728 x 90

Tuesday, March 5, 2013

Love is getting fat togehther


Assalamualaikum,

Love is getting fat together..
betoi ke encik am? 
hehe..kalau ade yang prihatin dan perasan tuh agaknyelah,
tapi yang penting kami bahagia. 
hehe..love till jannah..amin





Monday, March 4, 2013

Kisah Syafie Naswip



KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT DI FFM 20





Malam 4 Ogos lalu, di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, pelakon filem Mukhsin, Mohd. Syafie Naswip diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik pada acara gemilang Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM20). Sejurus itu, seorang kanak-kanak berusia 15 tahun melangkah yakin ke pentas penerima trofinya. Dewan bergema dengan tepukan gemuruh penonton. Turut menyaksikannya, jutaan penonton Astro yang membuat siaran langsungnya.

Namun malam itu, nun di sudut hati Syafie, tercalit rasa hiba kerana kejayaan itu tidak dapat dikongsi bersama ibu yang dikasihi.
"Rumah saya tak ada Astro. Saya dah telefon mak, nak beritahu, tapi tak dapat," adunya tatkala Kak Tim bertanyakan, apa kata ibunya tentang kemenangannya.
Memang sejak dari awal, kanak-kanak ini menarik perhatian Kak Tim. Walaupun Finas menyediakan bas untuk membawa delegasi festival itu ke Pulau Pinang, tapi pelakon kanak-kanak lain, datang bersama anggota keluarga masing-masing. Cuma Syafie yang Kak Tim perhatikan, bersendirian.
"Saya nak juga bawa emak. Tapi dia orang kata kena bayar," jelas Syafie selamba.

"Bapa kerja apa?" Tanya Kak Tim.
"Pemotong rumput. Kadang-kadang cat rumah orang juga," tulus dan bersahaja dia menjawab.
"Tak sekolah?" Tanya Kak Tim lagi.
"Sekolah di Gombak. Tahun ini ambil PMR. Sebab itu hampir saja saya tidak dapat ikut festival ni. Cikgu tak beri. Dia kata asyik shooting saja. Dia bimbang, nanti saya tak dapat fokus PMR.
"Tapi saya merayu. Keluarga saya orang susah dan saya anak tunggal. Shooting pun dapat duit. Hari tu, saya berlakon empat drama, dapat duit. Boleh juga bantu keluarga," kata Syafie.
"Berlakon filem Mukhsin dulu tu, saya dapat RM10,000. Saya bagi emak RM500 dan ayah RM500.
Selebihnya saya simpan. Saya nak jadi jurukamera filem. Nanti kalau nak ambil kursus tu tentu
kena pakai banyak duit. Nasiblah akhirnya cikgu izinkan saya ke festival."
Begitu cerita Syafie panjang lebar, lalu tersenyum menyerlahkan lesung pipit di pipi kiri dan kanannya.

Dan pada pagi delegasi berkumpul di Finas untuk berangkat ke Pulau Pinang, Syafie merupakan orang pertama sampai di Finas. "Saya tak tahu pukul berapa bas nak bertolak. Orang kata pagi. Jadi saya tunggu ajalah. Nasib Finas sediakan nasi lemak."
Rupanya ada yang cerita pada Kak Tim, semasa rombongan berhenti makan tengahari di Tapah, Perak, Syafie tidak turut serta.
"Dia tertinggal duit," bisik sumber.
Kasihan. Tapi kanak-kanak itu ada harga diri. Dia tidak kelihatan sewaktu orang sibuk menjamu selera di kawasan Rawat dan Rehat Tapah itu. Entah di mana dia menyembunyikan diri.
"Tak apa. Saya dah biasa macam tu," kata Syafie selamba disaat Kak Tim tanyakan kenapa tak beritahu masalahnya.
"Tapi sekarang saya dah ada duit. Nek Mah (Ruminah Sidek) bagi. Masa sampai di lobby hotel, tiba-tiba
Nek Mah bagi saya RM50." Sekali lagi kanak-kanak ini menyerlahkan lesung pipitnya.
Dan sewaktu perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. ketika bas singgah di Hentian Sungai Perak, Kak Tim tengok Syafie membeli sebiji limau bali.
"Duit yang Nek Mah bagi, masih ada baki. Limau ni saya beli untuk mak. Buah tangan," katanya
tersenyum.
Sampai di Finas, Syafie dijemput ayahnya. Dia bukan saja membawa pulang trofi dan buah limau untuk ibunya. Tapi wang hadiah kemenangannya sebanyak RM10,000.
Itulah Mohd. Syafie Naswip, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik FFM20 yang cuba mencari pengalaman
sebagai pelakon untuk menjadi jurukamera filem bagi merubah kehidupan keluarganya.


p/s: tak sangka kan, kita ingatkan semua pelakon ni anak orang senang. bila tahu macam ni, rasa bersyukur sangat-sangat dengan diri sendiri. rupanya ada orang yang lagi susah dari kita.

xoxo.



Sunday, March 3, 2013

Berikutan Pencerobohan di Lahad Datu



Assalam,

Berikutan pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu dan Semporna, marilah kita bersama-sama membantu dalam menjayakan kempen selamatkan Sabah. Ini adalah atas kesedaran kita sebagai rakyat Malaysia yang bersatu hati dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara. Ini adalah tanggungjawab kita bersama. Mohon jangan disebarkan maklumat atau apa sahaja yang dilakukan oleh polis dan atm di facebook atau di mana-mana laman sosial. Tapi kalau sekadar update mengenai pencerobohan dan berita terkini tu tak apelah. 

Nak maklumkan juga, paksu aida juga dah terbang ke sana bagi membantu pasukan keselamatan negara. paksu aida pga dari briged utara. YaAllah, semoga kau selamatkan paksu ku dan juga anggota keselamatan yang lain. 

2 Mac - Dua orang anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara.  Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboha turut terbunuh.Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46.

3 Mac - 5 pegawai dan anggota PDRM yang terkorban dalam satu serang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna. Mereka yang terkorban adalah:
1. Supt Ibrahim bin Lebar, Caw Khas, Bukit Aman.
2. ASP Micheal Padel, Caw Khas, IPD Semporna
3. Sjn/D Baharin bin Hamit, Caw Khas, IPK Sabah
4. Sjn Aziz bin Sarikun, BN 14 PGA Tawau
5. Kpl/S Salam bin Togiran, IPD Tawau
6. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, BN 14 PGA Tawau

Al-fatihah.Semoga roh wira-wira negara ini ditempatkan di kalangan orang beriman dan dicucuri rahmat.5. Kpl/S Salam bin Togiran, IPD Tawau6. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, BN 14 PGA Tawau

Al-fatihah.Semoga roh wira-wira negara ini ditempatkan di kalangan orang beriman dan dicucuri rahmat.




Info:


Lebih 100 lelaki warga asing dipercayai dari selatan Filipina yang berpakaian ala tentera dan sebahagiannya dipercayai bersenjata api berjaya dikesan menyeludup masuk dan menceroboh ke Lahad Datu, Sabah pada Selasa lalu.Bagaimanapun keadaan di sana ketika ini terkawal dan pihak keselamatan negara yang terdiri pasukan tentera dan polis, termasuk dari unit komando sedang memantau situasi tersebut bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataan tiga perenggannya pada malam Rabu bagaimanapun meminta orang ramai supaya tidak bimbang dengan insiden tersebut.Menurutnya, insiden yang berlaku disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.Beliau berkata pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletak senjata serta menyerah diri.“Keadaan ini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang,” kata Ismail.Menurut sumber polis, kumpulan ini dikatakan telah mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.Bagaimanapun setakat 10 malam, pihak berkuasa keselamatan tidak dapat mengesahkan tujuan kumpulan itu sama ada merancang untuk melakukan aktiviti keganasan di bandar berkenaan.

Punca Pencerobohan Tentera Filipina

Berikut adalah punca sebenar pencerobohan tentera Filipina Di Lahad Datu Sabah. Ada juga yang anggap kumpulan itu adalah Abu Sayyaf. Berdasarkan laporan media rasmi, satu kumpulan ini mendakwa mahu mengembalikan semula tuntutan Filipina ke atas Sabah. Untuk info terkini, kumpulan bersenjata ala tentera itu mendakwa mereka adalah Tentera Diraja Kesultanan Sulu.Menurut laporan, kumpulan lelaki bersenjata terbabit yang menaiki beberapa bot kecil telah mendarat di Lahad Datu, Selasa lalu dan kini sedang berdepan secara ketenteraan dengan pasukan keselamatan negara.Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila berkata, mereka masih tidak dapat mengesahkan jika 100 lelaki yang kini di Malaysia memang rakyat Filipina.Menurut jurucakap hal ehwal luar, Raul Hernandez, Filipina menjalankan siasatan sendiri dalam kejadian itu. Laporan mengatakan bahawa kesemua lelaki berkenaan adalah warga Filipina, namun ia belum dapat disahkan secara rasmi. Sumber berkenaan yang ditanya jika beliau pernah mendengar nama pasukan tentera seperti itu sebelum ini sebaliknya berkata, matlamat kumpulan itu adalah untuk menjadikan Sabah sebahagian daripada Kesultanan Sulu.