728 x 90

Friday, February 15, 2013

Puding Roti & Sos Kastard


Salam Jumaat,

menggeliat jap sebab nantok sikit..ekeke, mane taknye semalam buang tebiat pukul 12.15 tengah malam buta lapaq mee goreng mamak. sebut je dekat encik am memula sekadar memain je, pastu encik am laju je "JOM". haiiii, bagai orang mengantok disorongkan bantal busuknya, sepuluh ribu kali tanya balik encik am, betul ke ni? siyes? betul ke? sampai encik am malas nak jawab. hehe. terus siap. kami rempit jer pergi kedai mamak dekat simpang hujung jalan rumah. slumber je dengan selekehnye pergi makan. walaupon dah tengah malam tapi still ramai orang lagi.

okey, arini zemangat berkobar-kobar nak bagi resipi terbaru yang jadi dari dapur kecilku. alhamdulilah, berjaya jugak mencuba. idea nak buat puding ni datang sebab pergi rumah sister in law, die jamu puding roti dengan sos kastard. sedap la pulok. he, pastu terus teringin nak buat sebab tahu resipi die memang senang. lagi-lagi encik am kempunan tak sempat rasa. tuh, yang rajin tuh. nak tambat hati laki mestilah dengan air tangan bini kot. cheewahh.

dapur kecilku tempat bermulanya masterchef bini encik am
alamak, pinggan tak susun lagi..malu seh


RESIPI PUDING ROTI & SOS KASTARD

Bahan-bahan untuk puding:-
7 keping roti gardenia
1/2 cawan gula
2 biji telur
1/2 tin susu cair/susu segar
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar butter
kismis untuk hiasan

Cara-cara:-
Potong roti comel-comel dan susun cantik-cantik dalam loyang. kemudian tabur-taburlah kismis atas  roti serata tempat.
kemudian, dalam kuali, panaskan butter, gula, susu cair, susu pekat, telur dan esen vanila. kacau hingga sebati.
tutup api dan tuang ke atas roti. make sure sume bahagian roti kena, sebab kalau dah bakar nanti bahagian yang tak kena akan keras macam roti bakar. he.
biarkan roti kembang sekejap dan masukkan dalam oven bakar dengan suhu 180'c lebih kurang setengah jam.

Bahan-bahan sos kastard:-
1/2 tin susu cair
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:-
Panaskan semua bahan atas api yang sederhana sehingga semua sebati. jangan terlalu lama, takut tepung tu akan jadi likat dan berketul. tutup air dan biarkan sejuk. simpan dalam freeze dan makan sejuk-sejuk pon sedap tau. hee.

penuh kesenian memotong roti

make sure semua kena, tu ada yang tak kena tu dik oi


zemangat kau bako

taadaa dah siap..yummeh..

omnomnom sedapnyer..lapar pulak..alamak sos terover pekat..so tak mao tunjuk

okey, ini resipi yang paling simple lah yang aida buat. bahan pon mudah dan jimat. 
selamat mencuba.

xoxo.





Thursday, February 14, 2013

Geram dengan astro


Assalam,

lama tak update belog, baru jer azam nak update tetiap hari, bila dah tinggal mulalah malash gitu.
hee, tapi nak rajin-rajinkan jugak tangan ni taip sikit.
takde mende cuma teringat aritu memang nak tulih dah entry nih.
tapi sebab ditangguh-tangguh dengan entry lain terus luper.
asalnye sebab geram sangat dengan astro nih.

first sekali yang aida geram sangat kan sebab bil tak dapat tapi dah call mintak
suh bayar cepat-cepat. aiiih mane tak geram kan, nak jugak tengok bil dulu baru proceed bayar kan.
yelah, bukan tak boleh tapi selalu mesti kite nak bukti bil dulu, maybe ade tertunggak ke terlebih ke takpe tapi kalau terkurang? hmm, dah tu, bila dah bagitau bil tak sampai lagi, tup-tup esok lusa terus sampai bil.
aik macam tu pulak ker? bila komplen baru sampai. kalau tak komplen?

pastu yang aida bengang nombor duanya, heh, last month adelah sorang minah astro nih
call menggoda dan mengoffer pakej superpack trial. bukan main lagi cakap manis,
pujuk-pujuk suruh try superpack yang hanya rm125 untuk sebulan atau dua bulan pon boleh.
okelah fine bab tu. so, aida terima dan siap cakap saya hanya nak try untuk sebulan sahaja!
dan die explain punye explain yang pakej die offer ni takde kontrak dan takde cas untuk hd
dan
die janji akan call balik dalam sebulan untuk konfirmkan balik nak sambung atau nak stop superpack tuh.
okey.

then, bila dah cukup sebulan, sampai 12 aida tunggu tak call-call jugak, last-last aida call.
tapi punyelah hampeh tahap gaban, haram die angkat fon die. uiiissshhhh hati dah bara dah ni.
mase nak suruh orang subscribe bukan main terhegeh lagi call,
bile dah orang call haram tak angkat, kalu enggaged tu lainla cerita.
last-last sorang mamat ni call dari astro tanya dah bayar ke belum bil?
sabar jelah, last-last kene jugakla mamat tuh sedas dua. amik kau. terus-terus die cakap nanti die cek dulu.
then tak lama lepas tuh, die call balik, ingatkan nak setelkan dah, last-last die pon suh call customer service.
cinabeng punya astro. kau tahu jela kalu call customer service tuh, kena layan mesin dah setengah jam. ini semua poyo arrrr.

then, dah call, dapat dekat sorang kakak nih, tapi takpe, hati masih boleh cool. cakap baik nih. hehe.
kakak tu minta no akaun dan cek. so die cakap nak terminate superpack dan continue pakej lama. oke, i cakap yes. hu. boleh pulak die cakap kena cas rm10. adoii, aritu takde mention pon kena cas kalu nak potong. giles arr. die sambung kalau nak subscribe balik dah tak kena cas. yelah tuh, nanti potong balik cas balik. sudahlaaaa faham sangatlah cara korang tindas pengguna nih. banyak sangat cas yang tersembunyi yer. tak tengok ke tiap-tiap bulan kami bayar tax yang beringgit-ringgit tuh, tapi service hampeh. asik ulang cerita yang same jer memanjang. fenat aku woi bayar mahal-mahal baik beli tiket wayang lagi best.

okelah, dah panjang berleter bla bla bla bla stop, dalam masa 24 jam akan terminate. balik rumah tak sampai berapa jam dah kene potong. bab potong memang laju yer korang. bab pasang macam siput seduttttt.

nak dijadikan cerita, bil bulan lepas aku sampai. alangkah terkejutnya beruk-beruk kat zoo bila bil aku mencecah 3ratus ringgit. woow hebat sungguh kami menonton astro. dahla dikatanya bil kami tertunggak, oke fine, mungkin sebab bil dah keluar dulu baru terima payment. cool lagi. tapi yang tak puas hatinya kenapa bil superpack kena cas dua kali maaaa. apa pasat? haiyooo..
macam mana buat kira-kira astro sayang? selalu bil keluar dari tarikh sekian sampai tarikh sekian. kenapa kali ni dua bulan sekali pulak. tamak betul kamoo.
hati dah bara lagi terus call walaupon cuti hari wilayah. hah. nasib ade orang angkat. bla bla bla bla bla punyalah bla die cakap sebab mase terminate superpack dah masuk bil lain. dah tu apasal tak tunggu bil lagi satu jer baru masuk. adoiii sabar jela. istighfar3x. oke fine.

dan satu lagi nak geramnyer, dulu bulan 6 mase musim bola euro tuh, baru i tambah pakej sport dan learning.
boleh pulak extra cas rm50 sebab ingat pasang semata-mata euro. apedehal sukahati orangla. bukan ko pon yang bayar. tapi sebab kate nak refund balik bulan 1 kalau still guna walaupon dah abis euro. fine.
ni dah bulan 2 apsal tak refund balik? jawab jawab. janji macam mana wei? then bila call, customer service boleh cakap kena tunggu dua bulan lagi baru diorang akan refund balik. sudahhhh. macam mana korang buat kerja. tak update sistem ker? tak buat coding baru ker? tengok lagi dua bulan macam mana pulak. hmmmmmmmm sabar sabar sabar jelah!

xoxo.

entry ni bukanlah nak memburukkan mana-mana pihak tapi saje nak lepaskan geram. kbai.





Thursday, February 7, 2013

Jom shoppin di Tesco

Hye,

korang selalu pergi shoppin kat mane? Pavilion? Mid Valley? One Utama? KWC? Jalan Tar? Petaling Street?
ahh, bukan tanya korang shoppin baju ke mende. aida tanya korang shoppin barang rumah tula
yang tiap-tiap bulan mesti masuk dalam bajet korang yang ciput tuh.
ye ar, aida golongan berpendapatan sederhana, jadi shoppin pon ala kadar jek. haha. ini semua poooyooo.

aida dengan encik am selalu pergi shoppin dekat Tesco. sebab apa? tu pon sebab aida dah jadi memberclub tesco card. alah, dulu tak heran sangat pon dengan kad tesco tuh. macam takde bende jer.
ye ar, buat kad pon free, sebab tulah, buat tak kesah je.

dan, sejak dua menjak kawen nih, pola aktiviti telah berubah. tiap-tiap hujung bulan jer mesti akan pergi tesco beli barang rumah. pasai apa? pasai murahla. tapi yang paling bestnyerrrr, encik am tersangatlah sporting. sebut jer tesco mane yang aku tak pernah di benua key el nih. haha. yang paling jauh nun sampai shah alam sana. haha, hebat.

mulanya, kami tak kesah shoppin mana-mana pon sehinggalah suatu hari balik kampung, aida terima surat cinta dari tesco. rupa-rupanya dapat baucer lah. huiyoo. blink* blink* mata. tak banyak mana pon. cume rm2.50. tapi korang taula keterujaan aida macam mana kan. pernah tengok orang jakun??

then, sejak-sejak dari tulah, kami laki bini decide barang rumah saja mesti dan harus beli di tesco. hehe.
bermulalah aktiviti mengumpul point ganjaran. wow wow. cara die senang jer,
first, korang kenala jadi memberclub card dulu tau. aida tak sure kalu nak jadi member kena cas berapa sebab masa i buat free uolls. ahak. kemudian korang belanja lah berapa banyak korang nak belanja.
yang pasti korang kena swap card korang tula mase bayar nanti. jangan lupe plak. kalu tak rugi la point yang terlepas tuh.
ha, tengok sini lagi senang. belanja, kumpul dan jimat.

inilah contoh surat cinta yang aida dapat setiap 4bulan kalau tak silap. kalau sampai jer surat ni, mesti tergedik-gedik bukak konon ingat dapat baucer dua tiga juta la. padahal, belanja ciput aje tetiap bulan. jadilah dari takde langsung kan. 

contoh baucer tunai yang aida dapat. baucer ni die ikut jumlah point yang kite ade. kalau 100 bersamaan RM1.00. so makne point aida ade 400 lebih lew tew tu yang dapat 4ringgit setengah tu. alhamdulilah. jimat.

bukan sahaja dapat baucer tunai tapi dapat jugak kupon diskaun barangan yang tertentu. macam aida dapat kupon ni ikut jenis barang yang aida selalu beli. contoh macam nuget marina, downy, pewangi glade, pencuci pinggan mangkuk hayun  glo, maggi dan macam-macam lagilah. semuanya barang yang memang aida harus beli dan guna tiap-tiap bulan. kat situ dah ade penjimatan yang hebat biarpon seringgit ke dua ringgit ke, oke ape. sape nak bagi kan? 

yang best dan paling spoil lagi yelah, kupon jimat rm25 nih dengan setiap pembelian rm250 ke atas. punyalah zemangat tau pergi shoppin dengan encik am dan bertekad mencukupkan belanja sampai 250 untuk jimat 25ringgit. haha, last-last masa bayar bagilah perabis semua kopun yang ada dalam tangan. dan tak lupa bagi clubcard sekali. tup tup budak tuh pulangkan balik kupon ni. "dah, expired kak". err what the h***?? valid sampai 27januari 2013. tengok-tengok arini 1 februari la encik am. waaaa menangis tak berlagu. aku lah yang terrugi 25ringgit. waaa, tapi takpe, dengan shoppin melebihi 250 pada 1hingga 3 februari customer boleh dapat 1000 points dengan percuma. weehuu. tak sabar tunggu surat cinta yang seterusnya. apelah yang akan dapat dari tesco pulak lepas nih. verangan jap.


xoxo.