728 x 90

Wednesday, April 3, 2013

Finally, Parlimen officially BUBAR



Parlimen bubar hari ini


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak diiringi timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Beliau mengumumkan pembubaran itu menerusi siaran langsung khas semua stesen televisyen di seluruh negara. - Foto TV3

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). 

Beliau mengumumkan pembubaran itu menerusi siaran langsung khas semua stesen televisyen di seluruh negara. 
Sebelum itu, Najib menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah jam 8.25 pagi dan meninggalkan istana kira-kira 45 minit kemudian. 


Perdana Menteri kemudian mempengerusikan mesyuarat Kabinet terakhir di Jabatan Perdana Menteri, di Putrajaya, jam 9.30 pagi.

Hadir sama ketika pengumuman itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kabinet.

Dalam pengumumannya, Najib berkata, beliau sudah menghadap awal pagi tadi dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi pembubaran Parlimen ke-12.

Perdana Menteri juga mengumumkan semua kerajaan negeri dinasihatkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing; kecuali Sarawak berkuat kuasa pada tarikh sama, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak. 

Sementara itu, empat negeri di bawah pentadbiran pembangkang iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor sepakat membubarkan DUN masing-masing serentak dengan Parlimen.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) difahamkan akan mengeluarkan kenyataan media hari ini dan dijangka bermesyuarat beberapa hari lagi bagi menetapkan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian.

Setakat ini, hanya DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac 2013 apabila tempoh mandat lima tahunnya berakhir tengah malam sebelumnya, sekali gus mencatat sejarah pembubaran DUN pertama secara automatik di Negara ini.

Pembubaran itu berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah Fasal 5(3) yang menyatakan Dewan Negeri berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama dan kemudiannya dibubarkan kecuali dibubarkan terlebih dahulu.


Sumber : Berita Harian



Tuesday, April 2, 2013

Parlimen bubar esok?



Parlimen bubar seawal esok

Parlimen bubar seawal esok

Perdana Menteri dijangka buat pengumuman selepas mesyuarat terakhir kabinet

Kuala Lumpur: Parlimen dijangka dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan. 
Ini berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian lounge suit berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar. 

"jika Parlimen dibubar esok, SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat  mungkin untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi” Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR

Mengikut amalan sebelum ini, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri dan timbalannya pada mesyuarat terakhir Kabinet sebelum pengumuman pembubaran Parlimen selepas mesyuarat.

Difahamkan sesi bergambar diadakan sebelum mesyuarat Kabinet esok dan Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media bagi mengumumkan pembubaran Parlimen selepas itu. 

Mengikut kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen.

Beberapa Menteri yang dihubungi mengesahkan menerima surat itu dan tidak menolak kemungkinan Najib mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet esok seperti kelaziman sebelum ini. 
Tempoh 60 hari adakan PRU-13

“Saya sudah menerima surat dan mungkin ini adalah mesyuarat Kabinet terakhir penggal ini kerana mengikut tradisi Perdana Menteri sebelum ini, Parlimen dibubarkan selepas itu,” kata seorang Menteri kepada BH semalam.

Jika Parlimen dibubarkan esok, ia genap empat tahun Najib menerajui negara selepas dilantik menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009. 

Tempoh satu penggal atau lima tahun Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) akan berakhir pada 30 April ini dan Parlimen akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu.

Selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari sehingga selewat-lewatnya bulan Jun untuk mengadakan PRU-13 bagi membentuk kerajaan baru.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menjadi negeri pertama terbubar secara automatik pada Khamis lalu dan kini ditadbir kerajaan sementara yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sementara itu Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata jika Parlimen dibubarkan esok SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan beberapa perkara dasar seperti daftar pemilih, watikah kepada pegawai SPR, tarikh penamaan calon tarikh mengundi.


Sumber : Berita Harian


Monday, April 1, 2013

Bermanja di Thebroma Chocolate Lounge, The Curve


Salam,

macam biasa kalau hari minggu tak jalan memang tak sah laki bini dua orang nih.
bosan kot duduk rumah. yolah, rumah takde baby lagi memang macamtuh.
so jomla kite jenjalan menghabiskan jaman-jaman bujang berdua. nanti dah tak sempat kot
nak bermanja-manja kan. betul, kalau dah ada anak, tak dan nak manja-manja dah uweek uweek kan.
haha, ye kan aje. belum ado rejeki macam itulah. *pray for aida ye kengkawan.

so, sunday yang bosan, duduk rumah rilek-rilek kemas apa yang patot, makan apa yang patot,
pastu abis tengok ulangan fear factor barulah terkedek-kedek pegi mandi siap-siap nak gi jalan.
dari sabtu lagi dah tergedik nak pegi mid valley. cari ape ntah aida nih. dok ingat nak cari kedai baju siam
yang murah depan carefour tuh. hak. tapi sayang, tak hado. pastu, terus ajak encik am balik.
encik am cakap, "penat kaki tekan klac cari parking tadi pon tak habis lagi", haha terukkan bini encik am nih.
okeylah okeylah, kite tengok cd dulu di speedy. belek punya belek dekat setengah jam, dapatlah dua bijik dvd, gangster celop dan dvd korea. okey, cukup untuk bulan nih.

pastu jalan-jalan lagi dah tade tujuan, terus ajak encik baliklah. lagipon memang ramai giler orang.
naik ponin den. so, dah kuar pulak tak tau nak pegi mana. hmm, dok terfikir-fikir sambil tangan sibuk
scroll-scroll instagram. tengok-tengok one of my friend, jajalee, post sesuatu yang sangat shedap yang
memang dah lama aida teringin dan nak dan pernah cakap dengan encik am. hah, terus tunjuk dekat
encik am "nak nih, nak buah cicah coklat". hehe. main order je ko kan. encik am suh google kat mana. google punya google, lounge die cuma ada dekat pavi, one utama dan the curve. aloss, sume jauh-jauh kot.

masa tuh dekat bangsar, so kesian la pulak dekat encik am sebab macam jauh. pastu google lagi memang
takde yang dekat dah. takpela, tanak susahkan encik am. tapi encik am sibuk jugak cari jalan entah tak tahu nak pergi mana. aida pon ikut saje. aida tak berapa tahu jalan kl nih, sikit-sikit bolehlah, kalau takat taman permata tuh memang terorlah. ngee. pastu tengok encik am laju je damansara. uiks, betul ke encik am nak pergi nih. macam tak caya jer. last-last kete masuk jugak ke the curve. yeayyyy. cayam encik am cangat-cangat. :)

first  time nih pergi, memang tak pernah tahu kat mana. men redah sajo. last sekali jumpo jugak. yeayy lagi.
Thebroma Chocolate Lounge.

sweet jer kedai die dan kami pilih duduk diluar di bawah kanopi berdepan dengan street market,
street market tuh ala-ala yang jual baju-baju siam tuh.

amik gambaq seketoi,
muka belemoih yang amat, muka yang seronok sebab dapat sampai sini jugak

encik am macam biasa sibuk jak dengan game die
kat mana saja bila-bila masa memang gamers betoi

pesan air dulu, fresh orange and ice lemon tea
banyak lagi air yang sedap, terutama chocolate
tapi sebab nak makan stoberi cicah coklat lagi jadi amik air yang tak bercoklat sajo.


chocolate affair
ha inilah dia buah cicah coklat nih, 
menu untuk dua orang ade stoberi, kiwi, orange dan pisang.
ohh pisang tak nampak, maybe malu kot. 
ini encik am yang tangkap yer..

gambar dari atas haaa baru nampak pisang kan
harga bagi set chocolate afair untuk 2 orang nih = rm29.90


sampai licin tuh, memang shedaap. 


Encik am cakap biasa jer, dah lenkali kalau nak makan kita buat kat rumah jer. potong buah honey dew ke
apple ke celop dengan coklat masakan pon sodap. siap boleh panggil kengkawan lagi datang rumah makan.
ngee. okeylah, saje nak merasa. kuikuikui. terima kasih suamiku sebab selalu menggembirakan hati ini.
apa saja yang aida inginkan, dia cuba tunaikan. terima kasih suamiku dunia akhirat. amin.


xoxo.