengan encik am nak buat. ala, buat backup kueh-kueh kat rumah, manela tau tibe-tibe ade bebudak kuarters ketuk pintu, adela jugak kueh nak hidangkan kan. *padahal tak pernahnya ada budak datang rumah bujang nih. haha. lagipon sebab dah terbiasa dulu hidup dengan mak, mesti buat macam-macam jenis kueh. jadi amalan tu dah jadi tradisi turun temurun, tapi skill nak buat kueh yang hebat lagi ohsem je tak turun-turun. adoyai.
bab baju raye, aida dah ade sepasang baju kurung moden tapi yang tu belah umah sendiri, baju untuk belah mertua tak ado lagi. macam mane nih. tu pon dah puas pusing jalan tar dan pkns. baju melayu encik am pon belum carik. biasalah kami, beli yang ready mate je senang. payah nak tempah-tempah nih, sebab dah banyak yang aida kurang puas hati. jadi beli siap jugak yang senang. tuh hah kat rumah tuh ade 2 pasang kain cotton yang tak jahit lagi. bile nak tempahnya pon tak tahu. kasut raye, handbag raye, tudung raye minggu nih baru nak carik. minggu nih kena setel semua sebab nak kena bajet duit.
duit raye, hah, yang ni awai-awai dah cop kat tiela, opismate aida yang memang tiap-tiap diela ejen tukar duit baru kami. haha. mak, ayah, mertua, adik-adik, anak buah-buahan, mak oiiii banyaknya nak kena hulur. dah bertambah-tambah anak buah den oi. kiki. adik-adik dah siap wasap dah suh sediakan duit raye, eee tak malunye.
untuk rumah kat sini, rasenye tak ade nak tukar, sebab semua masih baru-baru. lagipon, semua orang putrajaya raye balik kampung la oi. haha, mane orang nak datang raye kan. jadi umah menten jer. tapi totap sediakan balang-balang kueh raye kat atas meja. manelah tahu kan ade tetamu mengejut kan. yang pasti rumah mesti kena kemas dan tersusun cantek.
ape lagik yer persiapan raye korang??
tahun nih, tahun kedua aida beraya dengan encik am, tapi masih berdua.
hope tahun depan beraya bertiga la pulak yer. amin. hehe daaa
xoxo
Monday, July 22, 2013
Amalan di bulan Ramadhan
Assalamualaikum,
Amalan di bulan Ramadhan
1. Keutamaan Sahur
Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu
‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR
Bukhari & Muslim)
2. Segera Berbuka
Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah
sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama
mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)
3. Berdo’a sepanjang
berpuasa dan ketika
berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa
Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang
berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
4. Menjauhi
perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah
sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian
berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang
mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata:
“Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari &
Muslim)
5. Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah
sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat
dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni keTIka ditemui Jibril. Biasanya
Jibril menemuinya pada setiap
malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah
sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati
melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)
6. Menggandakan
amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah
sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap
malam Ramadhan.)
7. Memberi makan
untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa
Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka
ia mendapat pahala seperti
pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak
mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)
9. Mendirikan malam
dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah
sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan
penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR
Bukhari & Muslim)
10. Giat beribadah
pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah
sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam,
dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)
11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah
sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari
& Muslim)
xoxo
Tuesday, July 16, 2013
Pinky Shoppy Update
Assalamualaikum,
harini nak update kat korang my online shop, Pinky Shoppy.
boleh klik sini kalu nak tengok details yer..
banyak produk baru untuk kesihatan dan kecantikan.
InsyaAllah dijamin halal dan mendapat kelulusan KKM.
Kalu takde kelulusan aida pon sendiri tak berani nak syor kan dekat kawan-kawan.
Takut, nak cantik memang nak cantik, tapi biarlah guna produk yang berkualiti dan ada jaminan kan.
ape-ape pon jangan lupa bagi support korang dekat online shop aida yer. tenggsss..
macam-macam ada
Jom dapatkan produk kecantikan dan kesihatan dari Pinky Shoppy..
macam2 ada. pm atau wassap for best price tau. jangan malu-malu jangan segan-segan yer..
• Aurawhite
• Auraslim
• Auraslim gel body shaping
• Maixara c
• Shape plus
• Kopi cuppocino
• Felinna lotion
• Fellina vitamin
• Felinna beauty x-loss(pure teaberry juice)
• Set vitamin e collagen
• Bella formula sinus care
• Bella formula b slim
• Tabita skincare set
• Labisia plus capsule
• Ferwhite fereena
• K-colly
• Bedak arab
• Bedak magic pakharyta
• Bedak tanaka
• Radiglow
• Glutacell
• Mama gorgeous
• Red pomegranate whitening lotion
• Bamboo suit
• Sauna belt
• Waist trimer (bengkung)
• White light teeth
boleh tanya sebelom order..
xoxo
Subscribe to:
Posts (Atom)
