728 x 90

Thursday, July 11, 2013

Pemanggang ajaib la sangatt


Assalamualaikum,

end last months, aida pergi training dekat Langkawi. mase mula-mula tahu kena pergi sana,
memang dalam kepala dah terbayang pemanggang ajaib. bukan sebab kat sini takde, tapi
pasai kat sana murah. haa, free zon la katekan. lagi satu dah melayang-layang segala mak nenek
coklat. tapi sebenarnye niat aida lebih nak beli periuk ajaib. periuk ni dalam sikit dari pemanggang tuh,
tengok rancangan kat tv yang hos die zaibo tuh, macam best jer siap boleh buat kek lagi.

hari kedua kat sana baru dapat pergi jalan. jadi target utama nak capai pemanggang ajaib dulu.
coklat kemudian. drebar pulak bawak pergi idaman suri. haaaa, apelagi, sorong bakullah.

ni gambar pemanggang yang ada kat idaman suri. murah giler kan. ada lagi satu yang small size harga die rm37.90.




dua-dua aida grab, satu for me satu lagi for Melor. my bestie awai-awai dah pesan. tapi kan, kat idaman suri nih, cuma ada warna hitam jer. merah takdak. wuuu. kalu dekat haji ismail group warna merah, cuma ada satu pilihan dan harga rm55. gambar lupe nak snap.

okehh, meh tengok apa yang dah jadi kat pemanggang ajaib tuh.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
taraa
sila terbalikkan tengkuk anda


dah siap grill ayam dan daging pown..


xoxo.



Fadilat Malam-malam Terawih


Assalamualaikum,

semalam aida just kongsi malam pertama dan kedua kan, 
arini aida selonggok kan semua sekali, senang, bereh.
hajatnye nak update hari-hari, cume takut tak terupdate je kang. haha.

Fadilat Malam-malam Terawih 

Malam 1:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3:
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.
Malam 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.
Malam 10:
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.
Malam 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15:
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.
Malam 16:
Allahsubhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18:
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19:
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam 23:
Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27:
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30:
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar”.”


xoxo



Wednesday, July 10, 2013

Fadilat Terawih Malam Pertama dan Kedua


Assalamualaikum,
nak kongsikan fadilat malam-malam terawih,

Malam Pertama
- diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Malam Kedua
- diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Terawih, serta dosa-dosa kedua ibu bapanya.

okey, cukup dulu, esok kite sambung..


xoxo.