728 x 90

Friday, March 15, 2013

Tesco Anniversarry Contest


Salam,
kawan-kawan, kepada pemegang clubcard tesco, 
sempena ulang tahun tesco yang ke-11, tesco ade buat contest. 
44x ipad mini untuk dimenangi. 
wow
memang cool giler hadiah die, so apelagi jomla kite join.

Macam mana nak join?: 

  • Berbelanja di tesco sebanyak rm80 dan lebih.


  • Peserta perlu melengkapkan satu kali pendaftaran melalui Fan Page Facebook Tesco Malaysia (www.facebook.com/tescomy) ATAU;
  • Hantar SMS ke 63660 dengan isi-isi berikut; 
          TESCOANN1111 nombor Clubcard terakhirNo. Kad Pengenalan Baru
          - Contoh: TESCO ANN11 01234567890 820123084321



Pemenang akan dicabut secara E-cabutan dan akan dipilih setiap minggu. 
- Senarai pemenang setiap minggu berikut;

MINGGUPEMENANG SEMINGGUTEMPOH
Minggu 111 pemenang6th March - 13th March 2013
Minggu 211 pemenang14th March - 20th March 2013
Minggu 311 pemenang21st March - 27th March 2013
Minggu 411 pemenang28th March - 3rd April 2013

Peraduan ini bermula dari 6 Mac hingga 3 Apr 2013 (Termasuk kedua-dua tarikh tersebut). Penggunaan / leretan kad sebelum atau selepas tarikh tersebut adalah tidak layak untuk menyertai peraduan ini.




Apalagi jom kita beramai-ramai join dan menang ipad. yeah.

xoxo.

Bisnes Kacang Putih Ku



Salam,

Beberapa menjak ni aida semakin giat dan rancak berbisnes kan.
Asalnya sekadar suke-suke nak cari duit lebih jer, yelah aida kan jenis
yang suke shopping, berbelanja, beli itulah beli inilah, tiap-tiap minggu mesti
ada saje bende yang aida nak dan nak beli. Dari baju, tudung, barang dapur, barang rumah, perhiasan, makanan dan macam-macam. Tapi yang ni bukan keperluan tau.
Sebab semua barang keperluan encik am dah sediakan. Ape saje bende yang aida
nakkan adalah kehendak. Encik am marah kalau aida suke beli merapu-rapu nih. Die pula dah pesan supaya berjimat, saving untuk masa depan untuk anak-anak. Uiks, anak-anak? Yelah, manelah tahu kan, kalau ade rezeki, tup tup esok luse aida dah mengandung ke kan. Amin. Mesti nak guna banyak duit kan. Mane lagi untuk checkup, keperluan maternity, baby, banyak tuh duit nak guna untuk semua tuh. sebab tuh encik am suh saving dari sekarang. Kalau bende tak penting tak payahlah beli tak payah nak boros sangat. Sekurang-kurangnya dapat membantu suami. Nampak sangat aida seorang yang boros kan. kan. boros tu amalan syaitan. Jangan amalkan yer. Aida pon belajar untuk tidak boros berbelanja.

Tapi disebabkan dah seronok nak pegang duit banyak, aida pon nak try macam-macam bisnes. Kan aida dah mula dengan bisnes tupperware aida tuh. Bisnes tuh masih berjalan mengikut kehendak pelanggan. Bila ada permintaan, baru aida akan dapatkan barang. kire bisnes aida tak rugi lah. Jangan lupa singgah Pinky Tupperware dan dapatkan tupperware dengan harga yang berpatutan. InsyaAllah. Keke, sempat lagi promot belog tupperware aida. Jenguk-jenguk kalau ada yang berkenan.

Sekarang nih, aida dah jadi dealer untuk beberapa jenis produk kesihatan dan kecantikan.
Nama kedai online aida yang lagi satu ialah Pinky Shoppy. Hehehe somel tak? Macam tuan die kan. Boleh lawat sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk apa yang aida jual yer kawan-kawan. Boleh pm/msg/wassap/email kalau nak beli mana-mana produk. Kalau sekadar nak tanya saja pon boleh, jangan malu-malu. Malu bertanya sesat jalan tau. Hik3. setakat nih Alhamdulilah, ramai juga yang beli dengan aida.

Dan yang terbaru, bisnes kacang putih aida. haha, dan macam mamak pulak jual kacang putih kan. Idea jual kacang putih ni timbul bila kedai runcit kat opis aida dah kehabisan stok makanan. Tambah pulak stok yang ada cuma makanan jajan budak-budak. Cekedis, apolo, mamee, bosanla pulak kan. Teringat ayat sorang cc nih, ”makanan orang tua takde ke?” haha, makanan orang tua tu macam mana? Pastu terdetik nak jual kerepek dan kacang putih. Yelah, aida kan orang ipoh, ipoh pulak terkenal dengan industri kacang putihnye, jadi aida balik kampung terus pergi buntong beli kacang putih. Buat permulaan, aida beli beberapa jenis kerepek jer macam biskut bantal, maruku, kerepek pisang dan ubi. Beli dalam kuantiti sikit dalam sekilo, dan balik rumah aida packing-packing dalam plastik kecil pastu jual dengan harga sekitar rm1 hingga rm2. Alhamduliah, ini baru percubaan pertama dan aida nampak hasil dan komen dari pembeli. InsyaAllah akan diperbaiki mana yang kurang dan akan menambahkan lagi produk jualan.



Seronok jugakkan berbisnes nih. Cuma bisnes aida takdelah hebat sangat. Sekadar suke-suke sajo. Kawan aida siap panggil aida multi bussineswoman dah. Hahaha. Amin. Mudah-mudahan masin mulut mereka. Teringat pulak cita-cita masa dulu-dulu nak bukak restoren. He, ni kalau aida tak keje gomen, rasa-rasanya dah jadi tokey restoren kot.


Xoxo.



  

Thursday, March 14, 2013

Roti nan & tandoori


Salam,

kalau minggu bekerja ni memang jarang-jaranglah akan masak dirumah.
melainkan kalau balik awal, mood memasak ada dan bahan-bahan tersedia.
memang akan rajin sesangat. encik am cakap jer nak makan apa, boleh saja.

tapi, memandangkan sekarang nih tengah on going diet, so kalau boleh malam memang
tak mau makan nasik. yelah, nasik kan karbohidrat. bila dah makan pastu kenyang
pastu mengantok terus tido. alamatnya semua karbohidrat tu bertukar jadi lemaklah.
dahla memang berlemak, bertambah-tambah lemaklah. tapi, kalau nak makan jugak nasik
kena makan sebelum pukol7. sebab lepas tuh mesti solat dan buat keje sikit, sempatlah
nasik tuh bertukar jadi tenaga tak sempat jadi lemak. erk. dahla, semakin meningkat umur nih
semakin rendah tahap metabolisma badan. dan sebab tulah, kena amik macam-macam supplement
untuk kesihatan badan nih.

dan, semalam, aida bercadang nak masak untuk encik am.
ingat nak balik awal nak singgah kedai la beli barang sikit, alih-alih
hujan, lebat pulak tuh. terus tak jadi nak singgah beli dan nak masak. hmmmm
takpelah, ajak encik am makan luarlah.

encik am pulak jenis tak kesah. die ingat nak masak nasik goreng jer.
tapi aida tak mau nasik malam-malam. die ofer diri nak buat bihun sup.
aida cakap, lunch tadi kat opis dah makan bihun sup, takkan bihun lagi kan.
hehehe, terus ajak encik am makan luar, makan mamak nak?
encik am is oke jer.

lepas solat maghrib terus siap gi mamak Darussalam. nasiblah mamak tuh dekat jer dengan rumah.
tak sampai 5minit dah sampai. rasanya mamak tuh pon dah kenal muka kitorang nih.
dan menjadi kebiasaan, menu yang sama. aida order roti naan, encik am mesti tandoori.
dan semalam encik am makan nasi dengan tandoori. tapi yang paling buat kitorang suka gi makan sini  sebab tandoori mamak ni memang sedap. kalau tak percaya bolehla pergi cube. hik. xoxo.


roti naan dan tandoori
gambar sekadar hiasan