728 x 90

Sunday, May 5, 2013

Jom kita mengundi PRU-13


Salam,

hye readers, harini 5 Mei 2013, hari yang amat besar buat semua rakyat Malaysia.
Pilihan Raya Umum yang ke-13. Malaysia Memilih.


calit dakwat kekal sikit..
pinjam tangan kawan aida hahaha..

Selamat mengundi kepada semua rakyat Malaysia, juga
kepada mak ayah yang semangat beratur. 
kalau tak disebabkan bertugas mesti dapat sama-sama beratur dengan mak ayah kat kampung.
Alhamdulilah, aida dah pon mengundi secara pos khamis lalu. 
undi pos tadelah calit-calit bukan undi awal yer.

Selamat bertugas juga buat kawan-kawan seperjuangan. Buat betul-betul.
buktikan yang kita memang bersih lagi bersih.

Masih sempat untuk turun mengundi yer kawan-kawan.
laksanakan tanggungjawab anda. 
kita penentu masa depan negara.


p/s: sempat lagi update belog dikala bertugas. wink wink.


xoxo.



Friday, May 3, 2013

Lagi 2 hari


Salam,

harini dah 3 Mei, maknanya lagi 2 hari jek lagi nak pilihan raya.
waaa, macam-macam perasaan pon ado.
walaupon aida dah mengundi pos,
tapi nasib negara belum tahu lagi kan.
aida undi apa? haaa, undi anda adalah rahsia tau.
yang tahu lepas abis jer pru nih,
nak balik kampung wei.
dah lama tak jumpa mak ayah ku, rinduuuu.

okey, jangan lupa turun pergi mengundi yer!
anda penentu masa depan negara.


p/s: entry ini takde kene mengene dengan unsur-unsur politik yer. kiki.





Thursday, May 2, 2013

Dakwat kekal: Kesilapan mungkin punca petugas SPR tidak goncang botol



Dakwat kekal: Kesilapan mungkin punca petugas SPR tidak goncang botol


(Dari kiri) Koperal Jurina Jamaludin, Lans Koperal Poomawvathi, Koperal Helne Ondui antara yang mengundi awal semalam. - Sekadar gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Dakwaan dakwat kekal yang dicalit pada jari seorang pengundi awal mudah hilang dengan membasuh jarinya mungkin disebabkan kegagalan sebahagian petugas Suruhanjaya Pilihan Raya mematuhi cara penggunaan dakwat itu.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata ekoran dakwaan itu, SPR membuat beberapa ujian semalam dan hasilnya jari mereka yang telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang lebih kekal dakwat itu di jari mereka dibandingkan dengan botol yang tidak digoncang.
"Walau apa pun kesan dakwat kekal itu, SPR ingin menegaskan bahawa setiap pengundi awal yang telah selesai mengundi pada 30 April 2013 tidak boleh mengundi sekali lagi pada hari pengundian biasa kerana nama mereka tidak wujud dalam daftar pemilih pilihan raya bagi pengundi biasa yang akan mengundi pada 5 Mei 2013," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tengah malam tadi.

Oleh itu, SPR akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada 5 Mei 2013 selaras dengan kehendak undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Beliau berkata SPR telah menerima maklumat berlaku penyebaran gambar melalui laman sosial mengenai pendedahan oleh seorang pengundi awal bahawa dakwat kekal yang dicalit pada jarinya mudah hilang dengan membasuh jarinya.

Kamaruddin berkata SPR juga menerima maklumat bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pemimpin parti politik berkaitan perkara itu. Ujian yang dilakukan oleh SPR semalam adalah terhadap pegawai-pegawai SPR yang telah mengundi secara pos dengan sebahagian daripada mereka dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya tidak digoncang dan sebahagian yang lain pula dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang.
Ujian ini dibuat berdasarkan kepada cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal, katanya.

Beliau berkata SPR ingin memaklumkan bahawa SPR membuat beberapa kali ujian terhadap dakwat kekal itu sebelum ia dibekalkan untuk digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
"Terbukti daripada ujian-ujian itu, dakwat itu kekal bagi tempoh lima hingga tujuh hari," katanya.
SPR akan mengadakan demonstasi kepada wakil media esok untuk menunjukkan perkara itu.


Sumber : Sinar Harian