728 x 90

Wednesday, March 13, 2013

Cerita kucing dan ikan bilis


Salam noks-noks semua,

macam biasa tiap-tiap hari balik lambat lagi sebab kena siapkan cek data-data.
so, semalam balik dekat 8.30 jugakla, sampai rumah dah dekat pukol 9.
dah tentu-tentulah letih kan. tapi tape, tetap menten cute *dimata encik am jelah..

pastu bila nak masuk rumah terperasan ade segenggam ikan bilis dekat depan pintu rumah.
uiikks, sape punye keje nih?
tanya encik am dia jawab "tadi bagi makan kucing". hah.
"dah tu kenapa tak makan pon?"
"sebab ikan bilis tuh dah busuk"
"ooooo".
perbualan terhenti disitu, masuk bilik pergi mandi.

then, bila dah habis dinner, aida pon kemaslah dapur,
susun pinggan mangkuk yang dah basuh kat kabinet.
pastu teringat pasal ikan bilis tuh.

tanya-tanya encik am, rupanya dia yang bawak kucing tuh dari bawah sebab nak bagi makan.
bawak naik lift. haha, sabar jelah dengan encik am nih.
*dalam hati mungkin encik am rindu dekat miyu, angelo dan ichigo kottt
dah tu kenapa bagi ikan bilis?
die cari makanan kucing dah tade dalam rumah, so die bagilah ikan bilis.
tapi ikan bilis tu busuk.

what? busuk? busuk? busuk?
setahu aida baru je beli ikan bilis setengah kilo dengan kakyus, takkan dah busuk kot.
pergi cek rupa-rupanya encik am bagi ikan bilis yang beli dekat pasar malam yang dah keras
yang kami sendiri pon tak lalu nak makan. hah, tapi kenapa busuk plak?

bukak je botol ikan bilis tuh, terus satu aroma ke wap ke hape ntah menusuk ke hidung.
macam gas tuh. hah, cepat-cepat basuh hidung. buang terus dalam tong. rugi je beli.
patotlah kucing tuh tak nak makan. kesian dia.

last-last tanya, die cakap kucing tuh die biar je main kat situ,
pastu dengar kucing tuh meow-meow depan rumah,
rupanya mintak hantar balik ke bawah. he, encik am pon hantarlah balik ke habitat die.

haha, macam sweet jer. okbai.

xoxo.




Tuesday, March 12, 2013

Mini Reunion yang kebetulan


Salam,

ahad lepas, adalah betul-betul kebetulan yang tak dirancang kami.
yelah, perjumpaan kawan-kawan poli yang sangat happening lagi havoc. pheww
pagi ahad, aida dapat call dari opis, ade keje yang perlu disetelkan, dan
sememangnya aida tengah stand by kat umah.
dok bajet tak kena la panggil sebab dah plan dengan encik am nak pegi jalan-jalan.
teringat pulak, housemate lama, wanny jysmi, invite makan-makan kat rumah die.
so, bila dah kena pegi opis, terpaksala cancel pegi umah wani. huhu.

then, bila sampai opis pulak, checking keje salah state pulok doh,
jadi terpaksa hantar balik data ke state untuk pembetulan.
sudahnya, datang pastu balik saja.
encik am pulak lepas drop aida kat opis terus heading wangsa maju.
dan elok die sampai sana, aida dah call die suh fetch balik pulak. haha.
kesian kat encik am, aida roger kawan, dan bolehla pegi rumah wanny. haha.

then melor adilah and husband datang pick up aida kat opis terus ke rumah wani.
dapatlah makan-makan kat rumah wani.
makan spagethi, sate dan cocktail. alhamdulilah. nikmat. mekasih wanny.
nanti buat lagi yerk. harap-harap wanny bace. hehe.

pastu, kawan poli kitorang pulak, wani jugak namanya datang shah alam,
nak buat kad kawen kat tempat kitorang buat dulu, ceria kad kahwin.
dah alang-alang ajak jumpe, sekali dengan diha dan mat rapi.
aida nak pegi tapi encik am kat wangsa maju, jadi tak syokla kalu encik am tade.
mengada kan. nak jugak copule-couple, satgi kang macam kera sumbang pulak.
sanggup call encik am suh balik cepat semata-mata nak pergi shah alam.
kesian encik am, baru nak lepaskan rindu dekat kawan-kawan,
terpaksa abaikan pojek-pojek die. mekasih juge.

tunggu encik am sampai, terus gerak pegi shah alam.
dah on the way teringat pulak dekat ana an yang tinggal kat shah alam terus roger kasi mari.
hehe, bertambah-tambah pulak ahli. waaaaaaaah, seronok hatiku teruja.

diha dah set nak jumpe kat abg burn beger bako.
so berpusu-pusu sesak-sasak lah kat situ dengan ramai sekali.
mana taknya, wani dengan tunang dio beserta bodyguard 3 orang,
melor adilah dan suami, diha dan mat rapi, ana an dan an (suaminya)
dan termasuklah aida dan encik am..hehe..total semua bape ek...haa 13 orang kot.

penuh meja makan beger bako, aida makan share-share dengan ana pasai kenyang lagi.
encik am makan sorang sebab dok jauh-jauh. sayangnya tak amik gambar masa makan.
yelah, iphone aida habis bateri la pulok. tula, ingat nak beli powerbank, senang sikit nak cas
di mana-mana sajo kan.

tercetuslah mini reunion kitorang yang tak dirancang dan tak disangka itu.
even tak ramai tapi seronok dapat jumpa kawan-kawan lama kan.
seronok pulok sebab husband memasing sporting and cool jer, bleh masuk.

waaa, nak lagi reunion macam nih.

selit satu gambar dari phone mat rapi..tak berapa clear
dan mata aida seperti cat eye yang bersinar haha
lain-lain gambar dalam tepon mat yajid la pulak..
akan diupdate bila dah dapat nanti yer..


xoxo.




Monday, March 11, 2013

Pengumuman : Gaji Kakitangan Awam Naik



PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.

Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Najib berkata, kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) - yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu.

Antaranya:
  • Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;
  • 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;
  • Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;
  • Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;
  • Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;
  • Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;
  • Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;
  • Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca";
  • Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;